Tarikh Puasa Sunat dan Puasa Wajib Bagi Tahun 2020

Atul Hamid
17

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Didoakan semoga kalian sentiasa gembira dan dipermudahkan segala urusan.

Entry kali ini, Atul ingin kongsikan Kalendar Tarikh Puasa Sunat dan Wajib untuk tahun 2020 iaitu bersamaan dengan tahun 1441H-1442H. Panduan ini sesuai buat semua umat Islam di Malaysia.


Tarikh Puasa Sunat dan Puasa Wajib Bagi Tahun 2020

Puasa terdiri daripada beberapa kategori, iaitu;
🌸 Puasa wajib - Puasa yang dilakukan di bulan Ramadhan
🌸 Puasa sunat - Puasa yang sunat dilakukan sepanjang tahun seperti
⇢ Puasa Isnin dan Khamis
⇢ Puasa Enam Syawal
⇢ Puasa Hari Arafah
⇢ Puasa Pertengahan Bulan Hijriyah (13, 14, 15)
⇢ Puasa Asyura dan Tasu'a
🌸 Puasa ganti - Puasa wajib yang perlu diganti oleh mereka yang telah meninggalkannya

PUASA bukan sahaja mendidik umat Islam menahan diri daripada makan dan minum tetapi turut menahan diri mereka daripada melakukan perbuatan mungkar seperti menipu, bertengkar, mengeluarkan kata-kata buruk dan sia-sia.

Puasa juga dapat memberikan kesan positif kepada kesihatan psikologi dan fizikal. Puasa yang betul akan;
⇢ Membantu kita menurunkan berat badan.
⇢ Membantu sistem pencernaan untuk penghadaman lebih sempurna dengan memberi kerehatan kepada sistem pencernaan ketika berpuasa.
⇢ Membantu mengawal tekanan atau stres dengan memberi ketenangan psikologi dan bersabar.
⇢ Membantu meningkatkan sistem imun tubuh 
⇢ Membantu memupuk kesabaran, kejujuran serta sikap bertolak ansur
Jelas sekali manfaat serta pengajaran yang diperoleh sekiranya anda berpuasa sama ada dari segi pengambilan makanan atau latihan kerohanian akan memberi manfaat kepada seluruh kehidupan seseorang

Tarikh Puasa Sunat dan Wajib Tahun 2020 (1441H - 1442H)

Berikut dikongsikan senarai puasa sunat beserta tarikh yang boleh anda berpuasa sunat dan tarikh wajib untuk anda lakukan puasa wajib di bulan Ramadhan pada tahun ini.


Tarikh Puasa Sunat dan Puasa Wajib Bagi Tahun 2020


 Warna Kuning : Puasa Sunat Isnin & Khamis
🌸 Puasa Setiap hari Isnin dan Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa" (Hadis Tarmizi)


 Warna Ungu Gelap : Puasa Sunnah Ayyamul Bidh
🌸Puasa 3 hari Tiap pertengahan Bulan Hijriyah (13,14,15)

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan minimal tiga kali. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada ayyamul bidh, yaitu pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah). Puasa tersebut disebut ayyamul bidh (hari putih) karena pada malam-malam tersebut bersinar bulan purnama dengan sinar rembulannya yang putih.


Dari Ibnu Milhan Al Qoisiy, dari ayahnya, ia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ . وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa memerintahkan pada kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah).” Dan beliau bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.” (HR. Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Namun dikecualikan berpuasa pada tanggal 13 Dzulhijjah (iaitu pada hari Tasyriq). Berpuasa pada hari tersebut adalah diharamkan


 Warna Hijau : Puasa Ramadhan 1441 H
🌸Puasa Wajib bagi mereka yang beragama Islam

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain.


Rasulullah SAW bersabda: Ertinya "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walau satu pintu. Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah SWT dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan" (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah)
Tetapi tarikh puasa wajib bulan Ramadhan ini bergantung kepada Pengisytiharan pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio & televisyen nanti  


 Warna Ungu Terang : Puasa Arafah
🌸 Puasa Sunnah di Dzulhijjah (bagi yang tidak menunaikan Haji)

Puasa Arafah adalah puasa di hari Arafah iaitu hari kesembilan bulan Dzulhijjah. Ia dilakukan sehari sebelum kita menyambut Aildiladha.  Puasa ini sangat digalakkan untuk umat Islam yang tidak pergi haji seperti mana yang terdapat dalam riwayat dari Rasulullah S.A.W tentang puasa Arafah.
Dari Abu Qatadah Al-Anshairy berkata ” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang keutamaan puasa pada hari Arafah. Maka baginda menjawab “Menghapuskan kesalahan tahun yang lalu dan sesudahnya” (HR.Muslim no.1162)

Warna Pink: Puasa Asyura dan Tasu'a
🌸 Puasa Sunnah 10 Muharram & Satu hari Sebelum atau Sesudahnya

Puasa Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dalam bulan Muharram dan lebih baik jika ditambah pada hari kesembilan atau hari ke sebelas iaitu Hari Tasu'a


 Warna Merah : Haram untuk Berpuasa
🌸Puasa pada Hari Raya Idul Fitri iaitu pada satu Syawal
🌸Puasa pada Hari Raya Idul Adha iaitu pada sepuluh Zulhijjah ,
🌸Berpuasa pada Hari Tasyrik iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah

Info tambahan bagi yang haram berpuasa
🌸Wanita yang sedang kedatangan haid
🌸Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
🌸Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban
- Menurut Mazhab al-Syafie: Berpuasa selepas pertengahan bulan Sya’ban adalah haram atau makruh bagi sesiapa yang tidak biasa berpuasa dan jika ia tidak bersambung dengan hari sebelumnya. Dalam makna lain bagi orang yang berpuasa pada waktu tersebut sahaja (Rujuk disini)

Sekiranya anda ingin pastikan diri anda sentiasa berpuasa dengan penuh aktif, bertenaga, kekal terhidrasi, kelihatan ceria dan berseri serta sentiasa bersemangat, anda boleh amalkan SET PUASA SHAKLEE sepanjang proses anda berpuasa. 
Tarikh Puasa Sunat dan Puasa Wajib Bagi Tahun 2020
Klik Gambar untuk dapat Set Berpuasa Shaklee

Semoga bermanfaat 😊

Post a Comment

17Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Bagus la info ni. Boleh la refer nanti. Puasa ni memang banyak manfaatnya.

    ReplyDelete
  2. bagus info ni senang faham and senang nak refer buat rujukan. thanks!

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. sangat bermanfaat ^_^

    ReplyDelete
  4. Oohhhh...... this is a good information. Thank you for sharing. Have a good day.

    ReplyDelete
  5. wah, dah nak puasa ke, cepatnya macam berlalu, rasa macam semalam je puasa tahun lepas... sobs...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, terima kasih di atas peringatan. Semoga kita dapat berpuasa dan dirahmatiNya

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian. Nanti boleh lah terus refer kat sini je

    ReplyDelete
  8. Thank you share tarikh puasa. Puasa tak abih ganti lagi ni. Hihi

    ReplyDelete
  9. thank you share. memang mencari tarikh2 ni

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing! Kadang tu terlepas pandang sbb duk tgk calendar hp je takde date Hijriah kan

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian. Bolehlah refer kalendar ni nanti :)

    ReplyDelete
  12. Alamak.. Nak kena ganti puasa ni.. Suka ganti puasa time hari isnin n khamis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudahkan...Bila dah terbiasa, lama2 selesai ganti

      Delete
  13. Terima kasih banyak2 share ilmu yg sgt2 bermanfaat buat kita semua. Nur bakal melahirkan anak ke2 25 ramadhan nanti. Doakan nur dapat ganti puasa sebaiknya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nur bertambah rezeki tahun ni. Tapi itulah, nak menggantikan tu yang bercinta tu hehe InsyaAllah moga dipermudahkan

      Delete
  14. Tarikh puasa sunat memang ada tapi nak berpuasa sunat tu yang tak kuat. Huhuhuhu!

    Anyway thanks kongsi info penting & bermanfaat utk ibadah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !