ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee


ResV Shaklee adalah produk terbaharu Shaklee yang akan mula dijual pada Mac 2020 nanti. Tak lama dah kan?

ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee

Kalau tengok gambar atas ni, botolnya macam Vivix kan? Kiranya ResV ni adik Vivix la ya? Adik Vivix? Bolehla bolehla (Nada Jarjit Sigh Upin Ipin) hehe

Sebenarnya ResV ni memang sama macam Vivix tetapi tidak serupa. Dalam entri kali ini, Atul akan kongsikan apa itu ResV Shaklee, Ramuan yang terdapat dalam ResV Shaklee, Keistimewaan, manfaat dan kelebihan yang boleh anda peroleh daripada ResV Shaklee ini.

ResV Shaklee

ResV adalah penemuan revolusi terbaharu daripada Shaklee. ResV Shaklee dihasilkan secara saintifik yang direka untuk mengekalkan keremajaan dan untuk hidup yang lebih bersemangat . Melalui pembangunan bertahun-tahun bersama saintis-saintis terkemuka dan penyelidikan canggih secara global, Shaklee telah berjaya menghasilkan ResV.

Dalam ResV Ada Polifenol?

ResV juga seperti Vivix. ResV mengandungi campuran proprietari, ekstrak polifenol botani semulajadi yang dipilih secara teliti untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan optimum. Di Shaklee semestinya:
✿ Semula Jadi
✿ Tanpa Warna Tiruan
✿ Tanpa pemanis Tiruan
✿ Tanpa Pewarna Tiruan
✿ Tanpa Pengawet
✿ Tanpa Gluten Tambahan

Pendek kata “dari alam semula jadi kepada manusia”

Apa itu Polifenol

Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam anggur tertentu, buah beri, herba dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya. Polifenol melindungi tumbuh-tumbuhan daripada makhluk perosak, serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya dan tidak menentu. Polifenol juga memberikan warna yang cantik dan terang kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Sebab itu, tumbuhan yang kaya dengan polifenol mampu hidup dalam cuaca yang melampau dan mampu berdaya saing.

Polifenol adalah nutrien semulajadi untuk mengekalkan keremajaan dan menjadikan hidup penuh bersemangat.

Mesti Baca: Bagaimana Polifenol membantu kesihatan anda

Apa itu Resveratrol

Resveratrol adalah salah satu Polifenol yang paling berkuasa. Resveratrol telah mendapat reputasi sebagai ramuan penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik

Ramuan ResV Shaklee

ResV Shaklee mengandungi campuran propietari Polifenol tumbuhan seperti Anggur Muscadine, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu. Melalui penemuan formula revolusi baharu, ramuan ResV ditambah dengan lima bahan lagi, menjadikan lapan bahan utama terdapat dalam ResV Shaklee. Campuran 8 bahan ini merupakan campuran proprietary spectrum polifenol yang luas.

Anggur Muscadine (Vitis Rotundifolia)
ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Anggur Muscadine
Anggur Muscadine adalah buah anggur yang luar biasa. Ciri-ciri unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai sifat antioksidan yang sangat berkuasa iaitu 6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru dan jumlah asid Elagik dan Elagithanin, iaitu sejenis polifenol yang sangat tinggi. Kedua-dua polifenol yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan 

Japanese Knotweed
ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Japanese Knotweed
Japanese Knotweed atau dikenali sebagai Polygium Cuspidatum adalah perenial yang besar berasal dari Asia. Ia juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Japanese Knotweed ini kaya dengan ResveratrolResveratrol adalah salah satu polifenol yang paling banyak dikaji dan telah mendapat reputasi untuk kesihatan yang lebih baik. 

Lobak Ungu
ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Lobak Ungu
Lobak ungu salah satu sumber semulajadi yang kaya antioksidan. Walaupun semua jenis lobak adalah sihat dan bernutrisi, lobak ungu mengandungi antioksidan berkuasa iaitu Antosianin dan Lutein yang mempunyai manfaat kesihatan luar biasa 

Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka)
ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Chebulic Myrobalan
Chebulic Myrobalan adalah herba teraputik Ayurveda. Chebulic Myrobalan mengandungi polifenol penting seperti Asid Galik dan Asid Elagik.

Anggur Hitam (Blackcurrant)
ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Anggur Hitam
Anggur hitam sangat kaya dengan vitamin, sehingga dikenali sebagai “superstar vitamin”. Sumber vitamin C yang sangat baik hampir empat kali ganda lebih banyak daripada buah oren. Anggur hitam juga mengandungi Polifenol Antosianin dan Sianidin.

Buah delima (Pomegranate)
ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Buah delima
Buah delima adalah salah satu buah yang paling sihat di dunia. Buah delima penuh dengan nutrien penting dan secara amnya dikaitkan dengan kandungan polifenol yang tinggi seperti Elagitanin, Asid Elagik, dan Flavonoid lain (Quercetin, kaempferol dan luteolin glycosides). 

Hampas Anggur dan Anggur Merah
ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Hampas Anggur dan Anggur Merah
Buah anggur merah kaya dengan antioksidan dan serat. Kulit dan biji anggur yang boleh dimakan, kaya dengan antioksidan, terutamanya Resveratrol. Ia juga mengandungi polifenol seperti Proantosianidin.


Kapsul ResV Shaklee

ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee

Untuk pengetahuan anda, Kaspsul ResV agak pejal berbanding supplement kapsul Shaklee yang lain. Fungsinya supanya kandungan ResV tidak teroksidan dan mengekalkan kandungan Polifenol.

Kapsul ResV mengandungi 2 selaput iaitu
✿ Selaput bahagian luar kapsul diselaputi dengan bovine (lembu) 
✿ Selaput bahagian dalam kapsul pula diselaputi dengan hampas kulit anggur / biji anggur.

Mengikut piawaian KKM, ResV didaftarkan sebagai traditional medicine walaupun ResV ini bukan ubat. Sebab itu, dibahagian kotak ResV terpapar semua ramuan yang terkandung dalam ResV.


ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee


Keistimewaan ResV Shaklee

✿ Unik dan Ekslusif

Keistimewaan ResV Shaklee adalah ResV disokong oleh 6 paten. Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan segala kebaikan polifenol dalam ResV supaya boleh menikmati kandungan nutrisi dan manfaatnya secara sepenuhnya.


ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee

6 paten ini hanya eksklusif di Shaklee sahaja.

✿ Pertanian Secara Berterusan

Shaklee komited kepada piawaian yang tertinggi dalam pertanian mesra alam dan berterusan supaya anda boleh menikmati nutrient yang bermanfaat dengan kepakatan tertinggi sepanjang tahun.

✿ Tidak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk

Kapsul lembut ResV tidak perlu disimpan dalam peti sejuk dan mempunyai jangka hayat selama 24 bulan (Kekal segar sehingga 24 bulan). Ia sangat memudahkan anda boleh mengambilnya dimana-mana dan bila-bila sahaja.


Dos Harian ResV Shaklee

Dos harian bagi ResV Shaklee adalah 2 biji sehari selepas makan.

Bagi menikmati kehidupan yang penuh bertenaga dan kecergasan yang optimum, serta menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bersemangat, anda digalakan untuk mengambil ResV dan Vivix juga.
ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee


Manfaat Polifenol dalam ResV Shaklee

ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee

✿ Meningkatkan tenaga dan menguatkan otot
✿ Kulit yang kelihatan lebih muda
✿ Mengekalkan paras gula darah sihat
✿ Menggalakkan detoksifikasi badan dan pembersihan yang efektif
✿ Menggalakkan kesihatan peredaran
✿ Menggalakkan kekal tajam dan focus
✿ Memelihara dan menyokong keselesaan sendi
✿ Boleh melindungi daripada pertumbuhan sel abnormal

Mesti Baca: Penerangan lengkap manfaat polifenol dalam ResV

Kelebihan ResV Shaklee

✿ Ia berbentuk liquid gel, jadi mudah nak travel ke mana-mana.
✿ Tidak perlu simpan dalam peti ais. Mampu bertahan sehingga 24 bulan.
✿ Mengandungi tambahan 5 lagi ramuan berbanding produk Vivix
✿ Mempunyai kuasa 30% lebih daripada Vivix
✿ Disokong 6 paten

Kesimpulan

Walaupun ResV sama macam Vivix tetapi tidak serupa sebenarnya, kerana ResV 30% Lebih Hebat Berbanding Vivix kerana

Sejajar dengan penemuan formula dan revolusi baharu, para saintis menambahkan beberapa ramuan baru di dalam Res-V.

✿ Spektrum polifenol untuk Res-V telah berubah dan jumlah polifenol bagi setiap hidangan juga telah dipertingkatkan. Dalam kajian makmal, formula Res-V yang baru ini terbukti 30% lebih berkuasa untuk menghalang pembentukan protein AGE berbanding dengan formula sebelumnya.

✿ Disokong oleh enam paten, ResV mengandungi proprietary, semua campuran semulajadi dari spektrum polifenol yang luas berdasarkan anggur muscadine yang memaparkan kepekatan asid elagik dan Elagithanin yang lebih baik berbanding anggur lain, apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang lebih hebat.

Penggunaan polifenol boleh melindungi telomere daripada memendek, membantu anda untuk hidup lebih muda lebih lama.

ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee

Apa itu telomere?


Telomere adalah penutup pelindung yang melindungi hujung kromosom dalam sel. Apabila umur meningkat, telomere pula semakin memendek, dan telomere yang lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang baik.
Penggunaan Shaklee mempunyai kadar 40% lebih rendah dalam pemendekkan telemore yang berkaitan faktor usia.
❤ Bukti Klinikal anda boleh hidup lebih muda dan lebih sihat di sini 👉 Bukti Kajian

Mesti Baca: Apa itu Telomere?

Walaupunbegitu, pengambilan gabungan duo supplement Vivix dan ResV adalah lebih baik dan digalakkan kerana kedua-duanya menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk anda.


Harga ResV Shaklee


Kandungan ResV Sebotol: 60 softgel yang bertanda huruf V 
Harga: RM408 sahaja. 

Oh ya, untuk pengetahuan semua, setiap pembelian 1 botol ResV Shaklee, melayakkan anda
⇒ Pendaftaran ahli secara PERCUMA
⇒ Nimati potongan 20% dari harga runcit dan boleh terus membeli dengan harga ahli (Harga tertera)

Buat pembelian sendiri disini ⇒ Beli dan Join Ahli
atau WhatsApp Atul di http://atulhamid.wasap.my/

Keistimewaan jika berdaftar sebagai ahli! Klik di sini untuk ketahui keistimewaan sebagai Ahli Shaklee

Perhatian: Produk ini tidak bertujuan untuk dianogsis, merawat, mengubati, dan mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah ikan produk tradisional.
KKLIU 0204/2020
MAL19096091TC

ResV Shaklee: Produk Terbaharu Shaklee

Untuk info lanjut dan pembelian ResV, boleh hubungi Atul di http://atulhamid.wasap.my

---------------------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

7 comments:

  1. Wow! This could be one of the most useful blogs we have ever come across on Actually excellent info! I’m also an expert in this topic so I can understand your effort. Trusted Health Supplement

    ReplyDelete
  2. Warna bahan digunakan manh kaya anti-oksida sebab warna hitam, merah hati atau ungu.

    ReplyDelete
  3. Wahh xsabar tgu bulan Mac.wajib cuba ni

    ReplyDelete
  4. woww...padat sungguh entry ni atul..terbaik :-)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)