KOLAGEN adalah protein tubuh yang sangat penting. Jaringan kolagen adalah struktur asas dalam kulit, tendon, tulang, membran dan tisu penghubung. Apabila kandungan kolagen dalam tubuh mencukupi, ia akan menyebabkan kulit Nampak lebih anjal, rambut dan kuku yang sihat, tulang dan otot yang kuat dan paling utama akan kelihatan lebih muda dari usia.

Namun begitu, setiap tahun pengeluaran kolagen dalam tubuh pasti akan berkurangan, terutamanya apabila usia mencecah 25 tahun ke atas. Terdapat beberapa faktor penyebab berkurangnya kolagen dalam tubuh.

Punca Kolagen Hilang Dalam Tubuh

Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

1. Faktor Usia


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Semakin meningkat usia seseorang itu, semakin berkurangan kandungan paras kolagen dalam tubuhnya. Sebab itulah jika diperhatikan perbezaan antara kulit bayi, remaja, dewasa dan orang tua, jelas kelihatan perbezaan keanjalan kulit antara mereka semua. Seperti orang tua yang berusia 80 tahun, mereka akan kehilangan 4 kali ganda jumlah kolagen yang mereka miliki pada usia linkungan 20 tahun

Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh
2. Tabiat Merokok



Bahan kimia dalam rokok boleh merosakkan kolagen dan keanjalan kulit. Nikotin juga menyebabkan saluran darah di lapisan luar kulit menjadi sempit di mana menjejaskan penghantaran nutrisi dan oksigen kepada kulit.

3. Pendedahan kepada sinaran cahaya Matahari (Sinaran UV)


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Sinaran ultraviolet (UV) dalam cahaya matahari menyebabkan pemecahan kolagen dalam kadar yang tinggi, merosakkan serat kolagen dan mendorong pengumpulan elastin yang tidak normal. Elastin yang tidak normal mendorong kepada pengeluaran enzim yang boleh memecahkan kolagen. Ia juga menyebabkan pembetukan parut solar (solar scars). Terutama sekali buat mereka yang sering melakukan aktiviti luar yang sentiasa terdedah pada cahaya UV secara berlebihan


4. Pengambilan Makanan Bergula Secara Berlebihan


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Pengambilan gula yang lebih boleh menyebabkan anda kelihatan tua dengan lebih cepat. Kandungan gula yang berlebihan dalam darah akan bergabung dengan protein dan membentuk molekul baru yang dipanggil AGE (Advanced Glycation End Products). AGE menyebabkan kolagen menjadi kering, rapuh, pecah dan lemah.

5. Tekanan


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Tubuh yang sering mengalami tekanan akan mengaktifkan radikal bebas yang akan menyebabkan pengeluaran kolagen merosot


6. Masalah tiroid


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Apabila hormon tiroid tidak berfungsi dengan baik, maka ia akan menyebabkan pengeluaran kolagen terganggu. Secara tidak langsung memberi impak negatif terhadap tubuh anda.


7. Pencemaran Alam Sekitar


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Apabila persekitaran terdedah dengan pelbagai jenis pencemaran seperti bahan kimia, asap kilang dan kenderaan, bahan-bahan toksik, dan banyak lagi jenis pencemaran, ia akan menyebabkan kolagen dalam tubuh terjejas

8. Pemakanan Tidak Seimbang


Punca Kehilangan Kolagen Dalam Tubuh

Pengambilan pemakanan yang tidak seimbang dan pengambilan makanan segera yang kerap dan berlebihan juga akan memberi kesan negatif terhadap kandungan kolagen dalam tubuh

9. Perubahan Hormon

Individu yang mengahadapi hormon tidak seimbang biasanya akan menyebabkan badan tidak bermaya. Hormon biasanya akan merosot apabila mencecah usia 50 tahun. Keadaan ini akan menyebabkan tubuh mengalami proses penuaan serta turut mengakibatkan paras kolagen dalam tubuh semakin berkurangan.

10. Tidur Tidak Mencukupi

Menurut Penyelidik dari University of Winconsin, kualiti tidur yang teruk kerap dikaitkan dengan masalah kulit yang kronik. Selain itu, kekurangan tidur akan menyebabkan proses penyembuhan kulit lambat serta menyebabkan individu itu mengalami penuaan kulit dengan lebih cepat dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

11. Kekurangan Nutrisi

Seseorang itu akan mengalami masalah kulit seperti kulit berminyak, pori besar, timbul jerawat, kulit kusam, pigmentasi, kedutan dan timbulnya garis-garis halus serta berkemungkinan mengalami kulit yang tidak bermaya dan tidak berseri. Hal ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, Vitamin C, Vitamin E, atau Zink. Kekurangan ini secara tidak langsung akan mengganggu pengeluaran kolagen secara efektif untuk memenuhi keperluan tubuh anda secukupnya.

Inilah antara faktor penyebab berlakunya kehilangan kolagen dalam tubuh setiap orang. Walaupun, ada sesetengah faktor tidak dapat kita elakkan, namun kita masih ada peluang untuk memastikan kandungan kolagen dalam tubuh mencukupi. Oleh itu, marilah kita mulakan pengambilan kolagen hari ini juga untuk memastikan paras kolagen yang optimum untuk kesihatan menyeluruh

Baca juga:
Ciri-Ciri Memilih Kolagen Terbaik
Kenapa Perlu Ambil Kolagen Hari ini juga!
Tanda-tanda Kekurangan kolagen