10 Jenis Makanan Berkhasiat Yang Boleh Diamalkan

Atul Hamid
9

Mengawal pengambilan makanan memang sesuatu yang sukar bagi seseorang kerana telah menjadi satu kebiasaan untuk makan apa sahaja yang hendak dimakan. Namun begitu, tidak mustahil untuk mengawal pemakanan demi memastikan kesihatan tubuh terjamin. Dengan mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat, dapat membantu tubuh jauh dari diserang penyakit yang merbahaya.


10 jenis makanan berkhasiat yang boleh anda amalkan

Makanan Berkhasiat: Soya


Kacang soya mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia rendah kolesterol dan membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Lebih baik lagi, kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu proses pemecahan lemak dalam badan. Mengamalkan kacang soya dapat menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) dalam tubuh

Baca juga:
Info Kacang Soya Organik
Kenapa Protein Soya Terbaik Untuk Wanita


Makanan Berkhasiat: Buah-buahan Kering


Tahukah anda, dalam kebanyakan buah kering, limau kering adalah yang mempunyai kadar flavanoid tertinggi. Pengambilannya akan menyingkirkan lebihan lemak jahat dalam tubuh. Dengan itu, ia dapat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Flavanoid bukan sahaja terdapat dalam limau keirng tetapi juga brokoli, tomato, bawang dan buah delima


Makanan Berkhasiat: Kuaci

Makanan ini mempunyai zat besi. Apabila anda kurang mengambil sumber zat besi, ia dapat meningkatkan kadar kolesterol (lemak LDL) dan mengehadkan kolesterol (lemak HDL). Untuk membantu tubuh mendapatkan khasiat zat besi, anda boleh memulakan dengan mengambil kuaci tawar (tanpa perisa) dari jenis biji labu atau bunga matahari. Kuaci juga dapat mengurangkan kewujudan kolesterol berlebihan dalam badan


Makanan Berkhasiat: Tuna (Ketika berdiet)

Tuna mengandungi lemak Omega 3 yang tinggi selain ikan salmon dan makarel. Seperti yang diketahui, Omega 3 dapat melindungi tubuh daripada peningkatan kadar si lemak jahat iaitu kolesterol LDL


Makanan Berkhasiat: Epal

Makan sebiji epal atau segelas  jusnya setiap hari, itu sudah cukup untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Ada kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan ‘phytonutrient’ yang membantu untuk melambatkan pengoksidaan kolesterol yang baik. Jika anak anda sukakan makanan segera, berilah dia segelah jus epal kerana tindakan ni sebenarnya usaha untuk menyeimbangkan pengumpulan lemak dalam badan


Makanan Berkhasiat: Kismis


Mengamalkan kismis dapat menurunan paras kolesterol. Bagi anda yang mengamalkan diet dengan 400kcal kalori kismis setiap hari, anda dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus. 400kcal kalori adalah bersamaan 1/5 daripada jumlah kalori yang diperlukan oleh seorang wanita. Jadi, kismin diperlukan untuk mengekalkan berat anda.


Makanan Berkhasiat: Mangga

Mangga kaya vitamin C, Baik untuk kecantikan kulit selain mencegah peningkatan kadar kolesterol dalam tubuh. Sumber vitamin C yang lain adalah betik, strawberi, kiwi dan belimbing.


Makanan Berkhasiat: Kacang Tanah

Makan kacang tanah berkulit yang dipanggang mampu mengelakkan radikal bebas. Ia mengandungi lemak sihat dan  kaya vitamin E. Selain itu, anda mampu menghindari serangan penyakit jantung dengan mengamalkan kacang tanah


Makanan Berkhasiat: Jambu batu

Menurunkan paras kolesterol sehingga 18.8 peratus! Ambil jambu batu setiap hari sebanyak 400gm atau bersamaan dengan satu setengah biji jambu batu dalam masa 4 minggu. Jika berdiet, buah ini adalah salah satu pilihan terbaik untuk 'menyokong' menu harian anda.


Makanan Berkhasiat: Oat

Lebih daripada 40 kajian saintifik yang membuktikan pengambilan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam makanan ini mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Jika anda tidak gemarkan akan rasanya, anda boleh tambah madu, buah atau jadikan oat sebagai bubur.

Banyakkan makanan berkhasiat yang boleh kita amalkan setiap hari? Cuma dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan tersebut secara berlebih-lebih dalam satu masa tertentu. Makanlah secara bijak.

Post a Comment

9Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Tak sangka kuaci pun termasuk makanan berkhasiat.
    Dah lama tak makan oat. Nak makan balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kuaci tanpa perisa tau, yang tawar tu. Bukan yang masin tu

      Delete
  2. sedap semua nya, kuaci tu campur dalam salad atau dalam overnite oat memang sedap...

    ReplyDelete
  3. soya tu mmg selalu minum sbb depan opis ada org jual... minta yg kosong bkn campur dgn gula etc. ;-)

    ReplyDelete
  4. majoriti memang makanan2 yang kite sukaaa =D

    ReplyDelete
  5. Mama baru start beli oat.. nak makan setiap pagi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !