Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Atul Hamid
7
Semalam balik dari hospital, tiba-tiba ku lihat pokok bungaku sudah togel (botak). Daun-daun sudah tiada. Kalau ada pun tinggal sekerat dan berlubang-lubang. Pelik juga pertama kali jadi begini sepanjang jaga pokok bunga Kemboja Cina ni atau Adenium Obesum namanya.

Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Selepas dibelek dan dilihat dengan lebih rapi, rupa-rupanya pokok bungaku diserang oleh spesis comel

Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Semua gara-gara ulat daun 🐛 ni. Ulat inilah yang menyebabkan habis pokok bungaku botak 😢 bukan seekor dua 🐛 yang ada tapi banyak ekor pulak tu 😣

Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

"Taula musim panas ni hangpa lapaq, tinggalkan la bunga hat sedang mekaq mewangi tu, ni habis hangpa pulun na" 🙄 Mengomelku sendirian setelah habis 2 pokok bungaku jadi togel

Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Jadi, habislah ku kutip ulat-ulat yang kelaparan tu. Ulat-ulat tu ku jadikan makanan buat si ikan Puyu.

Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun


Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Ku ingatkan setelah habis kutip ulat-ulat semalam, harini tiada lagi cerita tentang ulat 🐛 ni, tetapi ku silap kerana hari ini 🐛 ulat-ulat ni serang pokok bunga Kemboja Cina yang lain pula 😰

Cuba tengok gambar-gambar dibawah ni.

Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Gambar diatas ni, cuba perhatikan dalam bulatan tu, semalam masih ada bunga lagi


Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Masih perhatikan dalam bulatan merah, hari ni bukan setakat hunga, daun pun dah tiada 😅


Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Gambar ini tunjuk lagi jelas, yang pokok bunga kemboja Cina Atul tinggal batang je 😭


Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Diatas ni gambar 3 hari sebelum dari hari ini. Pokok ni salah satu pokok yang rajin berbunga. Cantikkan bunganya? Warna & bunganya yang boleh menenangkan mata


Pokok Bunga Kemboja Cina Diserang Ulat Daun

Hasilnya tertangkap 2 ekor 🐛 ulat daun yang gebu 😃 Memang 🐛 ulat-ulat ni sangat gebu, cantik pula tu warnanya. Sungguh indah ciptaan Allah SWT. Subhanallah 😍

Atul simpan sini sebagai kenangan pertama kali pokok bunga Atul diserang makhluk Allah yang comel ni.

Walaupun pokok bunga Kemboja Cina Atul habis dimakan ulat daun 🐛 ni hari ini, tapi Atul pasti esok lusa pokok-pokok bunga ini pasti berbunga kembali mengindahkan laman mini rumah Atul ni 😊

#atulhamid #ulatdaunyangComel

Post a Comment

7Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Macam manalah ulat tu serang pokok bunga lain? Datang dari tanah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti datang dari mana. yang pasti serang pokok bunga kemboja je, pokok bunga rayatak diserang pula

      Delete
  2. yeee...rumah kita dia rajin makan kemunting cina...tapi kita biasanya biarkan aje..sebab nanti dia da kenyang da habis makan, dia pergi...pokok kita berbunga balik dengan suburnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh begitu, okayla lepas ni lepas tengok macam mana. ini pertama kali kena macam ni

      Delete
  3. ulat mcam ni serang pokok bunga kami. rasanya baru 2 hari tinggal, togel pokok. mungkin kami tak perasan kot mmg ulat tu dah ada kot. tengok2 togel pokok.sedih benor.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !