Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis

Atul Hamid
0
Mengidam oh mengidam
Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis
Ibu hamil Mengidam

Begitulah kalau sedang hamil, kalau bukan ibu hamil yang mengidam, encik suami pula yang mengidam. Kadang-kadang sampai kedua-duanya yang mengidam 😂 Mengidam pun kadang-kadang tak tentu masa. Ada yang nak time tu juga, kalau tak dapat, merajuk. Kadang-kadang sampai menangis pun ada. Ada yang boleh delay. Janji dapat, bila-bila pun takpe. Tiada paksaan. Pelikkan? 🤔

Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis
Ibu hamil mengidam

Kalau nak cerita tentang mengidam ni, Ini 1 kisah tentang Atul & tempoyak. Atul sekarang tinggal di Perlis. Di sini, susahla nak dapatkan tempoyak, bekalan tempoyak kat rumah Atul pun tiada.

So, disebabkan teringin sangat nak makan tempoyak, balik je kampung dapat makan macam-macam berasaskan tempoyak seperti
✔ Gulai Tempoyak ikan patin
✔ Gulai Tempoyak ikan tonsan
✔ Sambal tempoyak mentah
✔ Sambal tempe johor (eh masuk jugak hahaha)
✔ Durian fresh

Alhamdulillah 😍 itulah rezeki namanya.

Lepas tu, masa nak balik ke Perlis, kawan suami tapaukan tempoyak baru pula sebekas. Masih manis lagi rasa tempoyaknya

Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis
Tempoyak

Asbab ada bekalan tempoyak, maka, malam tadi terhasillah "Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis"
Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis

Asbab sambal tempoyak masak petai ikan bilis inilah bertambah-tambah nasi dibuatnya waktu diner malam tadi. Lepas kempunan Atul nak makan sambal tempoyak masak. ALHAMDULILLAH 😍 Tapi, ingatkan Atul sorang je bertambah nasi, rupa-rupanya encik suami pun sama juga. Hehe diam-diam teringin juga rupanya 😂

So, Meh Atul share resepi Sambal tempoyak masak petai ikan bilis versi Atul yang masak 😄

Bahan-bahannya:

✅Tempoyak
✅Petai
✅Cili masak/cili muda/cili padi/cili kering **
(ikut mana anda suka, kalau Atul, Atul suka cili masak/cili padi, tapi xda stock kat umah, Atul guna cili kering je)
✅Bawang merah selabu **
✅1 ulas bawang putih **
✅1 inci kunyit hidup **
(tadi atul guna sedikit serbuk kunyit sebab kunyit hidup dah habis 😂)
✅daun kunyit (di mayang)
✅serai (di ketuk)
✅sedikit air
✅garam

** tumbuk

Cara memasaknya:

☑ Masukkan sedikit air ke dalam kuali/periuk
☑ Masukkan tempoyak
☑ Kacau seketika
☑ Kemudian masukkan bahan2 yang ditumbuk, serai, daun kunyit & ikan bilis
☑ Kacau sehingga naik bau, masukkan petai.
(Petai ni, kalau nak rangup2 masukkan lewat, tapi kalau nak petai masak sekali, masukan awal pun takpe - terpulang 😄)
☑ masukkan garam ikut sesedap rasa
☑ Lastly kacau sehingga masak 😉
(Kalau pekat, tambah sedikit air, ikut citarasa sendiri nak pekat ke nak cair 😉)


Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis

Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis

Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis

Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis

Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis

Lastly siap. Hidangkan bersama nasi panas-panas, sedar-sedar bertambah nasi dalam pinggan hehehe 😍

Selamat mencuba & menjamu selera

Oh ya, ada persoalan yang Atul dapat, bolehkah Ibu hamil makan durian?

Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis

Jawapannya, mestilah boleh. Tapi tetap ada syaratnya. Macam durian, ibu hamil boleh memakannya jika mengidam tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana, buah durian mengandungi banyak gula dan karbohidrat. Menurut Dr. Zubaidi dalam blognya yang tertulis, dua ulas isi durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian pula merupakan terdiri dalam kumpulan yang mengandungi glisemia yang tinggi. Oleh sebab itu, pengambilan yang terhad oleh ibu hamil sangat baik. Bagi ibu hamil yang menghidap DIABETES KETIKA HAMIL, perlulah mengelak dari memakan durian kerana durian mengandungi kandungan gula yang tinggi. Bacaan selanjutnya disini

Secara kesimpulannya, ibu hamil boleh makan 2 ulas durian sehari, namun begitu, jika ada tanda-tanda yang tidak sepatutnya atau kesan yang tidak elok, segeralah berjumpa dengan doktor 😍

Buat ibu hamil yang sedang mencari supplement ketika hamil, Shaklee ada menyediakan SET HAMIL SHAKLEE. Ada beberapa jenis set hamil seperti
☑ Set Hamil Basic
☑ Set Hamil Lengkap

Atul juga sedang mengamalkan set hamil sejak dari awal mengandung anak kedua ni, sehingga kini, Alhamdulillah, semua bacaan bp, hb, urine adalah normal. Kandungan Atul sekarang adalah 34minggu. Alhamdulillah. InsyaAllah 😍

Resepi Sambal Tempoyak Masak Petai Ikan Bilis
Set Hamil Shaklee

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------





LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !