Kenali Atul Hamid


Hai, salam perkenalan semua.

Apa khabar? Atul doakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat selalu. Jom kita berkenalan.

Nama penuh Jamatuladauyah binti Abdul Hamid. Anda semua boleh panggil saya Atul.

Atul Hamid



Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, mempunyai sepasang cahaya mata. Yang sulung perempuan, yang kedua lelaki.


Walaupun Atul seorang suri rumah, dalam masa yang sama Atul menjalankan perniagaan online. Atul merupakan seorang Pengedar Shaklee sepenuh masa sejak tahun 2013 lagi. ID Shaklee 1077444. Bermula dengan set kesuburan Shaklee, kemudian set resdung dan sangat terbukti keberkesanan dan keselamatan produk Shaklee sehingga kini Atul masih mengamalkan produk Shaklee.

Kini, Atul merupakan seorang "Shaklee Business Leader" berpangkat supervisor. 


Pada bulan September 2020 lalu, dengan izin Allah, Atul berjaya naik pangkat pertama dalam Shaklee. Alhamdulillah. Ini merupakan permulaan untuk Atul terus mendaki hingga ke puncak tertinggi dalam Shaklee. 

Selama Atul dalam Shaklee, bermacam-macam yang Atul pelajari. Dari tak tahu apa-apa, bermacam-macam jenis ilmu yang Atul dapat dan menyebabkan Atul sehingga kini teruja untuk menggali ilmu dengan lebih banyak lagi.

Untuk makluman semua, Atul mempunyai team Shaklee yang bernama Anggrik Legacy. Ahli dalam team Anggerik juga semakin bertambah dan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah. Anda berminat nak sertai team Anggerik? sangat di alu-alukan. Silka klik di sini untuk pendaftaran.

Background Atul Hamid

Atul berasal dari Perak. Kini menetap di Perlis. Suami Atul bernama Mohd Zarid. Kami berkenalan pada tahun 2004 dan telah disatukan pada bulan November 2012. Alhamdulillah.

Atul Hamid
Malam Pernikahan kami

Rezeki hubungan kami dari berkawan sampai ke Jinjang Pelamin. Mudah-mudahan Berkekalan hingga ke SyurgaNYA dan berbahagia hingga ke akhir hayat kami. InsyaALLAH dengan izinNYA. sama-sama kita doakan yang terbaik ya. Aamiin.

Atul Hamid

Dikurniakan sepasang cahaya mata. Nama anak Atul yang sulung Dhiyaa Humayraa yang bermaksud sinaran cahaya pipi yanng kemerah-merahan. Nama anak lelaki pula, Muhammad Izz Aaqif, maksudnya Kekuatan Beriktiqaf. Sedapkan nama anak-anak Atul? Alhamdulillah.

Sebeluim berkahwin Atul telah bekerja sebagai Pustawakan dia Perpustkaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP. Atul dikurniakan anak sulung selepas setahun berumah tangga. Bukan merancang, tapi belum rezeki. Disebabkan inilah Atul berikhtiar dengan set kesuburan Shaklee. Alhamdulillah, selepas 3 bulan mengamalkannya Atul disahkan hamil anak sulung.


Ketika anak sulung atul berusia setahun, Atul memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Pada ketika itu Atul telah bekerja di UniMAP hampir 3 tahun. Keputusan yang Atul buat, tidak menyedihkan Atul, kerana Atul rasa seronok menjadi suri rumah sepenuh masa. Salah satunya dapat melihat anak membesar depan mata sendiri sepenuhnya. 

Background Pendidikan


Seperti anda semua, Atul bermula dengan sekolah tadika dan pernah masuk asrama ketika sekolah rendah. Tapi disebabkan banyak main-main waktu di asrama. Dapat keputusan UPSR pun biasa-biasa je. Padahal sebelum masuk asrama keputusan periksa lagi bagus. hehe

1993 - 1994 = Tadika Kemas, Padang Changkat, Bota
1995 - Mac 1999 = Sekolah Kebangsaan Padang Changkat, Bota (Tahun 1-5)
1999 - 2000 = Sekolah kebangsaan Seri Iskandar (Tahun 5-6)
2001 - 2005 = Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'akub, Bota Kanan (Tingkatan 1-5)
2006 - 2007 = Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'akub, Bota Kanan (Tingkatan 6)
2008 - 2011 = Universiti Teknologi Mara, Kedah (Graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat (Perpustakaan dan Pengurusan Maklumat))

Pernah sambung Master di Puncak Perdana, tetapi separuh jalan. Atas sebab-sebab tak dapat dielakkan, Atul terpaksa behenti. InsyaAllah, ada rezeki nanti boleh sambung belajar lagi.

Ada ke kawan-kawan blog atau pembaca-pembaca blog Atul ni dari sekolah yang sama? Kalau ada, bolehla imbas kenangan yang lalu kembali ☺

Seperti yang Atul maklumkan diatas, kini Atul melakukan perniagaan Shaklee secara online sepenuh masa. Perniagaan Shaklee merupakan perniagaan yang patuh syariah. Dalam Shaklee tiada yang mustahil. Ramai yang telah berjaya capai impian mereka setelah menyertai perniagaan Shaklee. Ataul juga merupakan penerima bonus 4 angka dari Shaklee. 

Jadi, sekiranya anda sedang mencari perniagaan yang rendah modalnya, perniagaan Shaklee adalah pilihan yang tepat buat anda. Kerana perniagaan Shaklee tidak ikut musim, tetapi merupakan keperluan setiap orang sepanjang masa.


Selain dari blog yang anda sedang baca ni, Atul juga mempunyai beberapa sosial media yang perlu anda singgah

Facebook: Atul Hamid
Instagram: Atul_Hamid
Twitter: Atul Hamid
Youtube: Atul Hamid
Tiktok: Atul Hamid
Linkedin: Atul Hamid

Sudilah kiranya anda follow atau subscribe sosial media Atul. Nanti Atul followback ya.

Itulah serba sedikit tentang diri Atul. Atul ni biasa-biasa je

Usaha yang berterusan akan membawa diri seseorang itu menjadi luar biasa.

Eh jap, ni Atul saja nak kongsi gambar sikit.


Atul Hamid
family kecik saya

Atul Hamid
my beloved dad & mum

Atul Hamid
my beloved sister.. hihi beloved brother takde gambarnya..

Atul Hamid
ibu & bapa mertua, adik ipar, anak & suamiku tercinta

Atul Hamid
cinta hati saya #zatulzarida #forever

Atul Hamid

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ini. Atul doakan semoga anda dilapangkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baiik, serta bahagia selalu. aamiin☺

Jika perlukan supplemen Shaklee boleh whatsapp Atul di http://atulhamid.wasap.my


Ikhlas dari saya,




Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !