MEMUPUK KESEJAHTERAAN KELUARGA


- DIMENSI KESEJAHTERAAN


Kesejahteraan Keluarga

Keluarga berdepan dengan pelbagai jenis isu – dari kemurungan dan kebimbangan hinggalah ke salah guna bahan terlarang serta masalah kesihatan. Meskipun begitu, keluarga masih merupakan sumber sokongan utama dan tempat memupuk kasih sayang justeru ianya penting dalam kehidupan setiap manusia. Kesejahteraan keluarga perlu dipelihara dan dijaga agar ianya boleh berfungsi dengan berkesan.

Apakah ‘kesejahteraan’ dan apakah yang perlu kita tekankan? Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan ‘kesejahteraan’ sebagai “…keadaan kesihatan yang sempurna dari segi fizikal, mental, dan sosial, dan bukan hanya bermaksud ketiadaan penyakit”. Terdapat enam dimensi kesejahteraan dan setiap dimensi berhubungkait dan semuanya sama penting untuk mencapai kesihatan yang optimum.

Maka, kesejahteraan keluarga dapat dicapai apabila semua keperluan setiap ahli keluarga dapat dipenuhi berlandaskan dimensi tersebut dan berjaya mengimbangi di antara matlamat peribadi seseorang, dan sumbangannya kepada kesejahteraan ahli keluarga lain.


ENAM DIMENSI KESEJAHTERAAN


Enam Dimensi Kesejahteraan


KESEJAHTERAAN EMOSI

Kesejahteraan emosi adalah mengenai harga diri, penjagaan diri, kawalan dan ketabahan dalam usaha ke arah mencapai matlamat dan kegemilangan. Mengambil berat tentang perasaan positif dan negatif dan memahami bagaimana untuk mengendalikan emosi tersebut adalah penting bagi sesebuah keluarga


KESEJAHTERAAN PEKERJAAN

Pemerkayaan hidup melalui pekerjaan, dan saling kaitnya dengan kehidupan dan bermain. Walaupun kesejahteraan pekerjaan lebih berkaitan dengan ibu bapa, anak-anak juga terkesan oleh kemajuan pencapaian mereka di sekolah atau dalam sukan. Perasaan bangga apabila tugasan berjaya dilakukan dengan sempurna. Ini juga berkait rapat dengan kestabilan kewangan dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

KESEJAHTERAAN FIZIKAL

Kesejahteraan Fizikal

Seimbangkan diantara aktiviti fizikal dan pemakanan untuk mengekalkan kesihatan setiap ahli keluarga. Ahli keluarga dapat mencapai potensi dalam kehidupan mereka apabila seluruh keluarga sedar akan keadaan kesihatan fizikal masing-masing dan berusaha bersama-sama untuk memperbaiki unsur yang lemah

KESEJAHTERAAN KEROHANIAN

Kesejahteraan kerohanian boleh ditafsirkan melalui pelbagai faktor termasuk kepercayaan agama, nilai-nilai etika dan moral. Kesejahteraan kerohanian penting kerana ia membolehkan kita mencari makna kehidupan dan membantu memberi tujuan kepada kehidupan kita

KESEJAHTERAAN INTELEK

Kesejahteraan Intelek

Kesejahteraan intelek menggalakkan aktiviti mental yang merangsang kreativiti, serta memupuk sikap ingin berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan orang lain. Kesejahteraan intelek boleh dibangunkan melalui pembelajaran akademik, penglibatan dalam budaya, komuniti dan hobi

KESEJAHTERAAN SOSIAL


Kesejahteraan sosial merujuk kepada hubungan kita dan bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain - bukan dengan ahli keluarga sahaja. Kesejahteraan sosial melibatkan usaha untuk mengeratkan dan berkongsi hubungan yang sihat dan memelihara, menyokong serta memupuk hubungan ikhlas dengan orang di sekeliling kita.


Dalam naskhah ini juga, rakan saya, Dr. Tee dan Profesor Madya Dr Alvin akan menjelaskan bagaimana anda boleh memupuk kesejahteraan keluarga. Perkara paling penting yang anda harus ingat ialah bahawa keluarga – bukan individu – adalah asas komuniti dan seterusnya masyarakat secara keseluruhannya. Maka, sebagai ibu bapa, anda wajib membangunkan, memperbaiki dan mengekalkan kesejahteraan keluarga sebaik mungkin agar setiap ahli (termasuk diri anda) dapat menikmati kehidupan yang sihat, makmur dan lebih bermakna.


Oleh: Datuk Dr Zulkifli Ismail. (28 Jun 2016) Peruding Kanak-Kanak & Kardiologi Kanak-Kanak
Sumber Naskah: Pengasuh Positif, 2016, Jilid 2, p: 5-6.


*********

Perlukan suplemen asas untuk seisi keluarga anda? boleh dapatkan disini. >SHAKLEE FAMILY WELLNESS SET<

Untuk harga yang lebih menjimatkan, sila klik disini >JIMAT BERGANDA<


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca dan komen :)