9 Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen Dalam Tubuh

Atul Hamid
7

Setiap manusia yang lahir memiliki kolagen yang sangat banyak didalam tubuh, seperti yang anda lihat pada kulit bayi, licin, gebu dan anjal. Tetapi apabila melewati usia 30an, peratusan kolagen dalam tubuh manusia semakin berkurangan dari tahun ke tahun.


Tambahan lagi apabila persekitaran terdedah dengan pelbagai pencemaran sehingga berlakunya kerosakan setiap hari termasuk kerosakan kolagen. Selain itu ada juga faktor lain yang boleh memusnahkan kolagen dalam tubuh seperti sinar UV, merokok dan penyakit autoimun.


9 Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen Dalam Tubuh


Jadi, jom lihat apakah tanda-tanda yang menunjukkan tubuh kita kekurangan kolagen?


1. Masalah Kulit


9 Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen Dalam Tubuh

Masalah kulit adalah tanda yang paling mudah kelihatan jika tubuh anda kekurangan kolangen kerana ia dapat dilihat pada wajah dan juga tangan. Antara tanda-tanda kekurangan kolagen adalah wujudnya tanda-tanda penuaan seperti kulit otot semakin mengendur, garisan halus pada kulit, kedutan, hilang keanjalan, munculnya pigmentasi, jeragat hitam dan bintik-bintik, kulit kering, kulit kusam, mudah lebam, dan liang pori juga terbuka serta kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.


2. Masalah Rambut


9 Tanda-tanda Kekurangan kolagen dalam tubuh

Selain kulit, kolagen juga berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan tekstur, ketebalan dan pertumbuhan rambut. Jika tubuh anda mengalami kekurangan collagen, kesihatan rambut juga akan terganggu hingga menyebabkan anda tidak memiliki rambut yang cantik, sihat dan kuat. Ini kerana nutrisi dari pangkal rambut tidak akan sampai pada folikel rambut, lalu rambut pun akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.


Selain itu, masalah seperti rambut menjadi kering, bercabang di hujung rambut, sering keguguran rambut, ketebalan rambut menipis akibat keguguran, kulit kepala berminyak dan timbulnya masalah kelemumur yang teruk.


3. Masalah Kesihatan Sendi


9 Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen Dalam Tubuh

Kolagen memainkan peranan penting pada fungsi sendi. Fungsi kolagen bertindak seperti minyak pelancar pada mesin. Kekurangan kolagen akan menimbulkan kesan gesekan antara tulang secara  berlebihan dan boleh menyebabkan munculnya radang sendi.


Merujuk Health Work Collective, satu kajian dari Case Western Reserve University (2000), khasanya pada bahagian Penyakit Reumatik menyatakan bahawa suplemen kolagen dapat membantu mengurangkan masalah sakit sendi serta melambatkan berlakunya radang sendi (Arthritis)


4. Tulang Rapuh & Risiko Osteoporosis


9 Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen Dalam Tubuh

Kepadatan struktur tulang memainkan peranan penting untuk menentukan kekuatan dan sokongan tulang terutamanya bagi tulang rawan dan tulang belakang, Kolagen adalah unsur utama dalam sendi dan struktur tulang. Jika tubuh anda kekurangan kolagen, anda akan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh hingga boleh membawa kepada berlakunya masalah osteoporosis


5. Masalah Kesihatan Kardiovaskular


9 Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen Dalam Tubuh

Semakin berusia, peratus kolagen dalam tubuh juga semakin menurun. Keadaan ini akan menyebabkan tubuh kita mengalami pengaliran darah yang kurang lancar. Keadaan ini akan menyebabkan tubuh kita berisiko mengalami masalah sistem kardiovaskular akibat kurangnya keanjalan salur darah.


Menurut American Heart Foundation, kolagen rendah dapat menyebabkan tekanan darah rendah. Gejala yang menunjukkan berlakunya tekanan darah rendah adalah seperti sakit dada, pening dan sakit kepala yang kronik


6. Sakit Gigi dan Gusi

Kukurangan kolagen juga akan mengakibatkan anda mengalami jangkitan pada gusi, gusi yang tidak sihat, sering berlaku pendarahan, gusi mengendur hingga gigi goyang dan boleh menyebabkan kehilangan gigi, akar gigi rosak, masalah gigi sensitive serta penyakit periodontal yang menyebabkan nafas berbau  Oleh itu, kolagen juga penting untuk gusi dan gigi anda.


7. Lemah Otot Badan


9 Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen Dalam Tubuh


Kolagen menghubungkan ligamen dan otot ke sistem rangka tubuh. Pengurangan kolagen akan menyebabkan ia menjadi lemah sehingga menyebabkan rasa pada otot, Selain itu akan menyebabkan otot anda mula mengendur seperti di bahagian punggung dan payudara yang mana ia akan kelihatan jatuh dan menggeleber. Tubuh anda juga akan kelihatan lebih tua dari usia, organ dalaman tidak berfungsi dengan baik, kehilangan kalsium yang ketara, serta sering mengalami sakit dibahagian tubuh.


8. Masalah Kuku


9 Tanda-Tanda Kekurangan Kolagen Dalam Tubuh

Berlakunya kerapuhan kuku, rosak dan kekuningan, munculnya bintik-bintik putih dan kuku juga mudah pecah.


9. Masalah Mata

Penglihatan semakin merosot (rabun). Oleh kerana kolagen adalah komponen utama kornea, kekurangan kolagen akan menyebabkan kemerosotan penglihatan. Timbulnya lingkaran gelap bawah mata,  terdapat pengumpulan lemak kecil berwarna kuning pada bahagian putih mata dan saluran darah merah sekitar sudut mata serta mata juga sering Kekeringan,


Itulah antara 9 tanda-tanda kekurangan kolagen dalam tubuh yang boleh kita kenalpasti. Oleh itu, untuk pastikan kesemua tanda kekurangan kolagen ini dapat diatasi, kita di galakkan untuk lakukan pengambilan kolagen tambahan bermula hari ini juga. Ini kerana kolagen bukan sahaja terbaik untuk kulit malah sangat diperlukan oleh seluruh tubuh, iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki anda.


Baca juga:


 --------------------------------------------------------------


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Post a Comment

7Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Satu badan perlukan kolagen. Ade jugak yg ambil remeh pasal ni sbb tak tau tau fungsi kolagen sebenar

    ReplyDelete
  2. saya ada alami masalah kuku kaki mereput, baru tahu sebab kurang kolegen nnt kena ambil kolegen pulak lepas nih… tq info

    ReplyDelete
  3. Isk isk isk.. bila baca perkongsian Atul ni.. memang banyak betul jadi ke kak net.. hahaha. Nampak sangat dah kekurangan kolegen ni. Nak kena makan kaki ayam lebih gamaknya.

    ReplyDelete
  4. Macam ada je tanda² tu kat kami... 😔... Nak kena cari lebih kolagen lepas ni... Hmmm lagipun lama juga tak makan kaki ayam.. hehe

    ReplyDelete
  5. Bila baca dan cek setakat ni macam semua ok lagi. Moga terus ok taknak kurang kolagen haha

    ReplyDelete
  6. bila sebut collagen ja mostly orang fikir untuk canti,lupa yg sendi2 badn pun perlukan kolagen kann

    ReplyDelete
  7. Betul tu..kte mmg amik collagen tambahan bukan utk cantik semata

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !