KELEBIHAN MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT FARDHU

Atul Hamid
1

KELEBIHAN MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT FARDHU

MAKSUDNYA

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada dibumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya, Yang mengetahui apa yang ada dihadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya) Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (KekuasaanNya)


Amalkanlah bacaan ayat Al-Kursi setiap selepas solat Fardhu, kerana kelebihannya di sebut oleh
Baginda nabi salla allahu 'alaihi wasallam

 مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلَّا أَنْ يَمُوتَ

Ertinya :  "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan (mestilah) dia mati (terlebih dahulu).” (Riwayat al-Nasaie - sanad jayyid - Hadis Hasan)

Namun jangan tersilap memahami hadis ini bahawa tiada tanggungjawab, kewajiban dan larangan yang perlu dibuat dan dijauhi pula. Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa.

Sumber: #DrZaharuddinAbdRahman


Post a Comment

1Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Minta izin ambik gambar ayat kursi ni. Nak print bg anak baca

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !