Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Atul Hamid
18


KOLAGEN adalah protein tubuh yang sangat penting. Jaringan kolagen adalah struktur asas dalam kulit, tendon, tulang, membran dan tisu penghubung. Apabila kandungan kolagen dalam tubuh mencukupi, ia akan menyebabkan kulit Nampak lebih anjal, rambut dan kuku yang sihat, tulang dan otot yang kuat dan paling utama akan kelihatan lebih muda dari usia.

Namun begitu, setiap tahun pengeluaran kolagen dalam tubuh pasti akan berkurangan, terutamanya apabila usia mencecah 25 tahun ke atas. Terdapat beberapa faktor penyebab berkurangnya kolagen dalam tubuh.

Punca Kolagen Hilang Dalam Tubuh

Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

1. Faktor Usia


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Semakin meningkat usia seseorang itu, semakin berkurangan kandungan paras kolagen dalam tubuhnya. Sebab itulah jika diperhatikan perbezaan antara kulit bayi, remaja, dewasa dan orang tua, jelas kelihatan perbezaan keanjalan kulit antara mereka semua. Seperti orang tua yang berusia 80 tahun, mereka akan kehilangan 4 kali ganda jumlah kolagen yang mereka miliki pada usia linkungan 20 tahun

Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh
2. Tabiat Merokok



Bahan kimia dalam rokok boleh merosakkan kolagen dan keanjalan kulit. Nikotin juga menyebabkan saluran darah di lapisan luar kulit menjadi sempit di mana menjejaskan penghantaran nutrisi dan oksigen kepada kulit.

3. Pendedahan kepada sinaran cahaya Matahari (Sinaran UV)


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Sinaran ultraviolet (UV) dalam cahaya matahari menyebabkan pemecahan kolagen dalam kadar yang tinggi, merosakkan serat kolagen dan mendorong pengumpulan elastin yang tidak normal. Elastin yang tidak normal mendorong kepada pengeluaran enzim yang boleh memecahkan kolagen. Ia juga menyebabkan pembetukan parut solar (solar scars). Terutama sekali buat mereka yang sering melakukan aktiviti luar yang sentiasa terdedah pada cahaya UV secara berlebihan


4. Pengambilan Makanan Bergula Secara Berlebihan


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Pengambilan gula yang lebih boleh menyebabkan anda kelihatan tua dengan lebih cepat. Kandungan gula yang berlebihan dalam darah akan bergabung dengan protein dan membentuk molekul baru yang dipanggil AGE (Advanced Glycation End Products). AGE menyebabkan kolagen menjadi kering, rapuh, pecah dan lemah.

5. Tekanan


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Tubuh yang sering mengalami tekanan akan mengaktifkan radikal bebas yang akan menyebabkan pengeluaran kolagen merosot


6. Masalah tiroid


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Apabila hormon tiroid tidak berfungsi dengan baik, maka ia akan menyebabkan pengeluaran kolagen terganggu. Secara tidak langsung memberi impak negatif terhadap tubuh anda.


7. Pencemaran Alam Sekitar


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Apabila persekitaran terdedah dengan pelbagai jenis pencemaran seperti bahan kimia, asap kilang dan kenderaan, bahan-bahan toksik, dan banyak lagi jenis pencemaran, ia akan menyebabkan kolagen dalam tubuh terjejas

8. Pemakanan Tidak Seimbang


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Pengambilan pemakanan yang tidak seimbang dan pengambilan makanan segera yang kerap dan berlebihan juga akan memberi kesan negatif terhadap kandungan kolagen dalam tubuh

9. Perubahan Hormon

Individu yang mengahadapi hormon tidak seimbang biasanya akan menyebabkan badan tidak bermaya. Hormon biasanya akan merosot apabila mencecah usia 50 tahun. Keadaan ini akan menyebabkan tubuh mengalami proses penuaan serta turut mengakibatkan paras kolagen dalam tubuh semakin berkurangan.

10. Tidur Tidak Mencukupi

Menurut Penyelidik dari University of Winconsin, kualiti tidur yang teruk kerap dikaitkan dengan masalah kulit yang kronik. Selain itu, kekurangan tidur akan menyebabkan proses penyembuhan kulit lambat serta menyebabkan individu itu mengalami penuaan kulit dengan lebih cepat dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

11. Kekurangan Nutrisi

Seseorang itu akan mengalami masalah kulit seperti kulit berminyak, pori besar, timbul jerawat, kulit kusam, pigmentasi, kedutan dan timbulnya garis-garis halus serta berkemungkinan mengalami kulit yang tidak bermaya dan tidak berseri. Hal ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, Vitamin C, Vitamin E, atau Zink. Kekurangan ini secara tidak langsung akan mengganggu pengeluaran kolagen secara efektif untuk memenuhi keperluan tubuh anda secukupnya.

Inilah antara faktor penyebab berlakunya kehilangan kolagen dalam tubuh setiap orang. Walaupun, ada sesetengah faktor tidak dapat kita elakkan, namun kita masih ada peluang untuk memastikan kandungan kolagen dalam tubuh mencukupi. Oleh itu, marilah kita mulakan pengambilan kolagen hari ini juga untuk memastikan paras kolagen yang optimum untuk kesihatan menyeluruh

Baca juga:
Ciri-Ciri Memilih Kolagen Terbaik
Kenapa Perlu Ambil Kolagen Hari ini juga!
Tanda-tanda Kekurangan kolagen 


Post a Comment

18Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Ramai yang tak ambil endah semua ni. Yang mereka tau tuding jari. Salahkan beranak, salahkan tak makan jamu, salahkan tak berpantang dan salahkan suami tak kaya. Hehe ini info yang betul

    ReplyDelete
  2. Ya apabila usia meningkat kolagen dalam bacan pun berkurangan. Sebab itu dewasa ni banyak produk beradaskan kolagen ada di pasaran.. yang penting kena pilih mana yang sesuai utk digunakan. Jangan tak serasi dengan kulit dah...

    ReplyDelete
  3. Oh tak penah tahu pulak tiroid boleh effect kehilangan kolagen. Nice info. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang ni kolagen lagi mudah kurang akibat pencemaran. Kolagen sangat penting kan dalam kehidupan. Bukan untuk kulit je

    ReplyDelete
  5. huhu. Kolagen ini Naim x berapa arif, Nasib ada artikel ini dapat jugak ilmu. Terima kasih ya

    ReplyDelete
  6. memang dapat rasa bila badan dah mula kehilangan collagen..sbb tu kita kena mkn collagen..lain tau bila bdn dh xde collagen..huhu..takutnya

    ReplyDelete
  7. faktor usia dengan sinaran UV ni memang tak dapat nak dielakkan so kite kena sentiasa alert dengan keadaan cuaca masa kini

    ReplyDelete
  8. Mujur la skrg banyak supplement tingkatkan kolagen kan? Kolagen mmg akan berkurangan seiring bertambahnya usia so bagus sharing ni utk sama2 amik perhatian

    ReplyDelete
  9. bila badan dah makin berusia cepat je hilang kolegen, nasib baik sekarang banyak suplement kolegen tambahan boleh kita makan untuk tambah lagi awet muda

    ReplyDelete
  10. Ada tau beberapa point je pasal punca kehilangan kolagen ni. Rupanya banyak lagi penyebab nya. Lepas ni boleh lah take note

    ReplyDelete
  11. aduhai.
    patut ler kolagen aida da abis.
    byk nyer pantang larang kolagen yg aida langgar, atul.
    aduhai :(

    ReplyDelete
  12. Makin usia meningkat makin berkurangan kolagen dlm badan kita. Sis dah melihat perubahan diri sis dr umur 20an 30an dan 40an..coming soon 50an..aduhh x tau le cam mana rupa sis nanti bila makin banyak kolagen berkurangan..x sabar nak tgok..hehehe

    ReplyDelete
  13. This sounds so sad right. That's why we have to drink collagen drink to replace the lost collagen. I love to drink it everyday haha

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas informasi. sebenarnya saya kurang ambil tahu pasal kolagen dan sebagainya. baru tahu pasal kolagen ni lepas baca entri ini. :) nampaknya nak kena amalkan gaya hidup yg lebih sihat :)

    ReplyDelete
  15. salam.. sis singgah datang sini baca entry atul.. best topik ni bukannya apa leh jadi reminder sbb ramai yg tak ambil kisah... gaya hidup sihat penting dan hrp2 sis pun akan semakin istiqamah utk lebih jaga soal makan minum.. inshaAllah

    ReplyDelete
  16. Betul pendedahan kulit wajah pada sinaran uv memang boleh mempercepatkan proses penuaan. So mmg kena ada suplemen untuk mika agar kekal
    Muda dan berseri

    ReplyDelete
  17. kan banyak faktor hilangnya kolage..jadi kenela jaga setiap apa kita buat, pemakanan, tekanan, persekitaran..

    ReplyDelete
  18. Thanks. Too bad I am a man and I don't really care about this. LOL :D But then again women and ladies will surely bookmark this post as it gives an insight to the causes of collagen loss which is a big thing to them. :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !