12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Atul Hamid
6

Masker muka adalah salah satu rahsia kecantikan yang tak boleh ditinggalkan bagi setiap golongan yang mementingkan kecantikan wajah. Banyak kebaikan yang akan diperoleh jika rajin mengamalkan pemakaian masker muka. Namun disebabkan kesibukan pelbagai aktiviti harian, pemakaian masker muka selalunya diabaikan.

12 Kebaikan Pakai Masker Muka


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Kebaikan utama jika rajin memakai masker muka semestinya untuk kecantikan kulit muka. Berikut merupakan kebaikan yang akan kita dapat sekiranya mengamalkan pamakaian masker muka dengan konsisten, antaranya:


1. Menegangkan Kulit Muka


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Ramai yang tidak tahu masker muka boleh membantu menegang dan menganjalkan kulit muka. Sekaligus menjadikan kulit lebih halus dan kelihatan awet muda. Sebab itu, pemakaian masker muka sangat bagus diamalkan oleh wanita berusia. Hal ini kerana, apabila kulit wajah kelihatan lebih tua daripada usia, ia akan menyebabkan penampilan kita terjejas dan hilang keyakinan diri.



2. Cerahkan wajah
Sekiranya rajin mengamalkan pemakaian masker muka secara konsisten, lama-kelamaan kulit akan kelihatan cerah. Ini kerana ketika memakai masker, kulit wajah akan menyerap khasiat yang terdapat pada masker lalu menjadikan kulit cerah dan berseri.



 3. Mengurangkan tanda penuaan


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Amalan memakai masker muka dapat membantu mengurangkan kedutan, garis-garis halus dan tanda penuaan yang ada pada wajah. Terutama sekali, jika selalu tertekan (stress). Tekanan yang kerap akan menambahkan lagi kedutan di wajah. Jadi, sangat bagus jika pemakaian masker muka ini dijadikan rutin mingguan dan diamalkan secara konsisten untuk mengurangkan kedutan, garis halus, dan tanda penuaan di wajah.


4. Membuang sel kulit mati


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Apabila mencuci muka, pencuci muka hanya membersihkan lapisan atas kulit tapi tidak sampai ke dalam kulit. Tetapi dengan masker, fungsinya mampu menyerap hingga ke dalam lapisan kulit dengan lebih mendalam dan memberi nutrisi kepada kulit. Sekaligus, membantu membuang sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah lebih sihat dan berseri secara semulajadi.


5. Merawat Kulit Kusam


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Bagi anda yang selalu tidur lewat dan tidak cukup tidur, aktif dan sibuk dengan aktiviti seharian serta kulit selalu terdedahkan dengan cahaya matahari pasti akan menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Jadi, dengan mengamalkan pemakaian masker secara konsisten dapat membantu atasi kulit kusam sekaligus menjadikan wajah berseri-seri dan kelihatan bermaya


6. Melembapkan wajah


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Pemakaian masker secara rutin membantu melembapkan wajah dan menjadikan wajah kelihatan segar. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering anda digalakan untuk memakai masker muka. Ini kerana, kulit jenis kering, akan menjadikan wajah kelihatan lebih tua daripada usia. Malah, proses penuaan turut berlaku lebih cepat.



7. Menanggal dan Mengurangkan Bintik Hitam dan Bintik Putih


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Dengan mengamalkan masker wajah ia membantu menanggalkan bintik hitam dan bintik putih dengan mudah. Kulit akan jadi lebih bersih, licin dan segar.



8. Mengawal Minyak Berlebihan


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Salah satu fungsi masker adalah menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka dan membantu mengawalkan pengeluaran minyak pada kulit muka. Masker tanah liat sangat sesuai bagi menyedut minyak berlebihan pada kulit muka dan T zone.


9. Mengecutkan Jerawat


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Jerawat merupakan satu masalah besar bagi setiap individu, sehingga boleh menyebabkan hilang keyakinan diri terutamanya apabila untuk berdepan dengan orang sekeliling. Dengan mengamalkan pemakaian masker, ia boleh membantu mengecutkan jerawat. Ini kerana masker wajah bertindak seperti detox, menyahkotoran kotoran yang tedapat pada kulit wajah. Hasilnya kulit lebih bersih dan licin.


10. Membersihkan Liang Pori


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Masker muka bertindak membersihkan liangkan pori. Fungsinya sebagai detoks wajah, bantu menarik segala kotoran yang terdapat di wajah sekaligus membersihkan liang pori daripada kotoran yang menyebabkan liang pori tersumbat


11. Merawat Kulit Terbakar (Sunburn)


12 Kebaikan Pakai Masker Muka

Masker wajah juga boleh merawat kulit terbakar (sunburn) dan menjadikan kulit lebih sihat dan kelihatan segar berseri.


12. Menenangkan wajah

Pemakaian masker membantu merehatkan dan menenangkan kulit wajah, kerana ketika memakai masker, kita perlu berada dalam keadaan tenang seperti yang sering dilakukan di spa kecantikan. Jadi, bolehlah rasa seperti dirimu berada ala-ala di spa walaupun hanya memakai masker wajah di rumah hihi

Terujakan dengan kebaikan masker muka yang akan kita dapat jika rajin memakainya.

Oleh itu, jadikanlah pemakaian masker muka sebagai rutin mingguan. Ini kerana masker muka seelok-eloknya dipakai seminggu tiga kali (3x) sahaja. Kunci utama untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan cantik berseri adalah "KONSISTEN” mengamalkannya.

Salah satu masker muka yang patut anda cuba adalah Youth Mask Shaklee. Masker Youth Shaklee ini mampu membantu anda membersihkan dan menghidratkan kulit dengan lebih cepat, efisen dan menenangkan. Shaklee Youth Mask ini, terbukti berkesan dan selamat diamalkan serta semulajadi dan bebas daripada bahan merbahaya.


Semoga Bermanfaat ;)



Saya, rakan Shaklee anda,
Atul Hamid | ID NO. 1077444
FB - Atul Hamid
IG - Atul_Hamid
Email - atulhamid@gmail.com
SMS (wa) +6019-5733761


إرسال تعليق

6تعليقات

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !