13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit

Atul Hamid
39

Ahli dermatologi Debra Jaliman, M.D., menerangkan, kolagen adalah "protein yang paling banyak di kulit, yang membentuk 75% hingga 80% kulit anda."

Beliau juga menyatakan dengan mengambil kolagen telah terbukti mempunyai sifat antioksidan yang berfungsi melindungi kulit dengan menghadkan pengeluaran radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.

Berikut adalah 13 Kebaikan Kolagen Pada Kulit


13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit
13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit
Membaiki Penampilan Kulit
Kolagen mampu memperbaiki penampilan kulit dengan meminimumkan garisan dan kedutan, keanjalan dan tekstur kulit.

Antipenuaan


13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Antipenuaan
Dengan adanya kolagen yang cukup, dapat membantu mengurangkan saiz liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan

“Beberapa kajian menunjukkan bahawa suplemen kolagen boleh membantu memperlahankan penuaan kulit anda dengan mengurangkan kedutan dan kekeringan”

Menghidratkan
Pengambilan kolagen yang cukup memberi kulit yang lembap lalu mengurangkan rasa kekeringan dan masalah kulit mengelupas.

“Dalam satu kajian (2016), wanita yang mengambil suplemen yang mengandungi 2.5-5 gram kolagen selama lapan minggu menunjukkan penghidratan kulit yang meningkatkan, mengalami pengurangan  kekeringan kulit yang ketara dan peningkatan keanjalan kulit berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen”

Mengembalikan Keanjalan Kulit


13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Kembalikan Keanjalan Kulit
Kerana kolagen terdapat di dalam lapisan dermis kulit, ianya membantu meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan membuat kulit lebih lembut.

“Wanita yang mengambil suplemen menunjukkan peningkatan keanjalan kulit dalam kajian 2014.”

Melicinkan
Membantu meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit sekiranya mempunyai paras kolagen yang secukupnya.

Baca juga: Bahaya Suntikan Kolagen

Mencerahkan


13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Mencerahkan

Untuk yang bermasalah jeragat dan pigmentasi, elok sangat amalkan kolagen kerana kolagen membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit dengan lebih cepat sekaligus menangani masalah jeragat.

Tips untuk elakkan kehadiran jeragat dikemudian hari adalah dengan megoleskan krim SPF pada kulit untuk melindungi daripada sinaran UV secara terus

Menghalang Pertumbuhan Jerawat
Kolagen juga membantu membantutkan kehadiran jerawat pada kulit

Kulit lebih elastik
Mengambil suplemen kolagen boleh menggalakkan pengeluaran protein lain yang membantu membentuk kulit lebih elastik dan elastin

Kulit lebih tebal


13 Kebaikan Kolagen Untuk Kulit
Kebaikan Kolagen Untuk Kulit: Kulit Lebih Tebal
Dr. Jaliman berkata. "Pengambilan kolagen akan membuatkan ketumpatan kolagen dalam dermis meningkat dengan ketara, jadi kulit menjadi lebih tebal dan garisan penuaan akan berkurangan." Ini akan membantu anda kelihatan lebih muda, sekaligus membuatkan kulit lebih tebal, licin, anjal dan tegang.

Kulit berseri
Salah satu faedah kolagen yang paling terkenal ialah keupayaannya untuk menjadikan kulit berseri yang bercahaya. Protein penting ini memberikan keanjalan kepada kulit, membantu ia kelihatan lebih muda dan sihat.

Mengurangkan selulit
Kolagen juga boleh membantu mengurangkan penampilan selulit yang degil.

“Kajian secara rawak pada tahun 2015 terhadap wanita seramai 105 orang, berumur antara 24 hingga 50 tahun yang mengambil kolagen peptida selama enam bulan menunjukkan peningkatan yang jelas dalam tekstur kulit dengan mengurangkan masalah selulit”

Menyuburkan
Selain kulit, dengan kolagen yang cukup, rambut pun akan lebih bersinar dan lebat. Kuku juga akan jadi kuat dan sihat.

Menegangkan
Di samping kulit, kolagen juga berfungsi menegangkan dan menganjalkan payudara dan punggung

Selain untuk kecantikan kulit, kebaikan kolagen juga menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Ia juga membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.

Baca: Kenapa Perlu Ambil Kolagen Hari Ini!

Itulah kebaikan kolagen terhadap kulit yang perlu anda tahu. Menurut Dr. Jaliman juga, "Pengambilan kolagen dapat meningkatkan keanjalan kulit dan membantu proses pembaikan kulit tubuh anda, sehingga mendorong tubuh anda membentuk kolagen baru.” Oleh itu, dengan adanya kandungan kolagen yang cukup dalam badan, selain membantu kulit kelihatan lebih sihat, ia juga menjadikan anda kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

Sumber: National Center fo Biotechnology Information


Baca juga: 
Ciri-ciri Memilih Kolagen Terbaik
Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen 
Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh


Post a Comment

39Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Betul2. Kolagen pun ada beberapa jenis untuk pembentukan sel kita. Sebab tu we should have active lifestyle so it would make our body to produce it's own collagen sendiri. Kalau nak consume pun tak boleh terlalu awal sebab badan kita akan selalu bergantung kepada out resource.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. seeloknya amalkan gaya hidup sihat dari semua aspek

      Delete
  2. betul.
    makin meningkat usia, kolagen berkurangan.
    maka, kena kot makan suplemen yg betul.
    jgn la amik suplemen yg takde pengesahan KKM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pandai pilih tak kira untuk dalaman atau pun luaran

      Delete
  3. Suntikan tu mmg bahaya. Ada saudara yg kena sbb ni.
    Kesian tgk muka dia skrg.
    Kena was-was kalau nak pakai produk kat muka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke, saya simpati dengan saudara tuan. Moga boleh cantik kembali.

      Delete
  4. Banyak juga khasiat kolagen untuk kulit muka kita especially yang dah mencecah 30-an sebab tanda-tanda penuaan dah mula nampak dengan stress dan kurang vitamin lagi. Memang patut consume product yang ada kolagen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah mula nampak tu, memang patut ambil dah tu hihi

      Delete
  5. terima kasih atas ilmu baru ini. saya sememangnya kurang ambil tahu tentang produk penjagaan muka dan juga apa itu kolagen ni. baru tahu banyak juga kebaikan kolagen ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ya banyak. Fungsi kolagen bukan untuk kulit je, tapi dari hujung rambut sampai hujung kaki.

      Delete
  6. kolagen memng elok untuk kulit muka kita..supaya sentaisa nampak muda je..ehehe..banyak klebeihna kolagen..yang penting kene tau lebih lagi pasal kolagen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Penting sangat amik tahu apa yang kita ambil.

      Delete
  7. Rasa macam umur macma kita ni dah kena start ambil koligen kot hehehe sebab ada juga rasa kedut-kedut kat wajah wakakakaka tapi membantu tips ini dan juga nasihat ini good sharing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sila ambil kalau camtu. ;)
      sama2, moga bermanfaat.

      Delete
  8. betul tu. memang kalogen kena amik bila usia sudah meningkat. ini dapat membantu melambatkan proses penuaan. paling penting kalogen yang diambil sesuai dengan badan dan kulit kita

    ReplyDelete
  9. Baru aje dok bercerita gan anak angkat pasal kolagen ni, dia dok sibuk nak ambik kolagen. Memang bagus bila usia dah meningkat ni ambik kolagen..elok untuk kulit, rambut dan kuku..joint2 badan pun elok nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Hanny, kolagen memang bagus untuk seluruh tubuh.

      Delete
  10. Nice sharing kak...cuma nak tambah sedikit, cuba gunakan minyak zaitun. ianya adalah yg paling tinggi antioksidan yg ada hidrotrirosol dan olikontol. Lagi pun sebagai buah barakah kan kak :) cuma mahal jek la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak zaitun memang pilihan terbaik. Masak pun elok guna minyak zaitun kan?

      Delete
  11. Akak memang sentiasa mengamalkan pengambilan kolagen ni tau. Umur akak dah masuk lima pulohan tapi budak2 sume puji nampak awet muda, sukanya akak hihi
    Boleh Ke Buat Duit Dengan Menulis DiBlog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah berbunga la hati kak Su dapat pujian camtu. Bagus kak selalu amalkan kolagen. Sebab kolagen ini untuk kesihatan menyeluruh

      Delete
  12. Kolagen mmg sangt penting untuk tubuh badan kita especially bila semakin tambah usia, penghasilan kolagen semakin menurun sbb tu kita perlu consume kolagen utk kekal awet muda. Umur makin meningkat nie banyk benda nak kne fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kena fikir bertambah % stress, jadi boleh dikatakan wajib ambil hehe

      Delete
  13. Bila dah sampai usia sebegini, memang perlu banyak bantuan kan. Seeloknya amalkan pengambilan supplemen dari usia muda kan - takde la rasa rugi kalau dah tua baru nak makan kan. Kolagen memang penting - Rawlins amalkan BBCollagenPlus dari Hai O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Rawlins, seeloknya bila dah cecah 25 tahun tu memang kena ambil setiap hari.

      Delete
  14. Collagen is really important, I've started adding it to my routine ever since 3years back especially after having babies have to replenish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good action! confirm ur skin so pretty & anjal kan?

      Delete
  15. Setuju! Makin meningkat umur kulit kite dah kurang collagen. Nak tak nk kene ambik suplement yang boleh membantu meningkatkn collagen kt muka. Baru la cun. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu faries. Faries lepas ni bolehla on collagen pulak.

      Delete
  16. Kulit yang cukup collagen memang cantik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak Pia, memang cantik sangat kulit jadinya kalau tubuh kita cukup kolagen

      Delete
  17. Pengambilan kolagen memang elok pun untuk kulit kita. Tapi emi curious jugak, kalau pengambilan collagen berlebihan tu agak2 ada kesan sampingan tak pada tubuh badan kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emi, seeloknya ambil ikut dos yang ditetapkan agar tidak berlebihan. Sebab itu kalau boleh, pilih suplemen terbaik, yang semulajadi tanpa campuran.

      Delete
  18. Nice sharing. Btw sy follower br, jemput follow my blog. 🤗

    ReplyDelete
  19. Yes I agree with you, collage memang baik untuk kulit and also joints.

    ReplyDelete
  20. Sy baru nak cuba ambik kolegen rasa2 masih blm terlambat lg ke sbb skrg umur sy dh masuk 46 tahun

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !