15 Fakta Tentang Kolagen Yang Tidak Diketahui

Atul Hamid
0


KOLAGEN merupakan protein yang terhasil daripada asid amino dan paling banyak terdapat dalam tubuh manusia. Kolagen terdapat di bahagian tulang, otot, kulit dan tendon. Kolagen memainkan peranan sebagai pelekat dan membekalkan sokongan serta struktur kepada bahagian tubuh. Ini adalah fakta utama tentang kolagen.

15 Fakta Tentang Kolagen Yang Tidak Diketahui
Fakta Tentang Kolagen

Berikut merupakan 15 fakta mengenai kolagen yang mungkin anda tidak tahu

Fakta Kolagen 1
Kolagen bersifat keras, tidak larut dan tinggi serat yang membentuk satu per tiga daripada protein di dalam tubuh manusia. Dengan adanya kolagen, kita mampu bergerak, membongkok dan meregangkan tubuh.

Fakta Kolagen 2
Kebanyakan kolagen terdiri daripada sekelompok molekul yang berkumpul untuk membentuk jaringan serat panjang dan nipis. Jaringan serat ini bertindak sebagai struktur sokongan untuk menegang dan menguatkan kulit.

Fakta Kolagen 3

15 Fakta Tentang Kolagen Yang Tidak Diketahui
Keanjalan kulit tubuh manusia bergantung kepada jumlah kadar kolagen
Keanjalan kulit tubuh manusia bergantung kepada jumlah kadar kolagen. Kandungan kolagen yang cukup, mampu mengurangkan tanda penuaan.

Fakta Kolagen 4
Kolagen endogen adalah kolagen semulajadi, disintesis oleh badan ia mempunyai beberapa fungsi penting. Pecahan dan kekurangannya dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan.

Kolagen eksogen adalah sintetik. Ia datang dari sumber luar, seperti makanan tambahan ianya digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik, termasuk pembaikan tisu badan.

Baca juga: Ciri-ciri memilih kolagen terbaik

Fakta Kolagen 5


15 Fakta Tentang Kolagen Yang Tidak Diketahui
Kandungan kolagen dalam tubuh
Kolagen terhasil di seluruh anggota tubuh terutamanya di bahagian kulit, tulang dan tisu penghubung. Terdapat sekurang-kurangnya 16 jenis kolagen berbeza di dalam tubuh, 80% ke 90% berada dalam jenis 1, 2 dan 3. Kolagen di dalam tubuh manusia kuat dan fleksibel terutamanya kolagen jenis 1 iaitu gram-for-gram, kolagen ini lebih kuat berbanding besi.

Fakta Kolagen 6

15 Fakta Tentang Kolagen Yang Tidak Diketahui
Vitamin C dan Vitamin A tinggi bantu pengeluaran kolagen
Buah-buahan dengan jumlah Vitamin C dan Vitamin A yang tinggi dapat membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dalam tubuh.

Fakta Kolagen 7
Proses pembaharuan sel-sel kulit akan menggalakan pengeluaran kolagen dalam tubuh dengan mudah. Sel-sel kulit akan diperbaharui setiap setiap 28-35 hari sekali.

Kolagen dalam tubuh dapat membantu untuk melancarkan proses pembaharuan jaringan sel kulit yang rosak. Tubuh yang mengandungi jumlah kolagen yang cukup akan memiliki kulit yang anjal, bebas kedutan dan halus.

Fakta Kolagen 8
15 Fakta Tentang Kolagen Yang Tidak Diketahui
Usia menentukan kadar kolagen
Semakin meningkat usia dan semakin banyak tekanan diberikan kepada tubuh menyebabkan penghasilan kolagen semakin berkurangan.

Fakta Kolagen 9


15 Fakta Tentang Kolagen Yang Tidak Diketahui
Kolagen mulai turun di usia 25 tahum
Pada usia 25 tahun, level kolagen dalam tubuh sudah mulai menurun.

Ini kerana pada zaman sekarang ni, tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat,
merokok serta terdedah kepada sinaran UV turut menjejaskan penghasilan kolagen.


Baca juga: Punca Kehilangan Kolagen dalam Tubuh

Fakta Kolagen 10
Apabila seorang wanita melahirkan anak, kehilangan kolagen akan berlaku!


15 Fakta Tentang Kolagen Yang Tidak Diketahui
Ibu bersalin akan kehilangan kolagen
Jika luka lambat sembuh, rahim lambat kecut, serta pelvic floor tidak kembali kepada asal dalam masa yang sepatutnya, itu tandanya tubuh kekurangan kolagen.

Fakta Kolagen 11
Untuk kesihatan dan kecantikan rambut dan kuku, juga memerlukan Kolagen
Fakta Kolagen 12
Di dalam sendi kita terdapat Bendalir Sinovial (Synovial Fluid), dan ia tinggi dengan kolagen.


15 Fakta Tentang Kolagen Yang Tidak Diketahui
Sendi yang sihat perlukan kolagen yang cukup
Kekurangan kolagen akan mengakibatkan sakit sendi.

Baca juga: Kenapa anda perlu ambil kolagen hari ini juga!


Fakta Kolagen 13
Badan kita kehilangan 4,000 kolagen setiap hari! Sebab itu kita memerlukan pengambilan kolagen setiap hari!

Fakta Kolagen 14
Lelaki juga memerlukan kolagen untuk otot, kulit, dan rambut. Lelaki yang ingin membina otot akan minum kolagen 1 jam sebelum work-out.

Kesimpulannya, memang terbukti kolagen sangat penting untuk tubuh yang sihat. Oleh itu, wajarlah kenapa pengambilan kolagen itu adalah perlu. 

Fakta Kolagen 15
Kolagen sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman dan lapisan usus. 
Untuk menggalakkan lagi pembentukkan kulit yang sihat dan cantik, kesihatan usus dan sistem pencernaan yang baik sangat membantu penyerapan ke semua vitamin dan mineral yang diambil secara optimum, oleh itu, adalah penting memastikan sitem pencernaan dan lapisan usus berada dalam keadaan yang sihat.

Baca juga:
Tanda-tanda tubuh kekurangan kolagen
Bahaya Suntikan Kolagen

Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !