Cara Mengelak Penyakit Ain


Siapa pernah dengar tentang "PENYAKIT AIN" ?

Selalu dengar orang kata Penyakit Ain ni kena pada bayi baru lahir kan?

Okay, Atul nak kongsi apa yang Atul dengar tentang Penyakit Ain ni.

Hari tu, secara kebetulan Atul terdengar ceramah seorang Ustaz di corong radio.

Cara Mengelak Penyakit Ain

Kata beliau, untuk kita hendak elakkan daripada terkena penyakit ain ini, sebelum kita puji sesuatu, hendaklah kita puji ALLAH dahulu.

Sebagai contoh kita nak puji seorang bayi yang sangat comel, jadi apa yang perlu dilakukan adalah:

"MASYAALLAH, comelnya bayi ini!" atau "SUBHANALLAH, gebunya bayi ini!"

Nampak tak? Mudahkan, kita puji Allah dulu, kemudian baru puji sesuatu.

Macam haritu, Ustaz tu bagi contoh lagi, ada sebiji kereta lalu, kereta tu sangat lawa, kereta import, kemudian ada yang memuji, "WOW, hebatnya kereta itu!"
Tup-tup kereta itu kemalangan, Astaghfirullah.

Kata ustaz itu, sepatutnya kita perlu kata begini,

"MASYAALLAH, hebatnya kerata itu" ataupun "SUBHANALLAH, canggihnya kereta itu"

Nampak tak? Simple je kan? Puji Allah dahulu, kemudian baru puji sesuatu.

Pesan Ustaz itu lagi, walau apa pun benda itu, walau sesiapa pun dia, PUJI lah pada yang ESA dahulu, kemudian barulah puji yang lain-lain.

Insyaallah, kita akan terhindar dari terkenanya penyakit ain ini.

Namun, jika Allah berkehendakkan ianya terjadi, maka terjadilah ia. Tiada siapa dapat menghalangnya.

Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Sama-samalah kita perbaiki menuju ke arah yang lebih baik. InsyaAllah

#atulhamid 🌻

(Maaf, Atul terlupa nama Ustaznya)

6 comments:

  1. Ruby pernah dengar juga pasal Ain ni, Atul.

    Pasal pandangan buruk orang lain pada kita.

    Contoh macam kita post sesuatu di Fb kan. Makan MCD contohnya. Atau beli baju mahal. Atau gambar dengan pasangan.

    Akan menimbulkan perasaan negatif dari orang lain yang tengok post kita tu.

    Alah. Tu pun nak cakap.

    Alah. Tu pun nak tunjuk.

    Padahal bagi tuan empunya post tu, tak de rasa nk riak menunjuk ke apa.

    Tapi ada timbul rasa iri orang pada kita punya post tu.

    Wallahuallam.

    Baru tahu,nak puji. kena puji Pencipta dulu. Baru benda lain.

    Sama2 kita perbaiki.

    Terima kasih kongsi pasal ni ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam penyakit hati je tu, minta dijauhkan penyakit hati seperti itu.
      InsyaAllah, sama2 kita perbaiki ke arah lebih baik

      Delete
  2. Ok saya belajar sesuatu yang baru dalam hidup saya hari ini. Terima kasih asbab penulisan dan perkongsian dalam blog saya mendapat satu lagi ilmu dengan izin-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

      Delete

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)