Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Cara Melambatkan
Penuaan) | Proses penuaan sel badan akan
menyebabkan setiap individu akan mudah mendapat penyakit. Seramkan?
Seperti yang kita tahu, kini di Malaysia, semakin ramai golongan
muda menghidapi penyakit yang mana pada zaman dahulu dihidapi oleh orang-orang
tua sahaja. Ini kerana proses penuaan sel badan dikalangan golongan muda berlaku
dengan lebih cepat disebabkan pelbagai jenis faktor.
Faktor Penuaan Sel Badan berlaku dengan Cepat
Peratusan penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing
manis dan lain-lain mengalami peningkatan setiap tahun. Keadaan ini disebabkan
oleh penuaan sel-sel badan atau kerosakan sel-sel badan yang disebabkan
faktor-faktor antaranya:
👉 Pengambilan pemakanan yang kurang berkhasiat
👉 Kekurangan pengambilan vitamin dan mineral. Ini mungkin
disebabkan kerana kurang kesedaran tetang pentingnya pengambilan vitamin dan
mineral terhadap tubuh.
👉 Tekanan hidup yang tinggi
👉 Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang
melakukan aktiviti, kurang bersenam, merokok dan lain-lain lagi
Sebenarnya sel badan kita mengalami proses penuaan setiap
hari. Jika sel-sel badan semakin banyak yang rosak, ini bermaksud penuaan sel-sel
badan berlaku dengan cepat. Keadaan inilah yang membezakan kesihatan setiap
individu walaupun memiliki umur yang sama.
Kesan apabila berlakunya penuaan sel badan atau kerosakan
sel badan
Kemusnahan DNA berlaku setiap hari dan setiap hari juga berjuata-juta DNA tubuh musnah. Apabila
DNA musnah, ia akan mempercepatkan lagi proses penuaan sel. Kemusnahan DNA
berlaku disebabkan antaranya adalah tubuh mengandungi radikal bebas yang sangat
banyak. Radikal bebas adalah punca berlakunya kemusnahan DNA dan kerosakan sel
tubuh badan dengan lebih cepat.
👉 Aktiviti Pengawalan Genetik Semakin Berkurang
Ini disebabkan oleh protein yang akan mengaktifkan DNA
untuk bekerja dimusnahkan oleh radikal bebas. Jadi untuk mendapatkan kuasa genetik
atau pengawalan genetik yang bagus, kita perlu banyakan tahap antioksidan dalam
badan supaya radikal bebas itu tidak boleh menghalang dan menganggu proses
sel-sel badan berfungsi.
👉 Penghasil tenaga di peringkat Sel berkurang
Apabila setiap sel makin kurang tenaga, secara automatik badan
pun akan menjadi kurang tenaga. Sel badan yang rosak akan menyebabkan tubuh
sukar untuk menghasilkan tenaga dalam badan
👉 Pengumpulan AGE Protein semakin meningkat
Apabila pengumpulan AGE Protein meningkat, ia akan
menyebabkan penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, dan lain-lagi
berlaku. Kesan pengumpulan AGE Protein ini akan mengakibatkan sel-sel badan
mati. Apabila sel badan mati, ia akan memberi kesan kepada proses pengawalan
dan penghasilan sel-sel yang penting di dalam badan. Ini bermaksud proses
penuaan itu akan berlaku dengan lebih cepat jika banyak lagi sel-sel dalam
badan yang mati.
Apa terjadi pada badan jika sel badan rosak?
Nutrisi terbaik untuk menghalang kerosakan
sel-sel tubuh sekaligus melambatkan proses penuaan sel-sel tubuh
Nutrisi terbaik untuk menghalang kerosakan sel-sel tubuh
sekaligus melambatkan proses penuaan sel-sel tubuh mestilah nutrisi yang tinggi
dengan antioksidan serta mengandungi polifenol dan resveratrol.
Bagaimanakah nutrisi seperti resveratrol dan polifenol boleh membantu pada kerosakan sel badan?
Resveratrol dan polifenol merupakan nutrisi yang sangat
bagus dan mengandungi kuasa antioksidan yang sangat kuat, dan membantu untuk:
👉 Memberi perlindungan kepada sel badan
👉 Membaiki sel yang rosak
👉 Menghalang kerosakan sel badan dari terus rosak
Jom lihat apa akan terjadi pada tubuh, jika diberi
perlindungan melalui nutrisi resveratrol dan polifenol
👉 Melindungi dan membaiki DNA
Sel badan & DNA akan dilindungi oleh antioksida yang
akan menghalang radikal bebas dalam badan yang akan merosakkan sel-sel badan
👉 Penghasilan Biogenesis Mitokondoria
Nutrisi resveratrol dan polifenol membantu meningkatkan
lagi tenaga kepada sel badan. Pengambilan nutrisi yang mengandungi resveratrol
dan polifenol setiap hari akan meningkatkan lagi bilangan mitokondria secara
tak langsung bnadan akan rasa bertenaga
👉 Melambatkan penghasilan AGE Protein
Nutrisi polifenol dan resveratrol dapat membantu sel dalam tubuh melambatkan
penghasilan AGE Protein sebanyak 90% berbanding resveratrol hanya 30% sahaja.
Jadi, kebarangkalian untuk mendapat penyakit dapat dikurangkan. Selain itu,
risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis sakit jantung dan
lain-lain adalah rendah.
Apakah supplement yang yang kaya dengan antioksidan dan
mengandungi nutrisi resveratrol dan polifenol?
Jawapannya adalah Vivix. Vivix merupakan produk yang tinggi
dengan antioksidan yang mana ia juga mengandungi polifenol dan resveratrol.
Nutrisi dalam supplement ini sangat-sangat membantu melambatkan proses penuaan
sel-sel badan.
Bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix
Vivix mengandungi empat botani terpilih yang kaya dengan
pelbagai khasiat kesihatan
Salah satu tumbuhan herba semulajadi yang sangat tinggi
dengan kuasa antioksidan, dan mengandungi resveratrol. Tumbuhan ini sudah lama
digunakan. Sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi tumbuhan ini digunakan untuk
merawat rambut yang beruban dan ia digunakan sebagai syampu.
Anggur muscadine salah satu ramuan terpenting dalam
Vivix. Anggur Muscadine adalah anggur bersaiz besar di mana kuasa
antioksidannya 40x lebih daripada anggur biasa (Perbandingan untuk setiap
sebiji anggur). Anggur Muscadine mengandungi 20 kromosom berbanding anggur
biasa yang mana 1 kromosom ekstra itu adalah Polifenol. Polifenol tambahan ini
adalah asid elagik, antosianin dan quercetin
Elderberi Eropah ini sangat-sangat bagus untuk mata
kerana polifenol yang terkandung didalamnya antaranya adalah flavanoid yang
mana ia akan bantu untuk penglihatan yang bagus kerana memberi perlindungan
kepada sel mata, meningkatkan lagi kesihatan mata dan dalam masa yang sama memberi khasiat yang lain seperti anti keradangan, anti bakteria dan bantu juga untuk
mendapatkan imun sistem yang lebih baik
Lobak ungu tinggi dengan polifenol yang bernama
antosianin. Antosianin ini sangat bagus untuk kesihatan jantung kerana
mengandungi antioksidan, antiinflamansi yang berfungsi untuk mengurangkan
risiko penghasilan plak (reduce the blood clotting) dan sangat bagus untuk
mengelakkan daripada berlakunya jangkitan kerana antocyanin ini mengandungi
agen antibakteria.
Mesti Baca: Info tentang Ramuan Vivix
Ujian Klinikal Terhadap Resveratrol dan Polifenol
Sebenarnya telah banyak ujian klinikal dijalankan keatas nutrien resveratrol dan polifenol. Jadi, jom lihat apakah lagi nutrisi resveratrol dan
polifenol boleh bantu dari segi
kesihatan
👉 Kesihatan Kolon
Nutrisi resveratrol dan polifenol membantu mengurangkan
risiko penyakit kanser kolon. Tahukah anda sebenarnya kanser kolon merupakan
kanser pembunuh nombor satu dikalangan lelaki pada zaman sekarang
👉 Kesihatan Payudara
Resveratrol akan menghalang dalam penghasilan sel-sel
kanser dibahagian payudara
👉 Kesihatan jantung
Resveratrol bertindak sebagai antioksidan dan anti inflamasi.
Resveratrol sangat membantu mengurangkan keradangan yang mana keradangan ini
akan menyebabkan sel-sel badan bahagian arteri akan rosak dan akan menyebabkan
plak terbentuk. Seterusnya menyebabkan penyakit jantung berlaku.
👉 Kesihatan kulit
Nutrisi ini membantu melambatkan kemusnahan kolagen.
Resveratrol membantu kurangkan kedutan kulit, mengekalkan kesihatan kolagen.
Kolagen akan dimusnahkan oleh radikal bebas yang terdapat didalam badan.
Apabila radikal bebas dimusnahkan, kolagen dapat dilindungi dan kemusnahan
kolagen berlaku dengan sangat perlahan.
Selain itu, Resveratrol dan polifenol juga bantu
kesihatan yang lebih baik dengan menghalang daripada dapat penyakit
seperti kanser servik dan penyakit Alzheimer. Ia juga membantu menghalang sel abnormal dari terus berlaku.
Untuk menguatkan lagi kenyataan ini, Shaklee telah
membuat kajian Telomere keatas produk Vivix. Kajian Telomere ini telah dibuat
oleh Dr. Elizabeth Blackburn, yang mana beliau merupakan seorang pemenang Novel
prizes dalam bidang perubatan untuk mengetuai kajian Telomere ini.
Dalam kajian Telomere ini, Shaklee telah membuat kajian yang
dibandingkan antara individu yang ambil Vivix selama 5 tahun dengan individu
yang tidak ambil supplement Shaklee. Ujian dilakukan ke atas sample DNA. Tujuan
kajian dilakukan adalah untuk melihat adalah apa-apa perbezaan atau perubahan
diantara orang yang ambil produk Vivix dengan yang tidak mengambil Vivix.
Hasil Kajian, boleh baca di sini 👉 Info lanjut tentang Kajian Telomere
Kesimpulannya, jika dilihat pada kebaikan resveratrol dan
polifenol serta khasiat nutrisi ini, memang banyak memberi manfaat kepada kesihatan, kerana nutrisi ini membantu melindungi sel-sel badan, melambatkan penuaan sel badan dan sekaligus menjadikan proses penuaan berlaku secara sihat.
Oleh itu, adalah sangat digalakkan untuk setiap individu mengamalkan pengambilan Vivix Shaklee ini. Ini kerana Vivix mengandungi nutrisi resveratrol dan polifenol yang kaya dengan antioksidan yang mana ia sangat-sangat memberi faedah kesihatan kepada setiap individu.
Tahukah anda? Pengambilan setiap hari dapat membantu mengekalkan keremajaan tubuh badan, kulit dan rasa muda sepanjang masa kerana nutrisi dalam Vivix bertindak melambatkan proses penuaan, bukan sahaja untuk kesihatan luaran tetapi juga untuk kesihatan dalaman.
Semoga bermanfaat.
Oleh itu, adalah sangat digalakkan untuk setiap individu mengamalkan pengambilan Vivix Shaklee ini. Ini kerana Vivix mengandungi nutrisi resveratrol dan polifenol yang kaya dengan antioksidan yang mana ia sangat-sangat memberi faedah kesihatan kepada setiap individu.
Tahukah anda? Pengambilan setiap hari dapat membantu mengekalkan keremajaan tubuh badan, kulit dan rasa muda sepanjang masa kerana nutrisi dalam Vivix bertindak melambatkan proses penuaan, bukan sahaja untuk kesihatan luaran tetapi juga untuk kesihatan dalaman.
Semoga bermanfaat.
Atul Hamid | 0195733761
Pengedar Shaklee Anda
1077444
Pembelian terus dari website Shaklee (Klik)
Memang sekarang umur 41 tahun dah sakit kaki. Kena ambil makanan tambahan.
ReplyDeleteseramnya.. semoga kita semua kekal sihat dan sentiasa dilindungiNya..
ReplyDeletesalam PKP tahun 2020., ;p
ReplyDeletesinggah sni follow. heee baru perasan tak follow pun lagi blog ni.
ReplyDelete