Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Atul Hamid
5

Ini kisah 27hb Februari yang lalu, Atul sekeluarga pergi dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis. Ini pertama kali makan disini. Selalunya kami makan di tempat lain, dimana? Nanti Atul update di lain entry ya.

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Dhiyaa Ikan Bakar & Seafood menyediakan kawasan yang sangat selesa, luas serta ada tempat untuk anak-anak bermain. So, ibu bapa bolehlah fokus makan. hehe

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis
Anak-anak Atul seronok bermain + angin laut yang kuat
Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis
Atul pun sibuk nak bergambar haha

Makanan laut di sini segar-segar dari laut. Nak buat masak apa, bagitahu je kedai, nanti mereka akan masakkan.

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Jika seekor ikan, nak buat 2 masakan pun boleh. Macam Atul hari tu, buat 2 masakan, Ikan Sweet Sour & Ikan steam untuk anak-anak.

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala PerlisDinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Kedai Makanan dan Minuman Dhiya Ikan Bakar & Seafood ini juga menyediakan tempat letak kereta yang luas. So, datang sini memang tak perlu risau nak parking kat mana. Siap ada staff yang jaga parkir & tunjuk pada pelanggan dimana ada parkir yang kosong.

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis
Tempat Parkir Dhiya Ikan Bakar & Seafood

Di sini juga, ada jual sate. So, kalau ada rasa nak makan sate pun boleh

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Di kedai ni kalau nak buat tempahan dulu pun boleh. Masa Atul pergi hari tu, ada yang dah siap buat tempahan meja. Rupa-rupanya mereka sekeluarga buat sambutan hari jadi. Nak tahu macam mana proses untuk tempah boleh hubungi kedai dahulu atau pergi terus ke Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis ini. Berikut adalah detail tentang kedai ↴

Facebook: Dhiya Ikan Bakar and Sefood
Lokasi: Map
Alamat: Dhiya Ikan Bakar and Seafood, 02000 Kuala Perlis, Malaysia
Waktu Operasi:  Isnin - Ahad | 16:00 - 01:00

Dinner di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis
Dhiyaa bergambar di Dhiya Ikan Bakar & Seafood


Okaylah, itu saja perkongsian hari kali ini. Kedai makan Dhiya Ikan Bakar & Seafood ni sesuai sangat jika anda ingin datang beramai-ramai, dan ingin berkumpul dengan ahli keluarga.

Jika anda jenis yang tidak suka suasana sibuk atau "crowded" dan ingin makan dengan tenang sambil menikmati hembusan angin laut yang mendamaikan, sangat-sangat sesuai di kedai ini.

Oh ya, kalau nak tahu rasanya sedap atau tidak, harga mahal atau murah, jangan lupa datang ke Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis. Anda pasti akan berpuasa hati 


Baca juga: Salam Jumaat


Selamat Menjamu Selera di Dhiya Ikan Bakar & Seafood Kuala Perlis

Post a Comment

5Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Sedapnya makan seafood! Favourite kita jugak ni.

    Luas, cantik tempat dia ha. Siap ada tempat mainan budak².

    Sekor ikan boleh buat 2 lauk. Bukan kaleng² kedai ni. Kedai lain tak dapat rasanya.

    Petai tu buat nasi sepinggan tak cukup. Hahaha.

    Done klik ads Atul

    ReplyDelete
  2. Kitorang pun kalau ikan buat 2 jenis. Satu bakar dan satu bersambal.
    Suka makanan laut segar.

    ReplyDelete
  3. Dekat Perlis ye.. Menarik.. Kalau ada rezeki, boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  4. tempat nampak selesa.. sedap seafood. kita suka sangat

    ReplyDelete
  5. luas kawasan makan, kawasan parking selesa nampak restorannya memang dah kira satu tarikan untuk datang ke situ... nampak fresh semua tu, nak tahu rasa camne jauh sangat la pulak heheheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !