APAKAH AKTIVITI BULANAN ATUL BERSAMA SHAKLEE?

Atul Hamid
0


Tahukah anda hampir setiap bulan Shaklee akan adakan “talk” atau nama penuh program ini adalah “Health & Wellness Talk (H&W Talk)” untuk para pengedarnya di seluruh Malaysia. Selalunya ia akan mengikut kawasan seperti Kawasan Utara, Kawasan Selatan, Kawasan Timur, Kawasan Barat Malaysia, dan Kawasan Lembah Klang. Terdapat 2 pilihan bahasa seperti Bahasa Melayu dan Mandarin. “Talk” ini disampaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang nutrisi iaitu Pakar Nutrisi Shaklee.

Disebabkan Atul tinggal di Perlis, jadi Atul sertai “H&W Talk” yang diadakan di Kawasan Utara, iaitu di Perlis. Dan “H&W Talk” ini hanya mengambil masa hampir 2 jam sahaja. Walaupun hanya 2 jam, tetapi ianya padat dengan ilmu & aktiviti

Health & Wellness Talk Kawasan Utara

Hari ini adalah hari untuk “H&W Talk” di Perlis, dan selalunya Atul akan bawa anak-anak dan suami sekali, tetapi untuk kali ini, ayah mereka tawarkan diri untuk jaga mereka dirumah. Jadi, atul pergi bersendirian sahajalah untuk kali ini. :)



Apa yang Atul peroleh dari “H&W Talk” hari ini?

Kalau anda semua nak tahu, untuk “H&W Talk” pada hari ini, topik yang disampaikan oleh Pakar Nutrisi Kiek adalah berkaitan dengan
- Item promosi yang berlangsung bulan September ini
- Item yang bakal dikeluarkan oleh Shaklee nanti
- Item yang bakal dijual kembali pada bulan Oktober nanti.

H&W Talk Sept 2018

Okay, jom tengok serba sedikit info dan gambar-gambar sepanjang "talk" berlangsung hari ini.

Mula-mula kami diberi info berkaitan dengan ibu hamil, iaitu nutrien apa yg diperlukan, & kenapa perlu ambil.

Apakah Nutrisi Terbaik Untuk Ibu Hamil

Kami juga diberitahu tentang cabaran yang selalu hadapi oleh ibu hamil

Cabaran Ketika Hamil

Bonus buat kami, yang mana kami ditunjukkan apakah senaman yang sesuai buat ibu hamil dan kami sendiri melakukan senaman itu selama 5 minit. Hehe memang tabik lah pada ibu hamil yang berjaya membuat senaman ini.

Kemudian kami diberitahu tentang promosi bulan ni berserta manfaat yang diperoleh jika mengamalkan produk ini.



Sebelum Pakar Nutrisi Kiek meneruskan penyampaiannya tentang promosi bulan ini, kami diberi tugasan yang perlu dibuat dalam bentuk kumpulan selama 10minit. Tugasan ini tidak boleh rujuk internet. Kemudian perlu dibentangkan. Hadiah turut disediakan kepada kumpulan yang membentangkan info yang padat dan menarik.

Aktiviti Berkumpulan Kumpulan 1

Aktiviti Berkumpulan Kumpulan 2

Aktiviti Berkumpulan Kumpulan 3



Miss Kiek Beri Hadiah kepada Kumpulan Yang Menang

Kumpulan 3 yang Menang untuk Aktiviti Berkumpulan
Inilah aktiviti Yang perlu kami buat tanpa merujuk internet, banyakkan yang dapat kami senaraikan? itupun kalah? kenapa kami kalah? sebab kami senaraikan manfaat kalsium sahaja, tak campur magnesium & vitamin D, hehe rupa-rupanya boleh campur manfaat magnesium & vitamin D sekali hehe kalau tahu boleh tukar, psti kami menang hihihi

Kemudian kami diberitahu tentang produk terbaru yang akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi bersama manfaatnya. Dan produk ini memang ramai yang menanti kehadirannya. Bila ia akan berada di Malaysia, kita tunggu sahaja pengumuman dari Shaklee ya.

Youth: Restoring Eye Treatment

Kami juga turut diberitahu tentang produk yang bakal jual pada bulan depan, yang mana produk ini telah lama tiada di pasaran Malaysia. Tahu tak, betapa terujanya Atul bila dapat tahu produk ni nak masuk Malaysia kembali, sebabnya produk ini sangat-sangat membantu untuk mereka yang selalu keguguran rambut, bagus untuk lelaki,  serta untuk memulihkan luka terutamanya mereka yang baru lepas menjalani pembedahan. Menarikkan? Agak-agak anda apakah nama produk ini?



Ada lagi tau.....

Setiap yang dating akan dapat hadiah osteMatrix untuk 1 serving. Bestkan?

Hadiah untuk SID yang hadir H&W Talk

Bagi SID yang datang bawa prospek pula akan dapat hadiah! Wow bestnya!!! Hadiah eksklusif dari Shaklee pulak tu

Antara SID yang datang bawa prospek.

Enjoy je sertai “talk” yang Shaklee buat ini. “Talk” Shaklee yang mesra keluarga yang mana SID dibenarkan membawa anak-anak, suami atau isteri. Asalkan tidak mengganggu SID lain dalam “talk” ini. Bestkan?

Tengok anak-anak pun enjoy je dalam H&W Talk ini.

Dan Ini pula gambar kami beramai-ramai dalam program H&W Talk hari ini.

Apa pendapat anda? Santaikan majlis ilmu yang Atul pergi ni. Ilmu dapat, hadiah pun dapat. Kawan-kawan baru pun dapat juga.

Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Berminat nak jadi Pengedar Shaklee? Berminat nak buat Bisnes Shaklee? Boleh hubungi Atul di 019.573.3761 atau klik gambar di bawah ini



Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !