Diet dan Pemakanan ibu hamil

Atul Hamid
0


DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Diet dan Pemakanan ibu hamil | Tahniah kerana anda telah hamil. Tahukah anda, setiap ibu hamil memerlukan pemakanan seimbang bagi memastikan kandungannya mendapat cukup zat. Beberapa jenis zat terpenting yang diperlukan oleh ibu hamil iaitu:


1. Asid Folik


DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Asid folik merupakan makanan penting untuk otak. Asid folik sangat diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia dapat menguatkan imuniti dengan membantu fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko-enzim dalam sintesis DNA dan RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini boleh membantu dalam tekanan dan kegelisahan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yang sangat penting untuk tumbesaran yang normal.


Asid folik amat berkesan apabila digabungkan dengan B12 dan Vitamin C. Pengambilan sebanyak 600mg sehari oleh ibu hamil adalah amat digalakkan.


Sumber makanan: Barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.


2. Asid Lemak Omega 3


DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Omega 3 adalah sejenis asid lemak tidak tepu. Ia terdapat dalam pelbagai jenis ikan, bijirin dan tumbuh-tumbuhan. Omega 3 dipanggil ‘asid lemak perlu’ kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diperoleh daripada makanan harian


Omega 3 penting bagi perkembangan saraf otak bayi. Omega 3 dan DHA amat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin. Kajian menunjukkan bahawa gangliosida mempengaruhi struktur otak terutama sekali bagi fungsi belajar dan mengingat


Sumber makanan: Ikan, minyak ikan, bijirin dan telur Omega 3 serta susu yang diperkaya dengan Omega 3


3. Protein


DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Ketika hamil, badan bekerja keras untuk membantu sel-sel otak bayi. Maka tubuh memerlukan protein tambahan. Bakal-bakal ibu memerlukan lebih banyak protein sewaktu hamil berbanding waktu lain. Hal ini penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin


Ibu hamil memerlukan sekitar 75g protein iaitu lebih 25g berbanding biasa.


Sumber makanan:  Sumber protein dari haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Sumber protein selain haiwan adalah kekacang, kacang soya, biji-bijian dan sayuran hijau.


4. Zat Besi


DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen dari paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembentukan hemoglobin dan berperanan dalam fungsi normal imuniti.


Sepanjang kehamilan, penggunaan zat besi akan bertambah dua kali ganda bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi. Jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah mendapat jangkitan penyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dan kekurangan berat juga boleh berlaku. Keperluan zat besi bagi ibu hamil ialah sekitar 27mg sehari.


Sumber makanan: Hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam, itik dan ikan. Kekacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber zat besi yang baik daripada tumbuhan. Pil vitamin yang mengandungi zat besi atau sarapan yang diperkaya dengan zat besi turut membantu.


5. Kalsium


DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Kalsium ialah mineral terbanyak yang terdapat di dalam badan kita iaitu lebih daripda 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan pengekalan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Kalsium juga digunakan untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.

Sewaktu hamil, janin akan mengambil sekitar 25 mg – 30mg sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi kalsium ialah pada trimester ketiga kehamilan. Jika bekalan kalsium tidak mencukupi, janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi bagi menampung keperluannya sekitar 1000mg.

Sumber makanan: Produk tenusu seperti yogurt, keju, sayuran hijau dan bijirin seperti soya.


6. Iodin


DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun.

Wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon. Hormon inilah yang menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, hormon tiroid membantu mengekalkan tahap metabolisma badan

Kekurangan iodin boleh menyebabkan paras tiroksin rendah yang akan merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak. Jadi, adalah penting untuk memastikan bayi dalam kandungan mendapat iodin secukupnya. Lazimnya, iodin tidak disimpan dalam tubuh dan perlu diambil setiap hari.

Bagi wanita hamil yang vegetarian, pengambilan susu yang secukupnya adalah penting bagi memastikan kuantiti iodin yang mereka perolehi dapat menampung keperluan harian.

Sumber makanan: Makanan laut, susu dan produk tenusu.


Nota:

Iodin merupakan nutrien penting untuk merangsang proses tumbesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Bagaimanapun kuantiti yang diperlukan sangat sedikit iaitu sebanyak 150 mikrogram (µg) setiap hari bagi orang dewasa. Majlis Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Negara dan Kementerian Kesihatan New Zealand menyarankan wanita hamil mengambil sebanyak 220 µg iodin setiap hari.

Kekurangan iodin dalam kalangan wanita hamil boleh mengakibatkan:
  • Gangguan pada perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Keguguran
  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Mati sewaktu dilahirkan
  • Kelahiran anak yang kekurangan iodin

7. Vitamin C


DIET & PEMAKANAN IBU HAMIL

Vitamin C diperlukan ketika hamil kerana ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, melawan penyakit berjangkit, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.

Vitamin C juga membantu dalam penyerapan zat besi dengan lebih optimum. Jadi, bagi wanita hamil yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi bersama vitamin C dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat. Dengan itu, masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia) dikalangan ibu hamil dapat diatasi

Selain itu, vitamin C juga diperlukan oleh bayi dalam kandungan, kerana ia dapat membantu menguatkan pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage), tendon, melindungi dan menjaga kesihatan sel, membentuk kolagen di dalam tulang, otot dan kulit bayi.

Vitamin C bertindak sebagai antioksida yang terbaik. Ia bertindak melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas yang berbahaya dan menghalang proses pengoksidaan bahaya dalam tubuh.

Ramai saintis mencadangkan pengambilan vitamin C ketika hamil dapat mengelakkan komplikasi ketika hamil, walaupun belum banyak kajian yang dilakukan terhadap teori ini.

Pengambilan vitamin C yang dicadangkan oleh American Pregnancy Association adalah 200-500mg sehari. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut dalam air. Tetapi pengambilan vitamin C yang melebihi 2000mg mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan. 

Sumber makanan: Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran seperti jambu batu, buah longan, buah kiwi, buah strawberi, buah epal, tomato dan lobak merah

Buat ibu hamil sekalian, sepanjang proses kehamilan, tubuh memang memerlukan nutrisi yang seimbang untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan dan menjaga kesihatan tubuh ibu hamil. Namun begitu, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dan cadangan dengan doctor yang faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin untuk ibu hamil terlebih dahulu. Ini membantu kita mendapatkan manfaat dan mengelakan kemudaratan  dari ubat atau vitamin yang kita ambil.


Baca juga: Nutrisi Lengkap untuk Ibu hamil


Semoga bermanfaat.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)


---------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


إرسال تعليق

0تعليقات

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !