Adakah Protein Menjadikan Badan Gemuk?

Atul Hamid
0

Adakah Protein Menjadikan Badan Gemuk?


Jawapanya TIDAK. Sebaliknya, pengambilan secara konsisten protein berasaskan tumbuh-tumbuhan, rendah indeks glisemik dan protein bukan-GMO membantu dalam pengurusan berat badan.

Ketahui Bagaimana Protein Tumbuhan Tidak Menjadikan Badan Gemuk

1. Protein membantu memberikan tenaga berkekalan

Protein dicerna sebelum ianya dibebaskan sebagai tenaga, ia adalah sumber rancangan tenaga yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Pencernaan yang perlahan membantu tubuh mengekalkan tenaga sepanjang hari, agar boleh melakukan lebih banyak aktiviti dalam sehari.


2. Protein membantu mengekalkan ukur lilit pinggang
Adakah Protein Menjadikan Badan Gemuk

Apabila digabungkan dengan senaman, protein membantu pembentukan otot. Ini sering disalahertikan sebagai penambahan berat badan. Pemakanan tinggi protein meningkatkan metabolism, penggunaan konsisten protein membantu mengekalkan berat badan. Pastikan memilih serbuk protein yang tidak mengandungi gula pasir tambahan supaya tidak menambah ukur lilit pinggang.


3. Protein Membentuk Lebih Otot = Lebih Pembakaran Kalori

Protein membentuk dan membina otot. Otot membakar kalori, lebih banyak otot yang dimiliki, maka lebih banyak kalori tubuh dibakar. Dengan pengambilan protein secara konsisten, badan dilatih untuk membakar kalori secara berterusan dan meningkatkan metabolism dan pembakaran lemak


4. Protein Membantu Mengawal Selera dan Mengurangkan Keinginan Makan

Meningkatkan rembesan hormone peptide YY, yang membantu beri rasa kenyang lebih lama. Hasilnya, ia membantu mengawal selera makan. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi yang tinggi protein mempunyai kesan yang signifikan dalam mengawal nafsu makan serta pengambilan snek lewat malam


5. Serbuk Protein Makanan Sihat Yang Mudah

Shake protein adalah cara terbaik untuk menambah protein tambahan dalam diet. Ia juga bertindak sebagai makanan sihat yang mudah berbanding makanan sejuk beku atau makanan segera yang berminyak. Mudah diambil dan disediakan, hanya tambah serbuk protein ke dalam minuman kegemaran atau air dan goncang untuk tubuh yang lebih sihat, perut yang kenyang dan kulit yang cantik!

Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk ambil sumber protein ya kerana protein tidak menggemukkan 😍. 

Klik link dibawah untuk ketahui




إرسال تعليق

0تعليقات

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !