7 HERBA TERPILIH: RAMUAN TUNGKU BAYI (TUAM BAYI)


Assalamualaikum wbt. Salam sayang buat semua  pembaca blog yang super osem ini


Hari ini Atul hendak berkongsi topik berkaitan tungku bayi / tuam bayi. Sebelum atul kupas isinya, Atul nak tanya, apa pendapat ibu sekalian, agak-agak masih relevankah tungku bayi / tuam bayi pada zaman yang serba canggih ini?

Tuam bayi / Tungku bayi

Sebelum teruskan cerita lagi, Atul nak minta maaf pada semua, sepatutnya topik ni, dah lama Atul kongsikan, tapi tertangguh atas sebab yang tak dapat dielakkan. Untuk makluman semua, Atul dah selamat bersalin pada 10hb Ogos 2017 aritu secara pembedahan. Atul bersalin awal sebulan dari tarikh sepatutnya. Kenapa Atul dibedah? Nanti Atul cerita lain ya? Tapi walau apapun, Atul redha, sudah ketentuan Illahi. Dan Atul bersyukur kerana Atul & anak selamat serta sihat Alhamdulillah. Ini adalah merupakan pengalaman berharga buat Atul.


Okay, berbalik pada cerita tuam bayi / tungku bayi ini, nasib baik Atul sempat siapkan tuam anak Atul. Atul cuma buat balik tuam anak Atul yang sulung. Buang mana yang dah tak elok, guna mana yang masih boleh diguna lagi. Anak Atul yang 1st dulu pun, Atul buat sendiri juga tuam / tungku bayinya. Bukan Atul taknak beli, tapi bila kita buat, kita buat dengan penuh kasih sayang, satu lagi, kita tahu apa isi kandungan dalam tuam / tungku bayi tu. Taklah kita rasa was-was. Nak guna pun seronok je kan?


Ha, macam mana ibu sekalian? Dah dapat jawapan? Relevan atau tidak tuam / tungku bayi pada zaman serba moden ini? Kalau YA, kenapa? Kalau TIDAK, kenapa?


Okay, ini pendapat Atul ye, yang mana tuam / tungku bayi ini masih lagi relevan dan sangat-sangat diperlukan, tak kira pada zaman lalu, zaman sekarang mahupun zaman akan datang. Ini kerana, dengan bertuam / bertungku ini, kita dapat rasai khasiatnya tersendiri.

Antara KEBAIKAN BERTUNGKU / BERTUAM adalah:

✔ Memberikan lebih keselesaan kepada bayi
✔ Mengelakkan dari terjadinya kembung perut pada bayi
✔ Menghangatkan bayi selepas mandi atau waktu sejuk
✔ Meredakan lebam bayi selepas dicucuk
✔ Mengelakkan berlakunya angin pasang (hernia) pada bayi lelaki
✔ Melancarkan peredaran darah
✔ Membuang angin dari dalam tubuh
✔ Membantu bayi tidur lebih lena & kurang menangis
✔ Meredakan bengkak susu (pada ibu)


Kebaikan bertuam bayi / bertungku bayi

Jadi, sangat perlukan tuam / tungku bayi ini. Tak kira zaman dan waktu bila pun 😊


Untuk posting kali ini, Atul nak share tentang cara buat tuam / tungku bayi sendiri atau dipanggil TUAM / TUNGKU DIY berserta herba terpilih yang Atul gunakan untuk buat tuam / tungku bayi ini.


7 HERBA TERPILIH: RAMUAN TUAM BAYI / TUNGKU BAYI

Tuam bayi / Tungku bayi: Jintan Hitam / Habbatussauda
Tuam bayi / Tungku bayi: Lada Hitam
Tuam bayi / Tungku bayi: Halba

Tuam bayi / Tungku bayi: Halia Bara / Halia Merah Kering

Tuam bayi / Tungku bayi: Bawang Putih

Tuam bayi / Tungku bayi: Biji Ketumbar

Tuam bayi / Tungku bayi: Biji Sawi


KHASIAT RAMUAN

1. Jintan Hitam / Habbatussauda
- Bersifat antibakteria
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan
- Mengurangkan masalah perut kembung
- Membantu masalah pencernaan
- Menghangatkan badan

2. Lada Hitam
- Kaya dengan vitamin baik untuk tubuh seperti vitamin C, Vitamin A, Flavanoid, Karoten & oksidan
- Membantu menghilangkan radikal bebas
- Membantu masalah pencernaan
- Meredakab gas dalam perut akibat kembung perut
- Meningkatkan penyerapan nutrisi

3. Halba
- Membantu masalah pencernaan
- Membantu masalah kembung perut
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu mengurangkan demam
- Membantu mengeluarkan angin dalam badan
- Membantu masalah radang kulit

4. Halia Bara / Halia Merah
- Melembutkan kulit
- Membantu penghadaman makanan
- Mengeluarkan angin dalam badan
- Melegakan demam
- Merawat kesan gatal gigitan serangga
- Merawat resdung
- Mengurangkan sengal-sengal sendi
- Tenaga batin
- Rawatan selepas bersalin
➡ Membantu mengecutkan rahim

5. Bawang Putih
- Membantu mengeluarkab angin
- Antibiotik semulajadi bertindak untuk mencegah jangkitan
- Membantu masalah pencernaan
- Melancarkan peredaran darah
- Mengandungi vitamin C dan silenium
- Meningkatkan imunisasi tubuh

6. Biji Ketumbar
- Membantu masalah penghadaman
- Merangsang pencernaan
- Menguatkan perut
- Melancarkan pengeluaran air kencing
- Melancarkan peredaran darah

7. Biji Sawi
- Memanaskan tubuh badan
- Melawaskan perut
- Melicinkan salur tali pusat
- Membantu mengeluarkan cacing dalam perut
- Membantu mengelakkan sesak nafas
- Melancarkan peredaran darah

Macam mana? Baguskan herba-herba ni. Sebab itulah selalunya orang yang buat tuam / tungku bayi akan guna herba-herba terpilih ni. Ada yang guna salah 1 saja. Tapi, bagi Atul, atul gabungkan semua sekali, sebab ianya bagus. Khasiatnya pun sangatlah bermanfaat. Tiada kesan sampingan pun
Okay, berikut merupakan cara membuat tuam. Buat ibu-ibu, terpulanglah nak buat tuam saiz yang macam mana. Besar, sederhana atau kecil macam sup bunjut tu hehe

Macam Atul, masa anak sulung dulu, besar tuam yang atul buat. 1 tuam tu boleh dapat 3 lagi tuam yang sederhana comel. Hehe tersilap sukat, nasib baik baby girl, senangla nak guna. Kalau baby boy, tuam besar ni sangat tak sesuai. Tapi kalau besar, ibu-ibu boleh tumpang bertungku sekali hehehehe. Untuk baby seelok-eloknya sederhana comel. Tak terlalu kecil, tak terlalu besar

Sukatan yang Atul cadangkan, ambil sesudu atau 2 sudu besar setiap herba, manakala untuk halia bara, boleh ambil 3-5 ulas, begitu juga dengan bawang putih, 3-5ulas sahaja. Macam bawang putih tu, tak perlu dibuang kulit, masuk je dengan kulit2nya sekali.

Kemudian, salai atau goreng tanpa minyak didalam kuali seketika. Kerana untuk memastikan ia benar-benar kering & tidak mudah dijangkiti kulat.
Akhir sekali, ambil kain 4 segi dalam 3helai. Sedia dibungkus seperti sup bunjut. (Taukan macam mana rupa sup bunjut tu?) hehe
Ibu-ibu ikatkan sekemas boleh. Selepas itu, sedia untuk digunakan. Kain yang digunakan seelok-eloknya jenis cotton flannel kerana ia cepat meresap, tahan lasak & tidak mudah koyak
Nak guna mudah je. Kalau dedulu, Atul tengok kakak buat, dilalukab di lilin, tapi sekarang dah mudah. Tak perlu guna lilin, hanya guna sterika (iron) je. Ha..sebelum tuam ke bayi, pastikan ibu rasa dulu ye. Kalau panas kesian kat bayi, tak pasal2 melecur nanti. Pastikan suam-suam je masa tuam pada bayi tu tau 😉


Okay, jika ibu-ibu ada tali pusat anak sulung, kedua, ketiga atau ikutlah berapa orang anak ibu sebelum bayi yang ni, ibu-ibu boleh letak sekali didalam tuam dengan tali pusat bayi ni. Kata orang-orang tua dulu, mengeratkan atau pengikat kasih sayang adik-beradik. Wallahua'lam
Tapi kalau taknak letak pun tak apa. Takda masalah.


Okay, extra point yang Atul nak kongsikan dalam post kali ini ialah bahagian-bahagian yang perlu di tuam / tungku pada bayi.

Tungku bayi / Tuam bayi: Kawasan yang perlu dituam
Gambar: Google

BAHAGIAN TUBUH YANG PERLU DITUAM

➡ Tapak kaki
➡ Betis
➡ Perut
➡ Pinggang
➡ Bahagian Belakang
➡ Tapak kaki
➡Tapak tangan
➡ Kemaluan
➡ Testis (bayi lelaki)

okay. Selepas itu, barulah disapukan minyak dan diurut lembut pada bayi serta dipakaikan barut.
Okay. Selesai dah tentang tuam / tungku yang Atul nak share pada ibu sekalian.


Atul harapkan, agar post kali ini memberi manfaat kepada semua ibu diluar sana.
Oh ya, bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari set berpantang atau set bersalin, apa kata ibu-ibu mengamalkan set bersalin & berpantang Shaklee yang mana set ini boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan (czer). Untuk maklumat lanjut mengenai set berpantang Shaklee, boleh tekan disini 😉

Set Berpantang Shaklee

Begitu juga buat ibu-ibu yang ada masalah berkaitan susu badan seperti susu kurang, susu sikit, susu takde, ibu-ibu boleh cuba mengamalkan set menyusu Shaklee. InsyaAllah pasti berhasil. Ibu-ibu pasti terseny girang kerana set menyusu Shaklee dapat membantu masalah kurang susu badan dikalangan ibu-ibu. Ramai yang dah berjaya membuktikannya. Boleh tekan disini untuk info lanjut berkaitan set menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee

Semoga bermanfaat untuk semua 😉


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------





LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya atul_hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca dan komen :)