Tarikh Permohonan dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Atul Hamid
9

Hai, ada tak yang tertanya-tanya, bilakah tarikh permohonan dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2020 ni? Selalunya kalau info-info begini mesti dah viral dah. Ini senyap je, ke Atul yang terlepas pandang? hehe

Okaylah, berikut merupakan maklumat lengkap tentang tarikh permohonan dan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020.

Tarikh Permohonan dan Kemaskini Bantuan Sarah Hidup (BSH) 2020


 Permohonan BSH 2020

 Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

 Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
    • Elaun Pekerja Cacat
    • Bantuan Penjagaan OKU
    • Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
    • Bantuan Orang Tua

 Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

 BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
  • Permohonan melalui dalam talian
  • Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
  • Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
  • Panduan Pengguna Pengisian Borang
  • Soalan Lazim (FAQ)


Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

 Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

 Tarikh dan kaedah pembayaran

 Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020

 Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
  • Pengkreditan terus ke akaun; atau
  • Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020


Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020

 Untuk makluman, tuntutan SKK BSH 2020 bagi kematian pemohon yang berlaku mulai 1 Januari 2020 masih belum dibuka atau belum boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh mula tuntutan ini akan dimaklumkan semula.

Untuk rujukan lebih lanjut, boleh lihat disini Laman Web BSH LHDN Malaysia

Sekian, terima kasih 


Post a Comment

9Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !