Perbezaan Antara Influenza dan Selesema

Atul Hamid
2
Ramai ibu bapa keliru untuk membezakan antara Influenza dengan demam selesema biasa. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tanda dan gejala yang hampir sama walaupun terdapat perbezaan yang amat jelas.


Perbezaan Antara Influenza dan Selesema

Adakah Influenza sama dengan demam selesema?

Tidak. Ini kerana virus influenza mempunyai tanda-tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan nyawa terancam jika dibiarkan.

Apa itu Influenza?

Influenza adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza. Virus influenza mudah berjangkit dan boleh mengancam nyawa jika dibiarkan berlarutan

Baca juga: Info tentang Influenza A, tanda & langkah mencegah

Apa itu selesema?

Selesema adalah satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh virus. Ia adalah satu penyakit yang sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berusia sehingga 2 tahun. Hampir semua kanak-kanak mendapat banyak kali selesema dalam setahun dan kadar ini akan lebih lagi berlaku kepada mereka yang tinggal di rumah asuhan kanak-kanak, rumah kebajikan dan sekolah.

Perbezaan antara Influenza dan Selesema

Tanda dan Gejala
Influenza (Flu)
Demam Selesema (Common Cold)
Demam
Tinggi. Biasanya melebihi 38°c
Kurang dari 38°C
Letih Lesu
Teruk dan boleh berlarutan hingga 2 ke 3 minggu
Sangat ringan
Sakit otot / Sakit sendi
Sederhana ke teruk
Ringan
Batuk
Teruk, tidak berkahak pada peringkat awal
Tiada / Ringan
Hidung berair / Berhingus
Tiada / Ringan
Teruk
Bersin
Kerap
Tidak kerap
Sakit tekak
Sederhana ke teruk
Tiada / Ringan
Sakit kepala
Sederhana ke teruk
Ringan
Penyebab
Virus Influenza A, B atau C
Adenovirus, Rhinovirus, Parainfluenza virus, Corona virus dan lain-lain
Adakah sebarang vaksinasi (pelalian) untuk mengelak selesema biasa seperti vaksin Influenza?

Tiada vaksinasi bagi mengelak selesema biasa kerana virus selesema yang berbagai dan ianya tidak spesifik seperti virus influenza.

Baca juga: Info berkaitan Vaksin Influenza

Perbezaan komplikasi antara Influenza dan demam selesema

Komplikasi jika terkena jangkitan virus Influenza, jika dibiarkan akan menyebabkan;
✰ Pneumonia(jangkitan paru-paru)
✰ Penyakit kronik sedia ada bertambah teruk
✰ Kematian

Komplikasi jika terkena demam selesema;
Mungkin akan menyebabkan berlaku jangkitan kepada bahagian telinga tengah atau menyebabkan cecair terkumpul di bahagian ini.

Kesimpulannya, Influenza dan selesema biasa, kedua-duanya disebabkan oleh virus. Tetapi ia melibatkan virus yang berbeza. 

Namun, perkara paling penting untuk menghindari tubuh dari dijjangkiti virus adalah dengan menitikberatkan langkah-langkah antaranya seperti
✰ Amalkan gaya hidup sihat
✰ Amalkan etika kebersihan sepeti batuk, bersin, dan cuci tangan dengan cara yang betul
✰ Hindari dari tempat awam sekiranya tidak perlu

Semoga bermanfaat.

-----------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul_Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

Post a Comment

2Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Influenza lagi bahaya daripada demam selesema.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita sekeluarga dilindungi dari penyakit ni..aamiin

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !