MEMUPUK KESEJAHTERAAN KELUARGA: PEMAKANAN SIHAT DAN KECERGASAN

Atul Hamid
0







Pemakanan yang sempurna dan senaman adalah penting untuk mengekalkan kesihatan keluarga anda. Gaya hidup yang sihat juga memastikan anak-anak anda dapat mencapai potensi mereka sepenuhnya. Anda mungkin berfikir bahawa rutin keluarga anda yang sibuk serta jadual yang padat adalah alasan untuk tidak kekal cergas, makan secara sihat, dan mengekalkan gaya hidup sihat – ia tidak benar sama sekali.

Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat bukan tentang berapa banyak masa yang anda ada, tetapi seberapa baik anda menggunakannya. Ibu bapa merupakan pengaruh besar terhadap gaya hidup anak-anak yang sihat. Maka, adalah penting bagi keluarga meluangkan masa untuk bersenam bersama-sama dan makan dengan cara yang lebih sihat, agar akhirnya ia menjadi sebahagian daripada rutin setiap orang.

Bijak Tentang Diet Keluarga Anda

Ramai orang berfikiran bahawa makan secara sihat bermakna harus makan makanan yang tidak enak, hambar dan membosankan. Tetapi makan secara sihat adalah tentang “gabungan” pemakanan yang betul. Anda tidak perlu mengorbankan makanan yang anda gemari. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengamalkan “Keseimbangan (Balance), Kesederhanaan (Moderation), dan Kepelbagaian (Variety)”. Ini bererti mengambil hidangan yang Seimbang, dalam sukatan yang Sederhana, dengan Pelbagai makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia.



Perkara lain yang keluarga anda boleh lakukan untuk mencapai diet yang lebih sihat:
  • Ambil lebih serat untuk mencapai berat badan yang sihat, penghadaman yang baik dan jantung yang sihat. Diet anda harus mengandungi 20-30 gram serat diet setiap hari. Serat yang anda perlukan boleh didapati dengan mengikuti saranan piramid makanan, iaitu ambil lebih produk kekacang, buah dan sayur.
  • Kurangkan gula, garam dan lemak/minyak yang digunakan untuk menyediakan hidangan dan berhati-hati dengan kandungannya di dalam produk yang anda beli untuk keluarga (Dalam sebuah lagi artikel saya “Mengguna Label Makanan untuk Membuat Pilihan Makanan yang Lebih Baik” di muka surat 15, saya akan terangkan bagaimana keluarga boleh membuat pilihan lebih sihat apabila membeli makanan berbungkus dengan membaca dan memahami label pemakanan).
  • Cuba sediakan makanan di rumah, sekurang-kurangnya sekali sehari, di mana anda boleh mengawal ramuan dalam hidangan dan cara memasaknya.
  • Pilih cara memasak yang lebih sihat (contohnya mengukus, goreng kalis, merendidih, menggril, memanggang, dan membakar) dan cuba sediakan masakan yang lebih meriah supaya makanan seperti sayuran akan menjadi lebih menarik kepada anak anda.
  • Elak daripada tabiat makan tidak sihat seperti makan berlebihan dan makan lewat malam terlalu hampir dengan waktu tidur.
  • Hadkan pengambilan makanan segera, makanan yang dibeli di luar dan makanan yang tinggi kandungan lemak/minyak, garam dan gula.
  • Makan bersama-sama sebagai sebuah keluarga – berbual-bual semasa makan memberi peluang kepada keluarga untuk merapatkan hubungan, berkongsi, berhubung, dan mempelajari tentang satu sama lain.

Kekal Aktif Sambil Meluangkan Masa Bersama

Keluarga yang kekal aktif membantu memperbaiki kecergasan, kekuatan dan ketangkasan. Ia membantu setiap orang mengekalkan berat badan yang sihat dan membantu kita rasa, fikir dan belajar dengan lebih baik. Lakukan aktiviti fizikal yang menyeronokkan bersama sebagai sebuah keluarga agar lama-kelamaan ia menjadi satu tabiat. Ia juga satu cara untuk meluangkan masa berkualiti bersama.
Bagaimana untuk melibatkan semua orang:
  • Lakukan aktiviti fizikal yang gemar dilakukan bersama oleh semua ahli keluarga. Contohnya, sukan seperti bola sepak, main kejar-kejar atau hanya berjalan 20 minit di taman.
  • Dapatkan anak-anak dan pasangan anda untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu, mengelap lantai, memvakum atau membasuh pinggan mangkuk.
  • Berikan masa yang mencukupi untuk permainan tidak berstruktur. Kanak-kanak membakar lebih banyak kalori apabila dibiarkan bermain sendiri.
  • Sertai larian/jalan atau acara keluarga yang dianjur agar keluarga dapat meluangkan lebih masa dan aktif bersama. Acara-acara tersebut menyeronokkan, dan pada masa yang sama anda berpeluang mendapat kawan baharu, di samping mempelajari dan mengalami perkara baharu!
  • Kunjungi tempat-tempat yang seronok seperti taman permainan, taman, padang dan kolam renang awam.
  • Tetapkan had masa untuk aktiviti seperti menonton TV, melayari internet, dan bermain permainan video kepada tidak lebih daripada satu atau dua jam sehari.
  • Kekal aktif setiap hari dengan pelbagai cara yang boleh dan gabungkan lebih banyak aktiviti fizikal ke dalam kehidupan harian sebagai satu bentuk senaman. Contohnya, pilih untuk naik tangga berbanding mengambil lif atau eskalator, atau letak kereta anda di tempat yang lebih jauh dan jalan ke destinasi anda.
Mulalah membina asas untuk kesihatan masa depan anak anda seberapa awal yang mungkin. Kini, penyakit-penyakit kronik berkaitan gaya hidup sudah menular ke dalam masyarakat kita, dan menjejaskan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Walaupun belum terlambat untuk memulakan kehidupan yang sihat, peringkat awal kanak-kanak adalah masa terbaik untuk membentuk tabiat makan dan gaya hidup yang sihat. Pupuklah kesejahteraan keluarga anda dengan bersama-sama menjadikan tabiat sihat mudah dan menyeronokkan.


Oleh: Dr. Tee E Siong (28 Jun 2016). Memupuk Kesejahteraan Keluarga: Pemakanan Sihat dan Kecergasan - Kunci Kesihatan Keluarga. pp:7-8
Sumber Online: My Positive Parenting


Perlukan suplemen asas untuk seisi keluarga anda? boleh dapatkan disini. >SHAKLEE FAMILY WELLNESS SET<

Untuk harga yang lebih menjimatkan, sila klik disini >JIMAT BERGANDA<


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !