Kalau diberi pilihan, anda nak gemuk atau
kurus? kalau jawapan Atul, Atul pilih untuk jadi kurus dan memiliki
badan yang langsing. Ini kerana banyak sebab yang boleh menyokong kepada jawapan
pilihan Atul.
Walapun Atul tahu, ada sesetengah orang tidak
kisah memiliki badan besar, asalkan sihat dan cantik dihadapan penciptanya.
Mungkin betul apa yang dikatakan oleh mereka, namun begitu, yakinkah anda apabila
berbadan besar dan gemuk, anda tidak mempunyai masalah? Sebagai contoh untuk
mereka yang berbadan besar dan gemuk, andaikan jika suatu hari nanti anda jatuh
sakit sehingga tidak mampu untuk bangun sendiri walaupun hanya untuk pergi ke
tandas, apakah bantuan yang dapat diberikan oleh orang sekeliling anda?
Sedangkan, mereka sendiri tidak berupaya untuk memimpin atau mengangkat anda ke
tandas disebabkan tubuh anda yang besar itu? Bolehkah anda bayangkan?
Oleh itu, pada pendapat peribadi Atul,
memilik badan yang kurus lebih banyak kebaikannya berbanding
berbadan besar. Di sini Atul sertakan sebab kenapa perlu kurus dan
miliki badan yang langsing?
- Kesihatan yang baik. Gemuk memang kelihatan comel tetapi ia berisiko tinggi untuk mengundang dan menghidapi penyakit kronik antaranya seperti Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), strok (angin ahmar), paras kolestrol darah yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes (kenicng manis), sakit di bahagian bawah belakang badan, sukar bernafas, masalah berkaitan usus, penyakit hati, kegagalan fungsi buah pinggang, osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang, lutut atau berkaitan dengan sendi serta cepat letih.
Apabila badan dipenuhi dengan lemak, bermacam-macam jenis penyakit berminat untuk hadir dalam diri anda. Apabila anda telah disahkan memiliki penyakit kronik, bermulah episod yang mana anda perlu jalani rawatan, ambil ubat mengikut arahan yang diarahkan. Sedangkan anda mempunyai pilihan untuk amalkan hidup gaya sihat. Jadi, inginkah anda menjadi salah seorang individu yang mempunyai penyakit kronik? Tidakkah anda kasihani pada diri anda itu? Walaupun begitu, bukan Atul nak kata orang kurus tidak mengalami penyakit. Tetapi risiko untuk orang kurus adalah rendah berbanding mereka yang memiliki badan yang besar dan gemuk
- Aktiviti harian lebih teratur dan lancar. Apabila badan anda kurus dan lansing, secara automatik aktiviti harian anda lebih teratur dan lancar. Pergerakan anda akan menjadi lebih cepat kerana badan anda ringan. Apabila badan ringan, anda lebih mudah untuk melangkah. Stamina pun kuat, serta anda boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa lelah dan tidak cepat ‘pancit’.
- Mudah untuk melakukan ibadah. Inilah salah satu sebab kenapa anda perlu berbadan kurus. Apabila badan anda kurus, secara tidak langsung badan menjadi ringan, dan ini akan memudahkan anda untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna tanpa sebarang gangguan. Sebagai contoh, anda mudah melakukan solat yang diwajibkan tanpa perlu risau masalah seperti sakit lutut menyerang ketika sedang solat.
- Badan lebih cergas dan aktif. Memiliki badan yang kurus menjadikan tubuh anda lebih ringan. Dengan itu menjadikan badan anda lebih mudah untuk bergerak aktif dan melakukan aktiviti kecergasan seperti yang dimahukan.
"Seperti Abdul Jalil
Abdullah, Warga emas yang telah berusia 73 tahun yang dikenali sebagai pok
(Pakcik) yang mana beliau masih lagi cekap memanjat pokok duku seperti orang muda.
Rahsia yang beliau amalkan adalah memastikan memiliki tubuh badan kekal
langsing dan tidak boleh terlalu besar, agar badan lebih seimbang setiap kali
memijak dahan pokok duku" Sumber: AstroAwani
- Meningkatkan keyakinan diri. Selalunya mereka yang berbadan besar seringkali diejek hingga hilang keyakinan diri. Mereka selalu diejek berdasarkan bentuk tubuh mereka yang besar seperti panggilan “gemuk”, “boyot” dan banyak lagi panggilan yang tidak sedap didengari. Sebabkan inilah mengapa anda perlu kurus. Apabila anda kurus, mereka tidak lagi akan mengejek anda dan secara tidak langsung, anda boleh meningkatkan keyakinan diri anda apabila berdepan dikhalayak ramai.
- Penampilan lebih bergaya. Apabila memiliki badan yang kurus dan tubuh yang langsing, anda lebih mudah untuk mengenakan gaya yang lebih sesuai kerana dipasaran lebih mudah untuk mencari pakaian untuk mereka yang berbadan kurus berbanding untuk mereka berbadan besar. Pelbagai saiz dan fesyen boleh didapati tanpa perlu membuat tempahan mengikut saiz yang dikehendaki. Secara tidak langsung, anda boleh berjimat kerana untuk ekstra saiz memerlukan ekstra bayaran dan ekstra kain.
Banyakkan
kebaikan yang boleh anda peroleh jika memiliki tubuh badan yang kurus dan
langsing. Jadi, adakah anda ingin membiarkan
tubuh anda terus membesar dan berada dikalangan mereka yang obesiti yang mana
terdedah dengan pelbagai risiko penyakit?
Jawapan
di tangan anda. Sekiranya anda buntu untuk menurunkan berat badan, anda boleh
cuba dapatkan konsultansi daripada mereka yang pakar seperti gengdetox.com atau anda boleh hubungi Atul untuk dapatkan pandangan
dan cadangan berkaitan makanan kesihatan yang sesuai untuk kurus seperti Set Kurus Shaklee.
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my) atau sila klik gambar dibawah ini
---------------------------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Kedai Vitamin Kangar
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761
atau sms (wa) +6019-5733761
Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)