Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2020


Tahun 2019 semakin hampir ke penghujungnya. Tidak lama lagi, tahun 2020 akan menjelma.


Adakah anda semua sudah bersedia dengan tahun 2020?


Memandangkan Surat Pekeliling Akauntan Negara berkaitan dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji bulan tahun 2020 telah dikeluarkan, jadi untuk memudahkan segala urusan anda pada tahun 2020, hari ini Atul ingin kongsikan tentang Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2020


Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2020

Berdasarkan kepada Jadual Gaji 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, terdapat 3 kali kakitangan awam akan menerima gaji awal iaitu Bulan Januari, Bulan Mei dan Bulan Disember.

Oleh itu, dengan adanya jadual ini, bolehlah anda membuat ringkasan pengurusan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik agar semuanya berjalan dengan lebih lancar pada tahun 2020 nanti.


Berikut merupakan jadual tarikh pembayaran gaji tahun 2020:



Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2020
Jadual tarikh pembayaran gaji tahun 2020

Disertakan juga bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya:


Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2020
Bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya


Menerima gaji awal seperti di bulan Januari (Tahun Baru Cina), & bulan Mei (Hari Raya Aidilfitri) menyebabkan anda akan mengalami tempoh yang sangat kritikal kerana perlu menunggu waktu yang agak lama untuk bulan berikutnya. Oleh itu, plan & strategi kewangan hendaklah dirancang sebaik mungkin agar anda tidak mengalami masalah kewangan pada bulan tersebut.

Disini Atul sertakan juga, link E-penyata gaji untuk memudahkan anda membuat semakan penyata gaji secara dalam talian.


Semoga jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan untuk kakitangan awam 2020 ini dapat membantu anda membuat perancangan dengan lebih tersusun padan tahun 2020 nanti.



SELAMAT MENGHABISKAN SISA-SISA CUTI TAHUN 2019 DAN SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2020 DENGAN JAYANYA 😊


17 comments:

  1. bila dapat gaji awal dan gaji akan datang lak lambat lagi memang kene berjimat cermat bukan bersenang lenang ngabiskan duit

    ReplyDelete
  2. Bagus ada jadual seperti ini sebab boleh lah anda nerancang perbelanjaan sbb ada dua hari yang anda akan tggu lama untuk dapat gaji seterusnya.

    ReplyDelete
  3. gaji januari mei dan disember kena pandailah atur... kalau terbabas pasti susah hati dibuatnya

    ReplyDelete
  4. Wah. Thanks sebab share info nie. Boleh la nak merancang perbelanjaan diri bila mana panjang sungguh senggang di antara dua gaji kan.

    ReplyDelete
  5. Kita tak merasa pun tentang gaji2 ni sebab tak kerja. Tapi info ni bermanfaat untuk pekerja-pekerja lain. Thanks for info :)

    ReplyDelete
  6. mencabar kalau tempoh terlalu panjang utk next gaji tu. kena manage betul2 duit

    ReplyDelete
  7. ada 3-4 bulan gaji awal. aida x suka :)
    jenuh nak simpan duit.
    jenuh nak ketepikan duit tau.
    aida prefer gaji tu ikut time mcm biasa je.

    ReplyDelete
  8. Gaji awal tu kena hati-hati. Jangan guna duit gaji awal tu terlwbih awal. Senggang masa lama betul nk ke gaji bulan seterusnya.
    Nak selamat, keluarkan duit macam terima gaji tarikh biasa tu.

    ReplyDelete
  9. Kalau gaji awal ni masa dapat best tapi bila nak tunggu next gaji tu bercinta betul. Selalunya kalau gaji awal saya tak keluarkan. Biarkan aje dalam bank. Tunggu 25 atau 26 baru keluarkan.

    ReplyDelete
  10. Kita tak dapt gaji bulan-bulan.. Huhu... Kita housewife.. Tapi pernh la meras gaji bulan2..kihkih.. Tapi takde gaji awal ke ape.. Gaji mmg tetap tarikh tu.. Gaji awl bgusla.. Kalau lambt aduhh mennagis

    ReplyDelete
  11. Untunglah jadi orang kerajaan bayaran gaji pun dah tetap hehehe bestlah boleh plan untuk perbelanjaan setahun macam ni bagus hehehe kita jer tengok jer lah wakakakaka..

    ReplyDelete
  12. Tk tau pulak hari gaji dah ditetapkan tahhn depan. Senang la nk plan perbelanjaan tahun depan. Kena plan elok elok kalau nk bayar untuk makanan dan sewa bulanan

    ReplyDelete
  13. dah boleh save tarikh ni semua.. untung orang gov boleh tahu bila dapat gaji, senang nak planing beli barang, pergi bercuti ke

    ReplyDelete
  14. Ala rindunya dengan gaji. Lama x rasa makan gaji. Dulu masa keje siap print out table gaji sebagai rujukan

    ReplyDelete
  15. BSN pun lebih kurang lah maknenya. adooi. dua bulan jugak tu kena beringat. kena pakai konsep mingguan ni tak nak bagi bajet lari.

    ReplyDelete
  16. Ada jadual cenggini senang leh plan bajet belanja.. Tapi AM xmcm nie.. Gaji mmg dapat hujung bulan xder time table cam gomen.. Nak2 kalu jatuh time perayaan masa tgh bulan.. Jenuh ikat perut kalu nak menyambut sekali.

    ReplyDelete
  17. Bestnya staff government. Asal ada cuti perayaan je, gaji masuk awal. Untuk pekerja sektor swasta macam saya ni, redha jela cuti ke tidak, gaji tetap masuk hujung bulan. Pandai2 la manage kewangan sampai ke next gaji. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)