PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021

Atul Hamid
2

PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021

ALHAMDULILLAH lega rasanya 😁 

Pagi tadi selesaikan buat permohonan tahun 1 anak Atul, Dhiyaa Humayraa, Atul panggil kakak je. Walaupun kakak tahun 1 pada tahun 2021 nanti, tapi sudah boleh permohonan sekarang.

Tempoh permohonan sampai 30 April 2019. Permohonan hanya dilakukan melalui dalam talian sahaja. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Untuk permohonan memerlukan beberapa maklumat seperti:

1. No kad pengenalan anak yang ingin di daftarkan

2. Rekod imunisasi anak (boleh dapat pada buku kesihatan anak)

PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021

3. Maklumat penjaga seperti
🌻 Nama ibu/bapa/penjaga
🌻 No Kad Pengenalan
🌻 Butiran pekerjaan (Alamat tempat kerja/Majikan/Gaji)

4. Nama sekolah yang dipohon & jarak sekolah dengan rumah

Untuk makluman tuan/puan, permohonan boleh dibuat melalui: https://public.moe.gov.my

Setelah siap isi maklumat yang dikehendaki, data tersebut perlulah dicetak & dibawa ke sekolah yang di pohon untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari mendaftar.

Dan perlu bawa beberapa dokumen yang diperlukan ketika menghantar borang permohonan seperti:

PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021

💕 Sijil Kelahiran Anak  (Asal & salinan)
💕 Bil utiliti terkini (bil air/elektrik/telefon & ..) (Asal & Salinan)
💕 Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga (Asal & Salinan)
💕 Surat nikah / Surat cerai (Salinan)
💕 Surat hak penjagaan (Asal)
💕 Laporan doktor & kad OKU jika berkaitan (Asal & Salinan)
💕 Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan & imunisasi (Asal)

Sekiranya tuan/puan ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, rayuan atau apa sahaja permasalahan berkaitan permohonan, tuan/puan boleh bertanya pada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah yang berhampiran.

Itu sahaja maklumat yang boleh Atul kongsikan berkaitan permohonan murid Tahun 1

Oh ya, berikut merupakan info tahun kelahiran untuk permohonan kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2020 dan tahun 2021

> Kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2020,
adalah yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014

> Kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2021,
adalah yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015
PERMOHONAN MURID KE TAHUN 1 UNTUK TAHUN 2020 DAN 2021

Macam pagi tadi, Atul buat pendaftaran kakak di sekolah kawan Atul mengajar. Walaupun tak pohon sekolah tersebut, tetapi sekolah itu ada buka tempat untuk ibu/bapa/penjaga buat pendaftaran murid tahun 1

Jadi, mudah bagi ibu/bapa/penjaga yang tidak pasti & atau yang tidak tahu nak isi maklumat permohonan, sebab guru yang bertugas, sedia memberi bantuan. Bagus sangat usaha sekolah tu kan 👍🏻👏🏻👏🏻 

Mungkin di sekolah berdekatan kawasan tempat tinggal tuan/puan ada juga menyediakan tempat untuk ibu/bapa/penjaga buat permohonan murid tahun 1. Tuan puan boleh cuba bertanya pada sekolah berdekatan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada tuan puan.

Selamat membuat permohonan anak ke tahun 1 sesi 2020/2021

Post a Comment

2Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Tq atul share. Nailah pun darjah satu tahun 2021.belum daftar lagi.
    Ehh.. Nailah sebaya kakak lah ye.. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaya lah kalau gitu. kakak darjah satu tahun 2021 juga.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !