Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

Atul Hamid
6

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) | Sejak bulan lalu, tidak kira di media sosial. kaca televisyen mahupun didada akhbar, isu utama yang hangat diperkatakan adalah berkaitan dengan jangkitan HFMD. Yang mana jangkitan ini menular dengan cepat hingga menyebabkan berlakunya kematian. Jadi, apakah HFMD ini?


HFMD: APA YANG PERLU KITA TAHU?



Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)


APAKAH HFMD?


Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut yang juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit di kalangan kanak-kanak. Tetapi orang dewasa juga boleh diserang penyakit ini.



PUNCA HFMD


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Punca HFMD

Penyakit ini disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan 'Enterovirus' iaitu meliputi Coxsackie A16 (COX A16) dan Enterovirus 71 (EV71). HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti dehidrasi, radang otak (encephalitis), kegagalan jantung & sistem pernafasan, dan paling teruk boleh menyebabkan kematian. Tempoh jangkitan virus antara 3-5 hari.


Penyakit ini merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Selain itu, penyakit ini juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini. Virus tersebar dan berjangkit kepada pesakit selalunya melalui:
  • Batuk dan bersin
  • Hubungan rapat seperti teman bermain
  • Berlaku sentuhan dengan cecair lepuh atau najis pesakit
  • Perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu, cawan
  • Perkongsian peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi


RISIKO JANGKITAN



HFMD ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Tetapi kanak-kanak dibawah usia 5 tahun lebih berisiko untuk mendapat jangkitan HFMD. Kanak-kanak bawah usia 5 tahun ini juga berisiko untuk jangkitan berulang walaupun disebabkan oleh virus yang berbeza.


90% kes berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.



TANDA-TANDA HFMD



Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Tanda-Tanda dan Gejala HFMD


Mereka yang dijangkiti HFMD akan menunjukkan satu atau lebih tanda-tanda dan gejala jangkitan seperti:
  • Kurang Selera Makan
  • Sakit Tekak
  • Demam
  • Luka di mulut (Ulser)
  • Ruam ditapak tangan dan kaki
  • Lepuh ditapak tangan dan kaki
  • Kelihatan Letih dan tidak bermaya


Selain ditapak tangan dan kaki, ruam juga boleh terjadi pada lutut, siku atau bahagian-bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah ini biasanya tidak gatal.


Kekeringan badan / dehidrasi mudah terjadi kerana pesakit kurang selera makan disebabkan sakit mulut, ulser dan sakit tekak


Selalunya, bayi yang dijangkiti HFMD tidak mahu menyusu atau makan kerana kudis dimulut mereka sangat menyakitkan



LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Langkah Pencegahan HFMD


Bagi memastikan kes HFMD ini terkawal daripada terus meningkat, beberapa langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang perlu dititikberatkan, iaitu:
  • Utamakan dalam menjaga kebersihan diri
  • Penjagaan kebersihan persekitaran
  • Amalan mencuci tangan dengan betul
  • Pemeriksaan / saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska / tadika / tabika / pra-sekolah dan sekolah
  • Nyahkuman permukaan yang tercemar
  • Elakkan daripada membawa kanak-kanak di pusat membeli-belah, taman permainan dan tempat awam yang sibuk
  • Memastikan pembuangan lampin pakai buang diurus dengan betul 
  • Pastikan sentiasa membawa 'hand sanitizer' 


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Contoh Hand Sanitizer


NASIHAT BUAT IBU BAPA / PENJAGA


Sekiranya anak anda mempunyai gejala dan tanda-tanda HFMD

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Nasihat Buat Ibu Bapa dan Penjaga Jika Anak Dijangkiti HFMD

  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Dapatkan nasihat daripada doktor secepat mungkin
  • Peka kepada sebarang perubahan tingkah laki anak-anak seperti kurang selesa dan mengantuk.
  • Galakkan anak supaya kerap mandi
  • Galakkan anak supaya banyak minum air putih
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri, dan rumah 
  • Segera bawa anak ke hospital jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan atau mengantuk
  • Elakkan daripada menghantar anak yang mempunyai gejala HFMD ke tadika, taska atau sekolah
  • Pastikan sentiasa sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.


BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA JAGA BAYI YANG DIJANGKITI HFMD?



Anda perlu tunggu selama 7 hingga 10 hari untuk penyakit ini reda. Tetapi, jika virus sudah merebak ke tangan, kaki dan mulut, mungkin masa yang lama diperlukan.


Walau bagaimanapun, anda boleh menjaga bayi anda dengan cara ini:
  • Di bawah nasihat doktor anda, cuba tangguhkan pemberian paracetamol kepada bayi.
  • Gel untuk pertumbuhan gigi juga boleh melegakan kesakitan bayi anda.
  • Untuk mengelak dehidrasi, terus beri susu badan, formula, atau air dan jus yang dicairkan untuk bayi yang sudah besar.

Selain itu boleh juga ikhtiar dengan beberapa produk Shaklee yang di cadangkan bersesuaian untuk mengurangkan sekaligus mereka jangkitan HFMD. Antara produk Shaklee yang sesuai adalah seperti di bawah:


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Clean, Wash, Protect merupakan produk Shaklee untuk mencegah HFMD


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Basic H dan Air bertindak sebagai Hand Sanitizer


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Herbal Blend Untuk Melegakan Ruam akibat HFMD
 

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Hero Kiddo, supplement terbaik untuk anak-anak






Untuk keterangan lanjut & dapatkan supplement Shaklee, boleh hubungi Atul di +60195733761 

Post a Comment

6Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Kena jaga kebersihan dan jauhkan anak-anak dari mereka yang dijangkiti. pantau kesihatan anak-anak selalu. Kes tengah naik risau sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hfmd tengah viral sekarang ni. Seorang kanak2 boleh dijangkiti berulang2 kali. Wajib ade asas dalam rumah untuk kawal

      Delete
  2. Hfmd tengah viral . Tengah mengganas . Sorang kanak2 boleh dijangkiti berulang3 kali. Wajib ada asas dalam rumah untuk kawal keadaan kebersihan rumah dengan basic h

    ReplyDelete
  3. Kes makin naik skrg hfmd. Moga kita semua dijauhkan. Tq share info atul

    ReplyDelete
  4. Satu sharing yang sangat bagus.... dapat bantu ibu bapa dalam mencegah penularan penyakit HFMD ni

    ReplyDelete
  5. Thanks sharing info. Sgt berguna n bermanfaat. Scary dgn HFMD ni, dia serang kids kan . So make sure anak2 selalu dlm keadaan bersih , n yg bergejala sila dptkan rawatan doktor.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !