SIAPA DIRIKU?

Atul Hamid
0

hai... salam perkenalan semua..
apa khabar? saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat selalu..
sebenarnya takde apa yang menarik untuk saya kongsikan kepada anda semua tentang diri saya, tapi yang mana saya tulis tu, bolehla baca ya.. hihihi :)

Siapa saya?
Saya Jamatuladauyah binti Abdul Hamid. Anda semua boleh panggil saya Atul.. :)

Atul Hamid
hehe saya takde gambar sorang2... tak berapa suka berSELFIE la.... ni je yang ada..
saya berasal dari PERAK tetapi sekarang menetap di PERLIS. umur? biarlah RAHSIA hihi
status saya kini, BERKAHWIN. kat bawah ni saya pamerkan gambar pasangan saya ya

bersanding di rumah saya

Malam Pernikahan kami
Alhamdulillah... rezeki hubungan kami dari berkawan sampai ke Jinjang Pelamin. Mudah-mudahan Berkekalan hingga ke SyurgaNYA.. berbahagia hingga ke akhirhayat kami.. InsyaALLAH dengan izinNYA.. sama-sama kita doakan yang terbaik ya.. aamiin :)

Anak? agak-agak dah berapa? hihi
saya baru ada SEORANG anak perempuan yang berumur 2 tahun 2 bulan.
Alhamdulillah, bersyukur dikurniakan seorang puteri, buat peneman saya, penghibur hati...
nama anak saya DHIYAA HUMAYRAA :)

Dhiyaa umur 5bulan

Ketika Sambut Birthday ke 2tahun

susahnya nak ikat rambut... lepas 5minit dibuangnya getah rambut hehe

ops..ops..ibu... dhiyaa tak ready lagi...
^_^

yeah jalan-jalan

gambar anak saya banyak... tapi jenuh nak cari, amik je la mana yang ada.. hihi

dulu anak saya tinggal ngan mak ngasuh dia, sebab dulu saya bekerja.. ofis pertama tempat saya bekerja di PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA, UniMAP sebagai PUSTAKWAN. Tetapi sekarang saya SURI RUMAH SEPENUH MASA. saya mula menjadi suri rumah sepenuh masa ni ketika anak saya nak masuk umur setahun. :) Alhamdulillah, sebenarnya seronok juga jadi suri rumah ni... salah satunya dapat melihat anak membesar depan mata kita sendiri sepenuhnya.

Saya juga merupakan EJEN SHAKLEE tau... nombor ID saya 1077444. saya join Shaklee bulan Oktober 2013. kalau nak tengok info-info tentang Shaklee boleh tengok kat IG saya atul_hamid atau cari #atulhamid @ boleh tengok kat FB saya atul hamid. Tentang harga, jangan risau, pasti puas hati :) kalau NAK JOIN AHLI dengan saya, sangat dialu-alukan. Klik link ni untuk isi BORANG PENDAFTARAN. Untuk mengaktifkan keahlian, boleh hubungi saya untuk buat pembayaran :)

,
antara items yang dijual
kalau ada yang berminat nak order produk yang saya jual, boleh WhatsApp saya di nombor +60195733761 :)

Itulah serba sedikit tentang diri saya.... saya ni biasa-biasa je,,, usaha yang berterusan akan membawa diri seseorang itu menjadi luar biasa..

eh.. jap, ni saya saja nak kongsi gambar sikit...

cinta hati saya

my beloved dad & mum
buah hati saya

nyawa saya
Dhiyaa Humayraa ketika baru dilahirkan


my beloved sister.. hihi beloved brother takde gambarnya..

anakku yang comel :)

ibu & bapa mertua, adik ipar, anak & suamiku tercinta

kami #zatulzarida #forever


terima kasih awak kerana sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ini....
saya doakan semoga awak dimurahkan rezeki selalu.... aamiin :)

إرسال تعليق

0تعليقات

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !