5 TANDA BAHAYA KEJANG KAKI YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Atul Hamid
0


5 TANDA BAHAYA KEJANG KAKI YANG PERLU DIBERI PERHATIAN


Kejang kaki atau juga dikenali sebagai 'simpul biawak' berlaku secara tiba-tiba, tidak mengira masa dan jantina. Kejang kaki adalah kekejangan otot yang paling biasa dialami kerana kaki merupakan anggota yang paling aktif bergerak. Walaupun serangan kejang kaki berlaku dalam tempoh yang singkat namun kesakitan yang dialaminya sangat menyakitkan.

Menurut Kajian Pakar Keluarga Amerika Syarikat menunjukkan lebih 60 peratus orang dewasa yang berusia pernah mengalami kejang kaki ketika tidur di waktu malam.

Walaupun Kejang kaki bukanlah penyakit yang serius dan merbahaya, malah ia akan hilang dengan sendiri. Tetapi, anda perlu berjaga-jaga dan dapatkan rawatan dengan segera jika mengalami tanda-tanda bahaya kejang kaki seperti dibawah:


Kejang kaki walaupun berjalan pada jarak yang sama

Untuk atlet balapan, atau anda yang suka berjalan dalam jarak jauh, otot bahagian betis anda pasti kerap menjadi kejang. Walaubagaimanapun, jika anda selalu berasa kejang kaki semasa berjalan pada jarak yang sama, anda mungkin mengalami sindrom petak.

Houman Danesh, MD, pengarah di Integrative Pain Management Gunung Sinai mengatakan bahawa keadaan ini selalunya disebabkan oleh bahagian otot kaki mengembang. Bagi sesetengah atlet atau individu yang mengalami kecederaan otot boleh menyebabkan otot semakin mengembang hingga memenuhi ruang kaki anda.

Sebabnya, apabila anda berjalan dalam keadaan normal, otot kaki anda memerlukan ruang dan aliran darah yang cukup untuk mengembang. Manakala bagi sesetengah orang, kadang-kadang otot kaki mereka tidak mempunyai ruang yang cukup untuk mengembang. Oleh itu, jumlah tekanan yang berlebihan yang terbentuk di kawasan-kawasan otot tertentu, seperti otot dibahagian betis, boleh mencegah pengaliran darah dan menyebabkan kerosakan tisu yang teruk.

Walaupun sindrom petak ini jarang berlaku, ini bukanlah perkara yang boleh anda abaikan. Apabila anda selalu mengalami kejang kaki pada jarak atau waktu larian yang sama, seelok-eloknya anda dapatkan nasihat doktor dengan segera.


Kejang kaki beserta bengkak, kemerahan, dan perubahan warna

Sekiranya anda mengalami kejang kaki disertai dengan bengkak, kemerahan, dan berlaku perubahan warna pada kaki yang kejang itu, ini menunjukkan bahawa berlakunya pembekuan darah dalam tubuh anda.

Walaupun pembekuan darah tidak membahayakan namun sekiranya gumpalan darah beku itu pecah, ia akan menyebabkan terjadinya serangan jantung atau strok. Dr. Danesh juga memberi amaran bahawa pembekuan darah turut meningkat jika wanita mengambil pil perancang atau duduk dalam tempoh yang lama tanpa melakukan sebarang pergerakan seperti berada di dalam pesawat.


Kejang kaki dalam tempoh yang lama

Serangan kejang kaki yang sekejap amat menyakitkan, inikan pula kalau berlaku dalam tempoh yang lama. Apabila serangan kejang kaki berlaku dalam tempoh yang lama, sehingga menyebabkan aktiviti harian anda terganggu, tolong jangan abaikan masalah ini.

Dr. Danesh mengatakan bahawa kejang kaki dalam tempoh yang lama selalunya menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh anda. Contohnya seperti peredaran darah tidak sampai ke kaki kerana bekalan darah dalam tubuh anda tidak mencukupi. Keadaan ini selalunya terjadi disebabkan oleh kandungan kolestetol yang tinggi dalam tubuh anda. Selain itu, kejang kaki boleh berlaku kerana saraf dibahagian arteri terhimpit dan tersumbat.


Kejang kaki beserta rasa mual, demand an muntah

Kejang kaki yang disertai dengan rasa mual, demam, dan muntah menunjukkan keadaan tubuh anda mengalami dehidrasi. Iaitu tubuh anda kekurangan cecair dan elektrolit. Kandungan cecair dalam tubuh sangat mempengaruhi kesihatan seseorang.


Kejang kaki disertai panas dan rasa kesemutan

Akhir sekali, jika anda mengalami kejang kaki disertai dengan rasa panas dan kesemutan, ini adalah salah satu tanda 'hernia disk'. 'Hernia disk' adalah keadaan di mana terdapat 'disk' yang terletak di sepanjang saraf tunjang, keadaan ini berlaku apabila keseluruhan atau sebahagian pusat cakera tulang belakang lembut ditekan sepanjang bahagian adalah lemah

Keadaan ini juga boleh berlaku sekiranya munculnya rasa panas terbakar di bahagian bawah badan, terutamanya kaki. Salah satu rawatan utama boleh dilakukan dengan menggunakan krim hangat untuk melegakan otot kaki. Jika ia berlaku dengan lebih lama, anda dinasihatkan untuk hubungi doctor dan dapatkan rawatan dengan lebih lanjut.

Kejang kaki bukan penyakit yang berisiko tinggi, namun ada sesetengah individu mengalami serangan kejang kaki hampir setiap hari dan berlaku dalam tempoh yang lama. Disebabkan itu anda perlu mengenalpasti adakah anda antara mereka yang perlu dapatkan rawatan segera jika berlaku kejang kaki? Pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dalam apa jua situasi.

Nak tahu info lanjut tentang serangan kejang kaki, sila klik link dibawah ini
Semoga bermanfaat.


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !