9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Atul Hamid
0
DETOKS merupakan cara untuk mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam tubuh. Tetapi bagaimanakah cara untuk memastikan detoks ini betul-betul berkesan pada diri? Apakah perkara utama yang perlu diberi perhatian sewaktu melakukan detoks?

Tahukah anda?
Membersihkan tubuh badan daripada toksik dan memenuhi kekosongan itu dengan nutrien yang teratur akan membuatkan minda inginkan makanan yang lebih berkhasiat.

Manfaat Melakukan Detoks Terhadap Tubuh


9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang hadir daripada pelbagai faktor seperti persekitaran dalam aktiviti seharian, pemakanan yang bernutrisi rendah dan juga tekanan gaya hidup kita sendiri. 

Pendedahan yang kerap boleh menyebabkan penyingkiran toksin dari sistem tubuh terganggu. Sehingga menyebabkan tompokan toksik berlaku. Selain itu, mendorong tubuh mengalami pelbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amatlah penting untuk melakukan detoks dengan kerap. Jika anda mengikuti pelan detoks yang betul, terancang, selamat dan elok boleh memberikan banyak kesan positif terhadap tubuh.

Berikut merupakan 9 manfaat detoks yang boleh diperoleh jika anda melakukannya

 Pengurangan Berat Badan 


9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh untuk membakar lemak secara semulajadi sehingga boleh menyebabkan berat badan bertambah. Ini kerana toksin menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul.

Lama-kelamaan, sel lemak turut dipenuhi dengan lemak dan toksin sehingga menyebabkan sel lemak tidak dapat berfungsi dengan baik seperti tidak dapat menghasilkan tenaga dan hormone yang bagus sepertimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.

Jadi, dengan melakukan detoks, ia membantu sistem tubuh beroperasi lebih baik. Sekaligus membantu mengurangkan sel lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh sekaligus membantu dalam mengurangkan berat badan


 Melegakan rasa kembung perut dan masalah sembelit (Kolon yang lebih sihat) 


9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Pengumpulan toksin biasanya akan mengakibatkan berat susah nak turun, perut kembung, sembelit serta mungkin juga akan mudah mengalami penyakit seperti penyakit kolon dan kanser kolorektrum. Kolon merupakan system kumbahan tubuh dan ia perlu dibersihkan serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi. Melalui detoks, kolon boleh dibersihkan sekali melegakan masalah sembelit serta mendorong kepada system pencernaan yang lebih sihat. Ini kerana dengan detoks sisa dan bahan kimia yang tidak diperlukan dalam telah dibuang dari tubuh.



 Memberi Tenaga 

9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Tubuh mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi. Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan menyebabkan cepat berasa letih dan keadaan ini menunjukkan tubuh mempunyai banyak toksin. Dengan detoks mampu membantu menyokong organ untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh lebih bertenaga dan stamina untuk melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan.


 Mengurangkan nafsu makan 


9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Membersihkan tubuh dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan pengambilan makanan yang bernutrisi tinggi sahaja, akan menyebabkan minda beralih dan terjurus untuk makan makanan yang sihat dan bernutrisi sahaja. Sekaligus membantu mengurangkan rasa ingin makan makanan yang tinggi gula, kafein dan berlemak.


 Kulit lebih cantik 


9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Organ luaran yang terbesar merupakan kulit dan ia melambangkan kesihatan dalam seseorang. Kulit turut membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila system dan kalenjar peluh dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong  kepada kulit yang tidak sihat termasuklah berjerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan dan apabila toksin dikeluarkan, perubahan kulit yang ketara akan berlaku, dimana kulit akan lebih bersih, licin dan berseri. 


 Mengurangkan tekanan 


9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Apabila tubuh dipenuhi toksin, minda akan jadi tertekan. Sekaligus menyebabkan penyerapan nutrient terganggu. Keadaan ini mampu mengeluarkan hormon Kortisol. Hormon ini menunjukkan bahawa badan anda tidak gembira dan mungkin bermasalah. Jadi, apabila toksin dikeluarkan, hormone Kortisol boleh dikawal untuk lebih bertenang dan sekalisgus membantu tubuh hilangkan tekanan.


 Menguatkan Sistem Imunisasi 


9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Miliki radikal bebas secara percuma bukan satu keputusan yang bijak. Ini kerana radikal bebas mampu merosakkan sel dan mendedahkan tubuh kepada toksin yang mampu membiakkan radikal bebas. Radikal bebas bertindak untuk membinasakan system imunisasi dan menyebabkan keradangan.

Detoks dapat membantu tubuh menghindari toksin lalu membantu melumpuhkan pembiakan radikal bebas. Sekaligus membuatkan tubuh lebih focus kea rah memperkukuhkan lagi system pertahanan tubuh secara semula jadi.


 Tajamkan minda 


9 Manfaat Detoks Terhadap Tubuh

Toksin juga akan menyebabkan minda mudah jadi lupa dan cepat letih. Dengan melakukan pembersihan toksin, ia mampu membaiki ketajaman minda dan berfikiran cerdas.


 Tidur lebih lena 



Toksin juga mengganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikal bebas secara percuma. Hal ini juga menyebabkan hormon tidur meningkat dan mengganggu corak tidur. Kadangkala mendorong kepada wujudnya masalah insomnia. Dengan melakukan detoks terhadap toksin yang terdapat di dalam badan, dapatlah membantu sistem badan set semula corak tidur, dan membuatkan anda dapat tidur dengan lebih lena dan berkualiti.

Kesimpulannya, detoks merupakan langkah penting dalam memperolehi kesihatan tubuh yang lebih baik secara keseluruhan termasuk kesihatan dalaman dan luaran kulit.


Baca juga: Testimoni Detox


Sekiranya berminat untuk lakukan proses detoks, boleh hubungi Atul di 019.573.3761 (Klik untuk Whatsapp)

--------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761


Post a Comment

0Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !