Tips Minyak Tidak Meletop Ketika Menggoreng

Okay hari ini Atul nak kongsikan tips agar minyak tidak meletop ketika menggoreng πŸ’₯πŸ’₯ ke        ke

Siapa sini kalau menggoreng ayam @ ikan, minyak meletop-letop πŸ™‹πŸ» pop pop πŸ’₯πŸ’₯

Okay ini tips yang selalu Atul amalkan untuk elakkan minyak meletop ketika menggoreng, sebab atul pun tak suka minyak meletop-letop ni, mulalah menari πŸ’ƒπŸ» je nanti πŸ€£

Tips Minyak Tidak Meletop Ketika Menggoreng
Tips Minyak Tidak Meletop Ketika Menggoreng

1. Pastikan kuali dipanaskan dahulu sebelum masuk minyak (kalau kuali basah/berair, pastikan air kering dahulu)

2. Masukkan minyak masak (ikutlah banyak mana yang awak nak) & biarkan minyak panas dahulu (tapi janganlah awak lupa sampai berasap pulak kuali tu πŸ˜‚ karang tak pasal-pasal berasap rumah)

3. Letak sekeping asam keping yang telah dibilas

4. Letak sedikit garam halus (jangan banyak karang masin pulak πŸ˜… kalau atul, atul letak hujung sudu je)

5. Sedia untuk menggoreng πŸ˜

NOTA:
"Ketika awak gaulkan ayam/ikan dengan kunyit & garam, kuantiti garam letak SEDIKIT je tau, jangan letak banyak"

Karang tak pasal-pasal tekanan darah awak naik sebab masin πŸ˜‚ ye la, dah la waktu menggaul letak garam, dalam minyak letak garam, tak ke masin jadinya,

Jadi nasihat Atul letak sikit je, sedang-sedang je okay, insyaallah okay je semuanya, sedap je jadinya. kalau buat masak kicap pun, boleh bertambah nasi tau πŸ˜†

EKSTRA NOTA:
Tapi kalau meletop jugak, tutup je dengan tudung periuk πŸ€£ (ni selalunya kalau goreng hati πŸ’™ ayam lah)

ESKTRA NOTA:
Tips ini boleh elakkan ikan/ayam yang awak goreng tu dari melekat di kuali juga. (Tak best kalau melekat di kuali, habis isi ikan/ayam tu πŸ˜‚)

Semoga bermanfaat buat anda yang selalu minyak meletop-letop ketika menggoreng πŸ˜‰

#atulhamid


6 comments:

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)