Keistimewaan Shaklee
Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 60
tahun, keluarga berbilang generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee
mampu melakukan apa yang syarikat lain tidak mampu untuk lakukan – menghasilkan
produk yang selamat secara semula jadi DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee
adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik,
untuk semua. Kami melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang
sangat luar biasa, dan anda sentiasa mahu berkongsi cerita dengan keluarga dan
rakan mengenainya. Setiap bahan yang memasuki setiap botol Shaklee telah
dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi, dan lembut serta
mesra pada alam sekitar.
Apabila anda memilih
Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar.
Ia selamat.
Ia terbukti. Dan ia berkesan.
SELAMAT
Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang kami gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan.
8 SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI KUALITI DAN KESELAMATAN PRODUK SHAKLEE
Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang kami gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan.
Bahan-bahan untuk produk kami dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan kami adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk kami adalah selamat.
Apabila anda fikirkan “Shaklee”, fikirkan “Tulen”.
KAMI MENYARING LEBIH 350 BAHAN CEMAR, RACUN
SERANGGA DAN BENDASING UNTUK SETIAP BAHAN BOTANI BAHARU
Selain itu, kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam
berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.
LEBIH DARIPADA 250 UJIAN RACUN SERANGGA DILAKUKAN,
MELEBIHI SYARAT UNITED STATES PHARMACOPEIA (USP)
KAMI MELAKUKAN LEBIH 100,000 UJIAN KUALITI SETIAP
TAHUN
untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga
anda.
TIADA TAMBAHAN PENGAWET, PEMANIS ATAU PERASA TIRUAN
BEBAS GLUTEN
Produk kami Bebas Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan
gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, kami mahu anda memiliki
usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.
BUKAN GMO
Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan
Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk
memastikan produk kami kekal Bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke
proses pengilangan.
TERBIODEGRADASI
Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean
Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat
atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan
planet kita lebih sihat sepanjang masa.
KAMI TIDAK MELAKUKAN UJIAN KE ATAS HAIWAN
TERBUKTI
Para saintis kami sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.
LEBIH 100 PEMBENTANGAN DAN KERTAS SAINTIFIK DITERBITKAN
Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.
LEBIH 100 PEMBENTANGAN DAN KERTAS SAINTIFIK DITERBITKAN
Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.
TELOMERE
Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil
suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere
lebih lama berbanding pengguna sihat tanpa-suplemen.
PATEN SHAKLEE
Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten dan sedang-dipaten..
SISTEM PELEPASAN BERPATEN
Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk memperbaiki dengan ketara kadar penyerapan nutrien utama
dalam tubuh, menyediakan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa
yang tepat.
Shaklee terus menerajui dengan Inovasi Produk Hebat
Di Shaklee, inovasi tidak pernah terhenti. Sejak kami memikul
tanggungjawab dan dedikasi untuk melaksanakan legasi dan warisan inovasi Dr.
Shaklee bagi membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik, kami
sentiasa mencari peluang dari sains dan alam semula jadi untuk mendapatkan
penyelesaian baharu demi kehidupan yang lebih baik.
Dr. Forrest C. Shaklee Global Innovation Center memiliki peralatan
saintifik yang moden dan termaju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi dan
melangkaui standard tertinggi industri untuk ketulenan dan keselamatan produk.
Semua produk dalam portfolio Shaklee akan dibangunkan dan diuji di dalam
kemudahan ini menggunakan fungsi R&D, termasuk penyelidikan pemakanan dan
nutrisi, pembangunan bahan dan ramuan, pembangunan produk/proses, jaminan
kualiti, dan kawalan kualiti. Dengan adanya kemudahan ini, Shaklee kini
mempunyai lebih daripada 60 ahli sains yang berpusat di perbandaran Pleasanton.
"Inovasi dan sains adalah nadi dan teras untuk
segala yang kami lakukan di Shaklee. Pusat inovasi ini adalah satu langkah lagi
sebagai pelaburan berterusan kami di masa hadapan, dengan matlamat terunggul
untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih lama, lebih
sihat." - ROGER BARNETT, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee
Corporation.
![]() |
Pasukan Saintis Shaklee di Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee di Pleasanton, California |
BERKESAN
Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee
Satu Kajian Penanda Aras
Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian
perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan
bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh
lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau
tiada multivitamin sama sekali.
Kajian Suplemen
Pemakanan Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas oleh University
of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi
pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini
telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat
atas talian pada Oktober 24, 2007.
http://www.nutritionj.com/content/6/1/30
Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah kami di Shaklee
tegaskan selama ini
·
Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan
pemakanan bijak dari segi makanan dan suplemen, serta bersenam untuk mencapai
dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan
kesejahteraan yang optimum.
·
Dan kami mahu anda memastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut
merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa
anda berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum.
... dan keputusannya amat Mengagumkan!
Tahap Nutrien Darah yang Baik
Penanda Bio Utama Kesihatan Jantung yang Baik
Kekerapan Penyakit Lebih Rendah
Tahap Selamat Vitamin D dan Zat Besi
PENGGUNA PELBAGAI JENIS MAKANAN TAMBAHAN MEMPUNYAI:
Risiko Penyakit Jantung Lebih Rendah
11% Nisbah Kolesterol Lebih Rendah
33% Tahap Trigliserida Lebih Rendah
Penyakit Berkaitan Otak dan Jantung Lebih Rendah
36% Tahap Homosisteina Lebih Rendah
Risiko Penyakit Jantung, Kanser, Kencing Manis Lebih Rendah
59% Tahap Protein Reaktif-C Lebih
Rendah
39% Risiko Peningkatan Tekanan Darah
Lebih Rendah
73% Risiko Kencing Manis Lebih Rendah
Shaklee utamakan Masa Hadapan Yang Lebih Baik
Sumber: http://www.shaklee.com.my/about/shaklee-difference/
Shaklee Ia Sentiasa Selamat, Ia Sentiasa Berkesan, Ia Sentiasa Mesra Alam
http://www.nutritionj.com/content/6/1/30
Shaklee Ia Sentiasa Selamat, Ia Sentiasa Berkesan, Ia Sentiasa Mesra Alam
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi baca dan komen :)