Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat


Rambut Panjang, siapa yang tidak suka? Majoriti wanita didunia ini gemar sangat mempunyai rambut yang panjang walaupun mereka berhijab.

Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat

Begitu juga dengan si jejaka. Ada diantara mereka suka mempunyai pasangan, isteri atau anak perempuan yang mempunyai rambut panjang. Siap ada yang masuk dalam senarai ciri-ciri wanita idaman mesti memiliki rambut yang panjang walaupun berhijab. hehehe Mungkin terpesona dengan kecantikan rambut panjang atau boleh dibelai manja rambut tu. Hanya mereka yang mengetahuinya.

Memang tidak dinafikan, sebenarnya tidak mudah untuk memanjangkan rambut dan menumbuhkan rambut dengan cepat. Rata-rata rambut manusia adalah 100,000 helai dikepala dengan pertumbuhan 3cm per bulan.

Mungkin anda semua sudah mencuba pelbagai cara untuk menumbuhkan rambut dengan lebih cepat tetapi masih tidak mendapatkannya. Ada beberapa tips dan cara boleh dilakukan agar rambut dapat tumbuh dan panjang dengan lebih cepat.

Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Lebih Cepat

Cara Panjangkan Rambut Pertama: Lancarkan Pengaliran Darah Di Kepala

Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, pengaliran darah di bahagian kepala perlu lancar supaya nutrisi dapat diserap lebih banyak dibahagian rambut.

Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat
Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat
Lakukan urutan kulit kepada dengan hujung-hujung jari setiap hari. Tetapi lebih baik jika urutan kulit kepada ini dilakukan ketika rambut basah.

Sebelum tidur, cuba tundukkan kepada dan sikat rambut dengan lembut mulai akar hingga hujung rambut. Seeloknya gunakan sikat rambut yang mengurut kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan 'memutar' ke seluruh kulit kepala  selama 15 minit.


Cara Panjangkan Rambut Kedua: Memanjakan Rambut

Rambut panjang merupakan rambut yang tua dan cenderung rapuh. Jadi, anda harus menyikatkan dengan berhati-hati. Anda juga harus memilih syampu lembut yang memiliki kandungan pelembap.

☀ Rambut berminyak, dicadangkan untuk menggunakan syampu yang mengandungi lidah buaya.
☀ Rambut kering, anda disarankan untuk menggunakan syampu avokado.

Ingat! Jika tersalah pilih syampu, rambut akan mudah rosak!

Atau anda juga boleh menggunakan Set Penjagaan Rambut Shaklee yang mengandungi syampu, pelembap dan perawatan kulit kepala. Set Penjagaan Rambut Shaklee ini sesuai untuk semua jenis rambut.


Cara Panjangkan Rambut Ketiga: Gunting Hujung Rambut Yang Rosak

Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat
Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat
Hujung rambut yang rosak perlu dibuang. Biasanya hujung-hujung rambut yang rosak akan mengakibatkan batang rambut turut rosak jika tidak dirawat. Bagi mencegah hal tersebut, sebaiknya anda potong hujung rambut setiap 8 hingga 10 minggu sekali. Hasilnya rambut anda akan panjang dengan cantik


Cara Panjangkan Rambut Keempat: Biarkan Kulit Kepala Bernafas

Rambut yang tertutup akan menjadikan rambut berminyak dan kotoran berkumpul pada akar rambut. Keadaan ini menyebabkan kulit kepala tidak mampu bernafas. Ini juga turut membuatkan pertumbuhan rambut terganggu.

Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat
Tips dan Cara Memanjangkan Rambut Dengan Lebih Cepat
Keadaan ini bukan sahaja terjadi pada individu yang berhijab mahupun yang selalu menutup kepala, tetapi turut berlaku pada mereka yang 'free hair' terutama sekali mereka jarang mencuci rambut.

Untuk mendapatkan pertumbuhan rambut yang baik, anda perlu memastikan kawasan kulit kepala dijaga dan sentiasa bersih. Jika anda sering berpeluh atau rambut anda selalu berminyak, anda perlu mencucinya setiap.


Cara Panjangkan Rambut Kelima: Elakkan Stress

Tahukah anda, stress atau tekanan turut memberi kesan pada pertumbuhan rambut. Stress akan menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Jadi anda perlu elakkan diri daripada stress atau perlu kurangkan stress agar pertumbuhan rambut tidak terganggu.Cuba lakukan aktiviti yang mampu menenangkan atau menghilangkan stress anda.


Cara Panjangkan Rambut Keenam: Tidur Yang Cukup

Sebenarnya, salah satu rahsia untuk pertumbuhan rambut yang cepat adalah rehat dan tidur yang mencukupi. Seelok-eloknya tidurlah 7-8 jam sehari.

Semoga tips memanjangkan rambut ini dapat membantu anda mendapatkan rambut panjang yang anda impikan selama ini.


3 comments:

  1. Rupanya kena potong hujung rambut.
    Pernah nak panjangkan rambut tapi tulah rambut nampak tak bermaya.

    ReplyDelete
  2. Kalau bby nk panjagkn rambut kne potong rambut..hehe..tp awal2 lmbat..lame2 lebat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)