Sakit Sendi Lutut: Punca, Siapa Berisiko dan Cara Hilangkannya

Atul Hamid
34

SAKIT SENDI LUTUT adalah satu penyakit yang biasa dialami sebilangan besar masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Antara sebabnya adalah keradangan, tulang rawan mula haus dan terhakis, serta paras kolagen dalam tulang rawan yang berkurangan. Keadaan ini akan menyebabkan kualiti hidup terjejas sehingga mengganggu aktiviti harian.



Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen


Tanda-tanda menunjukkan anda mengalami sakit sendi lutut:
  • Sakit yang teramat sangat pada bahagian lutut apabila bergerak
  • Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan lutut
  • Pembengkakan lutut
  • Lutut menjadi kemerah-merahan
  • Lutut sering berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
  • Kekejangan sendi sering berlaku
  • Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut

Punca berlakunya sakit sendi lutut:
  • Peningkatan usia
  • Masalah kegemukan dan berat badan berlebihan
  • Kerap berdiri dalam masa yang lama
  • Genetik (Ahli keluarga mempunyai sejarah radang sendi lutut)
  • Melakukan aktiviti lasak dan bersukan terlampau aktif
  • Kerap mencangkung
  • Mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat
  • Salah mengangkat bebanan
  • Kecederaan akibat terjatuh
  • Kehilangan paras kolagen dalam tubuh

Siapa berisiko tinggi untuk mendapat penyakit sendi lutut:



Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen
  • Golongan tua (Warga emas) dan sudah berumur
  • Golongan obesiti
  • Ahli sukan yang sering melakukan pergerakan pantas seperti pemain bola sepak
  • Melakukan kerja sambil berdiri dalam tempoh yang lama

Langkah mencegah dan mengurangkan risiko kecederaan lutut



Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen
  • Bersenam secara berkala
  • Melakukan aktiviti regangan sebelum dan selepas bersukan
  • Mengamalkan gaya hidup sihat

Cara mengatasi sakit sendi lutut:



Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen
  • Melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • Tuam lutut dengan menggunakan sebotol air suam dengan meletakkannya di bahagian lutut. Biarkan seketika sehingga anda berasa lega.
  • Mandi air suam selama 20 minit, cara ini membantu meredakan kesakitan sendi lutut.
  • Bagi individu obes, amalkan pemakanan sihat dan cuba untuk mengurangkan berat badan
  • Mengamalkan pengambilan makanan seperti sup kaki ayam, sayur hijau dan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C dengan mengikut kadar yang telah ditetapkan
  • Jika masih sakit ambil ubat penahan sakit atau ubat antiradang yang membantu meredakan dan menghilangkan kesakitan lutut. Namun pastikan anda mendapatkan nasihat doktor pakar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rawatan di rumah.
  • Jika masih berterus, kemungkinan pembedahan perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah sakit sendi lutut ini. Selepas itu, perlu melakukan fisioterapi dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Atau, anda juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen kolagen setiap hari sebagai ikhtiar untuk mengurangkan sakit sendi anda

Kenapa Kolagen?

Protein yang paling banyak terdapat di dalam badan kita adalah kolagen. Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung dalam badan yang memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung, seperti tulang rawan, tulang, tendon,  ligamen dan kulit. Walaupun kolagen sangat dikenali untuk membantu dalam kecantikan kulit. Namun, manfaat kolagen juga sangat memainkan peranan penting terhadap seluruh tubuh termasuk kesihatan sendi.


Ketahui: Fakta tentang kolagen




Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen


Apa yang berlaku sekiranya kolagen berkurangan dalam tubuh?

Kekurangan kolagen akan mengakibatkan tulang lutut lebih besar daripada rangka lutut sehingga menyebabkan keradangan lutut berlaku. Secara tidak langsung menyebabkan sakit sendi lutut berlaku


Ketahui: Tanda-tanda kekurangan kolagen dalam tubuh


Bagaimana Kolagen dapat membantu atasi masalah sakit sendi lutut?

50% daripada tulang rawan memang terdiri daripada kolagen. Kolagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan, kekuatan dan merangsang pertumbuhan tulang rawan. Selepas umur 25 tahun, Pengurangan kolagen mula berlaku termasuk kolagen dalam tulang rawan (Cartilage).

Tulang rawan adalah lembut, berbentuk kenyal yang melindungi hujung tulang di setiap sendi. Peningkatan umur dan pergerakan secara berterusan akan mengakibatkan tulang rawan kehausan. Akibatnya, tendon dan ligamen akan meregang, dan tulang akan bergesel antara satu sama lain, lalu menyebabkan sakit sendi berlaku. Kolagen memberikan sokongan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu tulang rawan, serta melegakan keradangan sendi dan kesakitan yang berlaku.


Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen?


Walaupun badan boleh menghasilkan kolagen dengan sendiri, tetapi apabila semakin berusia, paras kolagen dalam tubuh semakin berkurangan sehingga tidak mampu menampung keperluan kolagen & menyebabkan pengambilan kolagen tambahan sangat diperlukan. Jika dibiarkan paras kolagen terus berkurangan, pelbagai masalah kesihatan akan muncul dikemudian hari, antaranya seperti sakit sendi lutut.

Di bahagian sendi, terdapat kolagen jenis II. Ia merupakan bahagian tubuh yang lebih cenderung untuk haus dan terhakis. Jadi, untuk memilih suplemen kolagen, pilihlah yang mengandungi kolagen jenis II dan bertindak sebagai bahan aktif untuk menyokong kesihatan sendi kerana kolagen jenis ini membantu memberi keselesaan dan menyokong sendi lemah. Kolagen jenis ini juga sangat bermanfaat kepada mereka yang mengalami ketidakselesaan dan kesakitan di bahagian sendi, terutamanya dikalangan warga emas, ahli sukan, dan pesakit arthritis.



Antara fungsi kolagen terhadap sendi adalah:

✔ Memberi keselesaan terhadap sendi
✔ Menjaga rangka lutut
✔ Memelihara tulang rawan daripada terhakis
✔ Melancarkan pergerakan sendi lutut
✔ Menguatkan tulang lutut

Berikut merupakan antara kajian klinikal terhadap penggunaan suplemen collagen dalam membantu masalah sakit sendi lutut:

“Penggunaan kolagen selama 24 minggu membantu kurangkan sakit sendi 147 orang atlet.”  ClarkK.L et.all (2008)
“Pembaikan yang ketara tisu lutut berbanding dengan kumpulan kawalan selepas 48 minggu dengan suplemen kolagen” dGEMRIC Study

Antara cadangan suplemen kolagen terbaik adalah Shaklee Collagen Plus Powder.


Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen


Berikut merupakan salah satu testimoni kolagen Shaklee untuk sakit sendi lutut:


"Mak saya kena sakit lutut yang agak kronik, bila tengok mak susah nak berjalan, solat pun terpaksa duduk, kadang sampai terpaksa mengesot kat lantai, hati anak mana tak luruh tengok mak dalam keadaan camtu, saya pulak duduk jauh dari mak. Bila baca khasiat Kolagen Shaklee (SCP) terus orderkan mak dua kotak setiap bulan, dah 2 bulan mak makan, tetiba mak whatsapp "Sekarang bila solat lutut mama dah tak sakit dah, dah boleh jalan macam biasa" Allah, Allah, menitik air mata bila baca whatsapp yang mak bagi. Walaupun harga agak pricey, tapi nak dibandingkan dengan nilai kasih ibu dna kesihatan mak, kasih ibu lebih mahal. Kawan-kawan mohon doakan agar Allah berikan kesihatan berpanjangan buat kedua ibu bapa saya ye" - Testimoni: Puan Fazlina Shamsuddin.

Bagaimana Shaklee Collagen Plus Powder (SCP) bantu mengurangkan sakit sendi lutut?

Collagen Powder membekalkan kolagen premium 4,000mg Red Snapper Scales Collagen, yang sangat cepat diserap oleh tubuh.

Shaklee Collagen Powder juga menyediakan molekul yang kecil iaitu sebanyak 1000 dalton. Molekul kecil ini mempunyai penyerapan yang lebih tinggi dan memiliki kadar penyerapan paling optimum.

Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen

Kadar penyerapan yang maksima ke dalam tubuh sangat membantu proses baikpulih tulang rawan, otot dan ligamen pada lutut yang tidak sihat, sekaligus beri kelegaan pada sakit lutut tanpa sebarang kesan sampingan.

Apabila penyerapan kolagen ini berlaku ke dalam badan, secara perlahan-lahan akan membantu memperbaiki bahagian-bahagian yang rosak serta menggantikan kolagen yang semakin menghilang. Lama-kelamaan bengkak dan keradangan akan beransur pulih dan struktur tulang rawan akan berfungsi dengan lebih baik.

Oleh itu, individu yang mengalami sakit sendi lutut digalakan mengamalkan SCP dengan konsisten. Mengikut ujian klinikal, SCP memberi kesan positif seawal 8 minggu dan ada juga yang dapat tindak balas seawal 3 hari. Hal ini mengikut tindakbalas rangsangan tubuh individu.

Kolagen bersifat elastik dan sangat kuat. Anda akan dapat rasakan perbezaan setelah mengamalkan Shaklee Collagen Plus Powder ini.


Keistimewaan Shaklee Collagen Plus Powder Shaklee adalah:


Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen


Harga sekotak Collagen Powder ialah RM298 sahaja (15 sachets). 

Para saintis Shaklee menyarankan penggunaan Collagen Shaklee selama 8 minggu atau 2 bulan berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Penggunaan 2 bulan kolagen memerlukan 4 kotak Collagen Powder bernilai RM1,192 sahaja. 
(Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli! Klik di sini )

Baca juga: Info tentang Kolagen Shaklee


Kesimpulannya, jangan biarkan diri anda atau insan tersayang menanggung derita akibat sakit sendi lutut. Amalkan pengambilan kolagen hari ini juga. Ini kerana kolagen sangat membantu anda mengurangkan masalah berkaitan sakit sendi lutut. Sekaligus mengembalikan keceriaan hari mereka.


Baca juga:

Fakta tentang kolagen
Testimoni Shaklee Collagen Powder: Ligamen Koyak
Testimoni Shaklee Collagen Powder: Ketatkan Lutut Yang Longgar

Bagaimana Cara Menghilangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Kolagen

Post a Comment

34Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Betul lah kadang tu kta nak kurus nak sihat bukan sbb nak cantik semata, tapi nak mudah beribadah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, kalau badan sihat, kuru, mudah untuk kita solat, nak bangun duduk, pergerakan pun lancar.

      Delete
  2. nak meningkat usia baru terasa nak amalkan supplement semua ni. nasib baik belum tua lagi. sekarang umur di awal 30an dah terasa dah tanda-tandanya. kena banyak membaca dan ambil ilmu. tq atul buat sharing ni. ♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, banyak membaca, amalkan gaya hidup yang sihat, insyaAllah penuaan pun dalam keadaan sihat

      Delete
  3. saya yang selalu berlari ni pun kadang-kadang ada rasa sakit sendi lutut. Mungkin terlalu aktif dan harus makan supplemeng macam kolagen ni untuk membantu mencegah ianya makin teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya ambillah untuk melindungi/ mengelakkan dari terjadi lebih teruk lagi.

      Delete
  4. Alhamdulillah, belum lagi ada rasa sakit sendi ni. Yg ada cuma penyakit malas nk bersenam haha. Terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  5. Bila meningkat usia ni, macam macam simptom akan singgah. Contohnya sakit lutut sendi ni lah.

    Kolagen ni penting rupanya untuk kesihatan sendi lutut. Ramai yang ingat kolagen pada kecantikan kulit semata.

    Nice sharing dear 💗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ruby, kolagen memang sangat diperlukan oleh tubuh especially bila semakin berusia

      Delete
  6. Pernah consume for a month ni.
    Only a month la. Tak mampu :)
    Bagus. Sape yg mampu wajib cuba ni.
    Makin berumur makin kurang kolagen.
    So kena maka suplemen yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis, setiap tahun kadar kolagen dalam tubuh kita berkurangan.

      Delete
  7. Selalu kita tengok orang berumur jer akan sakit lutut ni dan juga memang kalau sakit tu teruk sangat hehehe ada cara lebih selamat untuk rawat sakit ni kan bagus lah ada produk ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk ni buka untu merawat maha, tapi lebih kepada membantu mengurangkan masalah, melindungi sebelum terkena, kalau boleh ambil sebelum terkena lagi bagus, sebab bila dah kena, prosesnya lagi sukar nanti, bermacam rawatan yang diperlukan

      Delete
  8. Bagus perkongsian ini...BC mmg ada sejarah sakit sendi terutama di bahgian lutut...jadi perkongsian ni sedikit sebanyak dpt membantu BC utk megatasi sakit sendi ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Semoga entry ini dapat membantu bonda atasi masalah bonda & kekal aktif & sihat.

      Delete
  9. Bapak saya dah kena sakit ni. Cecair di antara lutut tu dah kering jadi sakit bila bergerak. Mmg kena jaga dari muda. Kena ambil makanan sibat dan try supplement yg dicadangkan lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MOga bapak bella cepat sihat ya. Ikhtiar terbaik untuk kesihatan bapak.

      Delete
  10. Mmg part sakit lutut tu mmg bila dah tua tu akan rasa kan.. Hari tu terjatuh n terhentak dekat lutut pun dah rasa sakit gila.
    Xleh byg kalau kurang cecair dekat lutut tu.. Fuhhh kena jaga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, memang kena jaga sebelum terkena.

      Delete
  11. Betul ke kolagen boleh "rawat" sakit sendi? I think it more to prophylaxis kot. Kalau dah sakit sendi, kwna dapatkan rawatan yg sepatutnya kat spital

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan merawat sis, istilah merawat hanya untuk ubat yang dikeluarkan oleh KKM & rawatan dari doktor je.

      Kolagen ni, sebagai ikhtiar untuk membantu mengurangkan masalah sendi,

      Tapi perkara terbaik adalah perlu rujuk pada pakar kesihatan dahulu untuk ketahui status, masalah @ penyakit yang dihadapi sebelum mengambil apa2 makanan tambahan @ ikhtiar cara lain 😊

      Delete
  12. Betul tu Atul. Kolagen sangat penting utk tubuh kita kerana ia bertindak sebagai sokongan kpd tisu penghubung seperti tulang rawan. amalkan gaya hidup yang sihat juga sama penting utk hindari sakit lutut ni kan.

    ReplyDelete
  13. susah ye kalu nak bergerak bila sendi sakit. nak buat apa pun tak boleh sebab terbatas pergerakkan. bagus shaklee ni keluar produk khas untuk menjaga sendi dari sakit terutama warga emas. eh kita orang muda pun kena start jaga elok-elok sendi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, banyak kesukaran yang akan dapat kalau dah mula sakit sendi.

      Dari mudalah mesti kena jaga, baru dapat elakkan diri dari terkena masalah sakit sendi.

      Delete
  14. Walau macam mana pun, kolagen boleh membantu mengurangkan, tak boleh merawat sebab semakin tua, badan semakin kurang kolagen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, kolagen bukan untuk merawat, ia cuma untuk membantu & sebagai langkah penjagaan.

      Delete
  15. Kalau amalkan minum collagen dengan konsisten hopefully it helps.

    ReplyDelete
  16. Terbaik! kolagen pentingutk badan.

    ReplyDelete
  17. kena jaga lutut. kalau tak jaga masalah banyak tu. My aunty kena buat surgery but din help much. is better to take care while young

    ReplyDelete
  18. Memang kena konsisten mengamalkan minuman kolagen ni, kalau tak, tak nampak kesannya. Kena jaga kesihatan masa muda-muda untuk mengelakkan masalah kesihatan tua nnt.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !