Bahaya Suntikan Kolagen

Atul Hamid
30


KOLAGEN memang tidak asing lagi dalam dunia kecantikan. Banyak produk kecantikan mengandungi kolagen seperti krim, syampu, losen, serta makanan tambahan dan tidak lupa juga dalam bentuk suntikan.

Suntikan kolagen sering mendapat sambutan hangat untuk mereka nampak lebih cantik dengan cepat. Selain itu, suntikan kolagen juga mampu menghilangkan bekas parut jerawat, garisan halus, kedutan, membentuk bibir dan pipi lebih anjal.

Walaupun begitu, masih ramai yang keliru tentang keselamatan suntikan kolagen samada suntikan kolagen ini bahaya atau tidak. Tetapi ramai jugak yang tidak tahu, sebenarnya pengambilan suntikan kolagen ini memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sebab itu sejak awal tahun 2000, suntikan kolagen telah diharamkan penggunaannya dalam bidang kosmetik. Hanya pengambilan dalam bentuk makanan tambahan sahaja dibenarkan.

7 bahaya suntikan kolagen yang perlu di ketahui

Bahaya Suntikan Kolagen

1. Alahan

Suntikan kolagen banyak menggunakan bahan yang berasal daripada jaringan kulit haiwan lalu menyebabkan timbulnya alahan terhadap pengguna. Ini berkemungkinan ia tidak sesuai dengan sel atau tisu badan manusia.

Ini kerana prosesnya sama seperti memasukkan benda asing ke dalam tubuh, maka badan manusia juga akan menolak kolagen itu disebabkan tidak keserasian.

Hal ini mungkin membawa kesan seperti alahan teruk, atau lebih memudaratkan seperti kematian

Kaedah suntikan fillers yang dihasilkan daripada bahan jenis Hyaluronic Acid sahaja di benarkan. Ini disebabkan kesesuaiannya hampir 95 peratus dengan tisu dan sel kulit manusia. Dan hanya doktor berdaftar sahaja dibenarkan untuk melakukan suntikan ini.

2. Bahaya pada wanita hamil dan yang menyusui bayi

Bahaya Suntikan Kolagen

Wanita hamil atau menyusukan bayi tidak digalakkan untuk melakukan suntikan kolagen. Ini kerana ia boleh menimbulkan komplikasi terhadap kehamilan ataupun kandungan air susu yang diminum oleh bayi.

3. Bahaya pada penderita penyakit autoimun

Penderita penyakit autoimun juga tidak disarankan membuat suntikan kolagen kerana ia boleh memudaratkan sistem pertahanan badan manusia, secara tidak langsung akan memberi kesan yang sangat drastik kepada mereka. Contoh penyakit autoimun seperti Systemic lupus Erythematous (SLE).

4. Kebersihan tidak terjamin

Sekiranya suntikan dilakukan oleh mereka yang tidak berdaftar, berkemungkinan peralatan yang digunakan untuk suntikan tidak dijamin kebersihannya dan mengandungi kotoran. Hal ini menyebabkan pengguna berisiko dijangkiti kuman dan radang bakteria pada kulit sehingga meninggalkan kesan yang negatif

5. Meninggalkan Parut

Bahaya Suntikan Kolagen

Bagi yang tidak sesuai dengan kaedah ini, ia membuat kulit mengalami perubahan pada bahagian lapisan kedua hingga menyebabkan timbulnya parut.

Kesalahan dalam teknik suntikan kolagen juga akan menyebabkan perkara sebegini sering terjadi.
Suntikan yang silap akan mewujudkan gumpalan keras di bawah permukaan kulit dan menimbulkan parut pada kulit.

Luka bekas suntikan juga dapat menjadi salah satu penyebab timbulnya keloid pada kulit. Keloid adalah parut keras yang timbul pada kulit dan kelihatan sangat hodoh.

6. Rasa Yang Menyakitkan

Bahaya Suntikan Kolagen

Kaedah untuk cantik segera dengan suntikan kolagen akan menyebabkan diri terpaksa menahan kesakitan yang sangat mengerikan. Mereka rela menanggung kesakitan kerana obses untuk cantik dengan segera.

"Memang ngeri bila diingat kembali saat pembedahan dilakukan dan sesudah dilakukan. Muka saya bengkak teruk dan tidak boleh makan selama hampir dua minggu. Sementara tempoh penyembuhan mengambil masa enam bulan," – Sarina, pemilik produk Syok Cosmetics, menderita kerana suntikan kolagen

7. Pembaziran

Kos untuk suntikan kolagen selalunya mencecah ribuan ringgit. Ada di antara mereka yang sanggup melabur dan berhabisan ribuan ringgit untuk tampil dengan lebih cantik dan menawan.

Kesimpulannya, kaedah segara untuk kelihatan cantik dengan suntikan kolgen sangat popular pada masa kini. Namun ada juga diantara mereka yang tidak dapat wajah yang diimpikan sebaliknya membawa padah dan memudaratkan diri sehingga ada yang hampir membunuh diri kerana telah memusnahkan kecantikan semula jadi mereka. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak, pilihan ditangan anda.



Post a Comment

30Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Thanks for the info. Tak tau juga suntikan kologen ini berbahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kadang-kadang tak sesuai dengan badankan. Dari dapat efek teruk, baik elakkan

      Delete
  2. Suntik suntik ni mmg bahya. Makan collagen pun sama juga,makan makanan khasiat je dah cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan berkhasiat memang sangat perlu diamalkan.

      Delete
  3. Tak berani nak suntik-suntik ni. Ambik darah pon sakit. Sintik-suntik lagi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Cukuplah masa mengandung banyak kali kena cucuk cek HB hehe

      Delete
  4. Betul tu, jangan nak cantik tetapi bahana bahaya dapat sekali. Kena ada ilmu pasal kesihatan yang mana baik atau tak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kena sakit & membahayakan diri, baik elakkan. Seram!

      Delete
  5. Takut jugak dengar pasal nak cantik main cucuk cucuk ni. Dulu macam teringin nak cucuk vitamin c sebab nak cantik macam artis hahahah. Nasib baik suami tak bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cantik dimata suami tu. Itu yang suami tak bagi.

      Delete
  6. Bagus perkongsian ni... Dengar suntik² ni memang tak berani. Huhuu..
    Biar laaa cantik semulajadi, nak cantik tapi mengundang parah buat apa, iyer tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat! Tapi kalau nak cantik juga, carilah yang selamat & tak merbahayakan diri.

      Delete
  7. Suntikan kolagen hehehe takut dengar selalu kita tengok produk yang makan dan minum ada sekali kolagen tapi kalau suntik ni lebih cepat kot... Tapi betul lah kalau perkara perubatan tu cepat kesannya tu yang paling bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cepat sebab ia terus masuk ke dalam sel. tapi reaksi tubuh kita tak pasti, kalau okay Alhamdulillah, kalau tak okay, nauzubillah. huhu jadi, dari kita tak pasti, baik ambil jalan selamat

      Delete
  8. bila nampak jarum je dah memang takutla..ahha..memng takkan la nak buat suntikan kolagen ni..biorla pakai kolagen semulajadi..hehe

    ReplyDelete
  9. tak suka suntik2 ni.. x suka jarum bagai... takpe la walau tak cantik bergetah kulit licin mcm dulu pun.. tak berani... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. dari sakit kan. Baik biasa-biasa je.

      Delete
  10. Rawlins memang sejenis yang takkan ambil suntikan untuk kecantikan - penakut pada jarum walaupun akan ke hospital setiap 6 bulan. Haha.
    Rawlins minum BBplusCollagen je senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senangkan, minum-minum dah cantik. tak payah nak sakit-sakit kena cucuk.

      Delete
  11. Betul memang bahaya suntik kolagen ni. Baik consume kolagen dari bahan natural insyaAllah ok

    ReplyDelete
  12. nak cantik zaman sekarang ni dah mudah kan.. ada duit, semua boleh jadi.. hee~ saya sendiri takut nak suntik2.. kita makan kolagen jek lah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul, tapi lebih baik consume daripada disuntik yang menyakitkan tu

      Delete
  13. Memang no-no untuk suntikkan collagen ni. Mouse mommy nampak multiple collagen injection kat bhg payudara kat pesakit, takut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi ngeri cucuk di bahagian payudara. Memang tidak berani saya

      Delete
  14. Baru tau boleh terjadi parut timbul macamtu. Ish bahaya lah, memang taknak ambil suntikan collagen ni walau macam mana pun. Ada banyak lagi cara kalau betul nak increase collagen. Plus, at my age, collagen masih ada lagi heheh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda lagi takpa, nanti kalau nak ambil, pilihlah yang terbaik ya.

      Delete
  15. TB takut jarummm.. sedangkan nak checkup mengandung harraz dulu pun pejam mata bila nurse cucuk dan amik darah, inikan pulak nak tadah muka untuk dicucuk..aucchhh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul TB, cukuplah injection masa mengandung & lepas czer je. Itu pun dah sakit yakmat. Nak cantik ni, baik consume je. hehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !