Sayur Mayong atau Sayur Raja atau Bayam Malabar? Sama ke?

Atul Hamid
14


Sayur Mayong


Siapa pernah makan? Sebenarnya ini kali pertama Atul dengar nama sayur ni. Yang Atul tahu ikan je ada nama Mayong ni. Rupa-rupanya sayur pun ada. hehe Mungkin awak tahu kot tentang sayur ni.

Sayur Mayong atau Sayur Raja atau Bayam Malabar? Sama ke?


Pertama kali bertemu Sayur Mayong


Hari Sabtu lalu, Atul ke pasar malam. Macam biasalah, kalau ke pasar malam Atul akan cari ikan dan sayur. Kadang-kadang sotong, udang dan macam-macam lagi lah makanan laut. Tapi, ayam Atul tak cari di pasar. Ayam Atul cari di tempat lain.

Sebenarnya, waktu pilih-pilih sayur, Atul tak perasan pun Sayur Mayong ni. Tapi bila dah siap bayar harga sayur yang Atul ambil, baru Atul nampak sayur Mayong ni. Atul pun ambil dan tanya pada abang yang jual sayur tu.

Atul: Ni sayur apa? (Maklumlah, pertama kali tengok sayur tu, nama sayur pun tak tahu hehe)
Abang sayur: Pucuk Mayong Namanya
Atul: Oo... Masak apa sedap bang sayur ni? (Sambil tu Atul pun letak balik sayur Mayong tu)
Abang Sayur: Sedap ni buat tumis belacan. Makan waktu sayur ni masih panas. (Sambil tu dia ambil sayur tu balik)
Atul: Ooo.... 

Kemudian abang sayur tu sambung cerita, "sayur ni dari Ipoh. Sana banyak. Memang sedap rasanya. Tapi berlendir sikit"

Atul ni, dengar je dari Ipoh, excited la pulak nak cuba sayur Mayong ni. Betul ke sedap. Walaupun tak pernah nampak pun kat Bota sebenarnya. Atau Atul yang tak perasan sayur ni, tak pastilah pulak hehe

So, belilah Atul seikat dengan harga RM 3.

Balik je rumah, Atul pun carilah info tentang sayur Mayong ni. Rupa-rupanya sayur Mayong ni bagus diamalkan. Sedikit info tentang sayur Mayong yang patut anda tahu.

Info tentang sayur Mayong, sayur Raja, atau sayur Malabar


Sayur Mayong ini merupakan tumbuhan tropika dikawasan bertanah lembap. Lebih dikenali dengan nama botaninya Basella Spp yang dipercayai berasal dari India Selatan

Namun begitu, nama sayur ni banyak sebanarnya. Lain tempat lain namanya. Antara nama sayur ni adalah Sayur Mayong, Pucuk Mayong, Sayur Bayong, Lembayung, Remayung, Remayong, Sayur Raja, Sayur Maharaja, Bayam Malabar, Bayam Memanjat, Bayam India, Bayam Ceylon dan Choy Saan. Ini baru di Malaysia ya. 

Kalau dalam Asia, Sayur Mayong juga dikenali sebagai Mana Choy (China), Mong Toi, Mung Towi (Vietnam), Alugbati (Filipina), Pui Saag (Bengali), Genjerot, Gondola (Indonesia), dan Phakpang, Phakplang, Plakplang Yai (Thailand). Manakala di Perancis dikenali sebagai Baselle atau Brede.

Banyakkan nama sayur ni?


Jenis sayur Mayong


Terdapat dua jenis Sayur Mayong iaitu Sayur Mayong merah (batang berwarna ungu kemerahan) dan Sayur Mayong hijau (batang bewarna hijau). Ia juga turut dikenali sebagai Bayam Malabar Putih (Basella alba) mempunyai batang dan biji benih yang berwarna hijau manakala Bayam Malabar Merah (Basella rubra) mempunyai batang dan biji benih yang berwarna ungu kemerahan. Teradapat sedikit perbezaan dari segi rasa, namun tidak terlalu ketara. Walaupun dikenali sebagai Bayam Malabar, Mengikut tanamsendiri.com Sayur Mayong bukanlah dari spesis bayam.

Sayur Mayong atau Sayur Raja atau Bayam Malabar? Sama ke?
Perbezaan Sayur Mayong Hijau dan Sayur Mayong Merah


Sayur Mayong ini mempunyai daun berbentuk jantung. Ia mampu tumbuh sehingga 10m panjang. Sayur Mayong adalah tumbuhan memanjat dan menjalar.

Sayur Mayong juga merupakan sayur herba yang berlendir yang sering menjadi masakan Cina. Ia lazimnya dibuat sup sayur atau dimasak bersama ketam. Ia juga enak digoreng bersama ikan bilis dan bawang putih serta ditumis dengan udang. Oleh kerana Sayur Mayong mengandungi lendir, ia sedap jika di goreng sekejap sahaja, jika terlalu masak sayur ini akan mengeluarkan banyak lendir. Sayur Mayong juga enak jika dimakan sebagai ulam.


Khasiat sayur Mayong


Sayur ini kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D, Zat Besi, Mineral, Folate, Beta Carotene dan Kalsium . Ia juga kaya dengan antioksidan. Sayur Mayong ini tidak mengandungi kolesterol dan rendah kalori (100gram daun mentah menyediakan hanya 19 kalori). Jadi, jika anda sedang berdiet, sangat sesuai makan sayur Mayong ini

https://www.atulhamid.com/2020/02/sayur-mayong-atau-sayur-raja-atau-bayam-malabar-sama-ke.html

Gabungan tiga antioksidan di dalamnya (ß-carotene, lutein, zea-xanthin) membantu mengekalkan keremajaan badan serta melindungi badan daripada serangan penyakit.

Lendir sayur Mayong bertindak sebagai serat cecair yang mampu membantu melancarkan pergerakan dalam sistem pencernaan serta mengurangkan masalah sembelit.


Jumlah Vitamin A yang tinggi membantu menegangkan kulit dan mengekalkan daya pengelihatan. 

Kandungan Vitamin C yang tinggi mampu melindungi kulit daripada jangkitan kuman, menyembuhkan luka serta menghindar badan daripada dijangkiti selesema.

Sayur Mayong juga kaya dengan vitamin B-complex iaitu folate, vitamin-B6 (pyridoxine), riboflavin dan zat besi yang mampu membantu tubuh manusia menguatkan daya tahan terhadap agen-agen berjangkit dan melindungi daripada radikal bebas yang berbahaya.

Selain itu, daun sayur Mayong ini kaya dengan mineral iaitu bahan penting dalam sel dan cecair badan yang mampu membantu badan mengawal tekanan darah serta kadar degupan jantung.

Dalam 100gram daun segar sayur Mayong ini dapat menyediakan 8000 IU Vitamin A atau 267% daripada harian yang diyorkan oleh RDA. 

Sayur herba ini juga sesuai dimakan oleh pesakit diabetis. Untuk mendapatkan khasiat sayur Mayong ini sepenuhnya, seeloknya dimakan ketika sayur ini masih segar.

MasyaAllah, banyaknya khasiat sayur Mayong ni rupanya. Memang bagus dimakan sayur ini. Macam mana? Ada tak rasa nak makan sayur ni? Jadi, itulah serba sedikit info tentang sayur Mayong yang dapat Atul kongsikan

Sayur Mayong sesuai dimasak apa?


Berbalik pada cerita Atul tadi, sebelum Atul masak sayur Mayong ni, Atul post di FB Atul dulu. Ye la, Atul mana pernah makan sayur ni, apatah lagi memasaknya. Jadi, inilah ikhtiar Atul selain Google.

Sayur Mayong atau Sayur Raja atau Bayam Malabar? Sama ke?

Sayur Mayong atau Sayur Raja atau Bayam Malabar? Sama ke?

Disebabkan abang jual sayur di pasar dan kawan-kawan FB turut mencadangkan tumis, jadi Atul pun buatlah Sayur Mayong Tumis Belacan Cili Padi Hijau. Ha, inilah hasilnya.

Sayur Mayong atau Sayur Raja atau Bayam Malabar? Sama ke?

Jadilah santapan makan malam Atul sekeluarga tadi. Selain sayur Mayong, ada sekali

Sayur Mayong atau Sayur Raja atau Bayam Malabar? Sama ke?

Sayur Mayong atau Sayur Raja atau Bayam Malabar? Sama ke?


Simple je kan menu makan malam Atul tadi, tapi nyadorrrr kata orang Perak lepas makan menu ni. Hahaha

Dalam posting Atul di Masak Apa Hari ni (MAHN) macam-macam nama mereka bagi pada sayur ni, kata mereka, sayur ni sedap juga dibuat goreng tepung, asam rebus, sayur manis, dan macam-macam lagi.

Perbezaan bentuk Bayam Malabar dan Bayam Brazil.


Tapi ada juga yang tidak kenal sayur Mayong ni macam Atul. hehe Ada juga yang menyangka Bayam Malabar adalah Bayam Brazil, sedangkan ini bukan ia malah bukan juga spesisnya.

Sayur Mayong atau Sayur Raja atau Bayam Malabar? Sama ke?
Perbezaan bentuk Bayam Malabar dan Bayam Brazil. Jauh beza kan?

Kesimpulan


Jadi, bagi awak yang belum pernah makan sayur Mayong ni, cubalah makan. Walaupun berlendir tapi sayur ni sedap rasanya. Kalau tanya Atul, Atul akan beli dan makan sayur ni lagi. Makan waktu sayur ni masih panas dan dimasak sekejap sahaja, sebab sayur ni lebih sedap rasanya bila waktu mengunyah tu krup krap krup krap bunyinya. hehehe crunchy bak kata orang omputih.

Oh ya, ini Atul kongsikan cara tanam sayur sawi dalam pasu. Sawi tau, bukan sayur Mayong. Sayur Mayong juga boleh ditanam dalam pasu, tapi adalah lagi baik, ia ditanam di atas tanah secara terus.

Okay bye, selamat mencuba makan Sayur Mayong :)



Sumber:
tanamsendiri.com
Impiana

Post a Comment

14Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Yup pertama Kali dengar sayur mayong.

    ReplyDelete
  2. Pernah makan tapi x berpaa suka sebab ada bau sikit..maybe sebab berlendir tu kot..memang kena makan panas- panas untuk elakkan lendir banyak keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA, kalau makan sayur ni dah sejuk, bau lendir tu kuat sikit. hehe

      Delete
  3. x pernah lagi makan sayur ni

    ReplyDelete
  4. Pernah nampak sayur ni tapi tak tahu apa namanya. ingatkan ikan je ada nama mayong. sayur pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, Atul pun macam tu masa memula dengar nama sayur ni. 😅

      Delete
  5. Saya memang suka makan ni..boleh jg buat ulam..

    ReplyDelete
  6. Jarang mama jumpa sayur Ni. Byk khasiat ni

    ReplyDelete
  7. pernah tgk xtahu nama sayur ni xtahu cara masak sayur ni.Boleh try la pasni

    ReplyDelete
  8. sedap sayur ni... sehinggakan saya ada tanam sendiri dirumah tuk kegunaan sendiri

    ReplyDelete
  9. Saya ambil daun untuk makan. Batangnya cucuk kat tanah. 3 minggu lepastu dah boleh ambil pucuknya. Insya Allah. Boleh sedekah kat jiran.
    Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  10. sy bru tau nama sayur ni blm pernah jumpa lg hehe.. tp tgk video masak angah raja lawak ada masak ayam dgn sayur ni nmpk sdp nnti nk try.. mula2 tgk mcm baby kailan lps tu baca komen kat video tu angah ckp sayur raja@ sayur mayong

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !