Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)

Atul Hamid
4

Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Cara Melambatkan Penuaan) |  Proses penuaan sel badan akan menyebabkan setiap individu akan mudah mendapat penyakit. Seramkan?

Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)

Seperti yang kita tahu, kini di Malaysia, semakin ramai golongan muda menghidapi penyakit yang mana pada zaman dahulu dihidapi oleh orang-orang tua sahaja. Ini kerana proses penuaan sel badan dikalangan golongan muda berlaku dengan lebih cepat disebabkan pelbagai jenis faktor.

Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)


Faktor Penuaan Sel Badan berlaku dengan Cepat

Peratusan penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan lain-lain mengalami peningkatan setiap tahun. Keadaan ini disebabkan oleh penuaan sel-sel badan atau kerosakan sel-sel badan yang disebabkan faktor-faktor antaranya:

👉 Pengambilan pemakanan yang kurang berkhasiat
👉 Kekurangan pengambilan vitamin dan mineral. Ini mungkin disebabkan kerana kurang kesedaran tetang pentingnya pengambilan vitamin dan mineral terhadap tubuh.
👉 Tekanan hidup yang tinggi
👉 Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang melakukan aktiviti, kurang bersenam, merokok dan lain-lain lagi

Sebenarnya sel badan kita mengalami proses penuaan setiap hari. Jika sel-sel badan semakin banyak yang rosak, ini bermaksud penuaan sel-sel badan berlaku dengan cepat. Keadaan inilah yang membezakan kesihatan setiap individu walaupun memiliki umur yang sama.


Kesan apabila berlakunya penuaan sel badan atau kerosakan sel badan

👉 Kemusnahan DNA


Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)

Kemusnahan DNA berlaku setiap hari dan setiap hari juga berjuata-juta DNA tubuh musnah. Apabila DNA musnah, ia akan mempercepatkan lagi proses penuaan sel. Kemusnahan DNA berlaku disebabkan antaranya adalah tubuh mengandungi radikal bebas yang sangat banyak. Radikal bebas adalah punca berlakunya kemusnahan DNA dan kerosakan sel tubuh badan dengan lebih cepat.

👉 Aktiviti Pengawalan Genetik Semakin Berkurang
Ini disebabkan oleh protein yang akan mengaktifkan DNA untuk bekerja dimusnahkan oleh radikal bebas. Jadi untuk mendapatkan kuasa genetik atau pengawalan genetik yang bagus, kita perlu banyakan tahap antioksidan dalam badan supaya radikal bebas itu tidak boleh menghalang dan menganggu proses sel-sel badan berfungsi.

👉 Penghasil tenaga di peringkat Sel berkurang
Apabila setiap sel makin kurang tenaga, secara automatik badan pun akan menjadi kurang tenaga. Sel badan yang rosak akan menyebabkan tubuh sukar untuk menghasilkan tenaga dalam badan

👉 Pengumpulan AGE Protein semakin meningkat
Apabila pengumpulan AGE Protein meningkat, ia akan menyebabkan penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, dan lain-lagi berlaku. Kesan pengumpulan AGE Protein ini akan mengakibatkan sel-sel badan mati. Apabila sel badan mati, ia akan memberi kesan kepada proses pengawalan dan penghasilan sel-sel yang penting di dalam badan. Ini bermaksud proses penuaan itu akan berlaku dengan lebih cepat jika banyak lagi sel-sel dalam badan yang mati.


Apa terjadi pada badan jika sel badan rosak?

Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)

Apabila sel-sel badan rosak ia akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit wujud seperti kanser, sakit jantung, diabetes, arthritis dan banyak lagi.


Nutrisi terbaik untuk menghalang kerosakan sel-sel tubuh sekaligus melambatkan proses penuaan sel-sel tubuh

Nutrisi terbaik untuk menghalang kerosakan sel-sel tubuh sekaligus melambatkan proses penuaan sel-sel tubuh mestilah nutrisi yang tinggi dengan antioksidan serta mengandungi polifenol dan resveratrol.


Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)


Bagaimanakah nutrisi seperti resveratrol dan polifenol boleh membantu pada kerosakan sel badan?

Resveratrol dan polifenol merupakan nutrisi yang sangat bagus dan mengandungi kuasa antioksidan yang sangat kuat, dan membantu untuk:
👉 Memberi perlindungan kepada sel badan
👉 Membaiki sel yang rosak
👉 Menghalang kerosakan sel badan dari terus rosak


Jom lihat apa akan terjadi pada tubuh, jika diberi perlindungan melalui nutrisi resveratrol dan polifenol

👉 Melindungi dan membaiki DNA
Sel badan & DNA akan dilindungi oleh antioksida yang akan menghalang radikal bebas dalam badan yang akan merosakkan sel-sel badan

👉 Penghasilan Biogenesis Mitokondoria
Nutrisi resveratrol dan polifenol membantu meningkatkan lagi tenaga kepada sel badan. Pengambilan nutrisi yang mengandungi resveratrol dan polifenol setiap hari akan meningkatkan lagi bilangan mitokondria secara tak langsung bnadan akan rasa bertenaga

👉 Melambatkan penghasilan AGE Protein
Nutrisi polifenol dan resveratrol  dapat membantu sel dalam tubuh melambatkan penghasilan AGE Protein sebanyak 90% berbanding resveratrol hanya 30% sahaja. Jadi, kebarangkalian untuk mendapat penyakit dapat dikurangkan. Selain itu, risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis sakit jantung dan lain-lain adalah rendah.


Apakah supplement yang yang kaya dengan antioksidan dan mengandungi nutrisi resveratrol dan polifenol?

Jawapannya adalah Vivix. Vivix merupakan produk yang tinggi dengan antioksidan yang mana ia juga mengandungi polifenol dan resveratrol. Nutrisi dalam supplement ini sangat-sangat membantu melambatkan proses penuaan sel-sel badan.

Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan) 4


Bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix

Vivix mengandungi empat botani terpilih yang kaya dengan pelbagai khasiat kesihatan

👉 Polyganum Cuspidatum (Japanese Knotweed)

Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)

Salah satu tumbuhan herba semulajadi yang sangat tinggi dengan kuasa antioksidan, dan mengandungi resveratrol. Tumbuhan ini sudah lama digunakan. Sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi tumbuhan ini digunakan untuk merawat rambut yang beruban dan ia digunakan sebagai syampu.

👉 Anggur Muscadine
Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)

Anggur muscadine salah satu ramuan terpenting dalam Vivix. Anggur Muscadine adalah anggur bersaiz besar di mana kuasa antioksidannya 40x lebih daripada anggur biasa (Perbandingan untuk setiap sebiji anggur). Anggur Muscadine mengandungi 20 kromosom berbanding anggur biasa yang mana 1 kromosom ekstra itu adalah Polifenol. Polifenol tambahan ini adalah asid elagik, antosianin dan quercetin

👉 Elderberi Eropah
Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)

Elderberi Eropah ini sangat-sangat bagus untuk mata kerana polifenol yang terkandung didalamnya antaranya adalah flavanoid yang mana ia akan bantu untuk penglihatan yang bagus kerana memberi perlindungan kepada sel mata, meningkatkan lagi kesihatan mata dan dalam masa yang sama memberi khasiat yang lain seperti anti keradangan, anti bakteria dan bantu juga untuk mendapatkan imun sistem yang lebih baik

👉 Lobak Ungu
Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)

Lobak ungu tinggi dengan polifenol yang bernama antosianin. Antosianin ini sangat bagus untuk kesihatan jantung kerana mengandungi antioksidan, antiinflamansi yang berfungsi untuk mengurangkan risiko penghasilan plak (reduce the blood clotting) dan sangat bagus untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan kerana antocyanin ini mengandungi agen antibakteria.



Ujian Klinikal Terhadap Resveratrol dan Polifenol

Sebenarnya telah banyak ujian klinikal dijalankan keatas nutrien resveratrol dan polifenol. Jadi, jom lihat apakah lagi nutrisi resveratrol dan polifenol boleh bantu dari segi kesihatan

👉 Kesihatan Kolon
Nutrisi resveratrol dan polifenol membantu mengurangkan risiko penyakit kanser kolon. Tahukah anda sebenarnya kanser kolon merupakan kanser pembunuh nombor satu dikalangan lelaki pada zaman sekarang

👉 Kesihatan Payudara
Resveratrol akan menghalang dalam penghasilan sel-sel kanser dibahagian payudara

👉 Kesihatan jantung
Resveratrol bertindak sebagai antioksidan dan anti inflamasi. Resveratrol sangat membantu mengurangkan keradangan yang mana keradangan ini akan menyebabkan sel-sel badan bahagian arteri akan rosak dan akan menyebabkan plak terbentuk. Seterusnya menyebabkan penyakit jantung berlaku.

👉 Kesihatan kulit
Nutrisi ini membantu melambatkan kemusnahan kolagen. Resveratrol membantu kurangkan kedutan kulit, mengekalkan kesihatan kolagen. Kolagen akan dimusnahkan oleh radikal bebas yang terdapat didalam badan. Apabila radikal bebas dimusnahkan, kolagen dapat dilindungi dan kemusnahan kolagen berlaku dengan sangat perlahan.

Selain itu, Resveratrol dan polifenol juga bantu kesihatan yang lebih baik dengan menghalang daripada dapat penyakit seperti kanser servik dan penyakit Alzheimer. Ia juga membantu menghalang sel abnormal dari terus berlaku.

Untuk menguatkan lagi kenyataan ini, Shaklee telah membuat kajian Telomere keatas produk Vivix. Kajian Telomere ini telah dibuat oleh Dr. Elizabeth Blackburn, yang mana beliau merupakan seorang pemenang Novel prizes dalam bidang perubatan untuk mengetuai kajian Telomere ini.

Dalam kajian Telomere ini, Shaklee telah membuat kajian yang dibandingkan antara individu yang ambil Vivix selama 5 tahun dengan individu yang tidak ambil supplement Shaklee. Ujian dilakukan ke atas sample DNA. Tujuan kajian dilakukan adalah untuk melihat adalah apa-apa perbezaan atau perubahan diantara orang yang ambil produk Vivix dengan yang tidak mengambil Vivix.

Penuaan Sel Badan (Faktor, Kesan & Nutrisi Melambatkan Penuaan)

Hasil Kajian, boleh baca di sini 👉 Info lanjut tentang Kajian Telomere

Kesimpulannya, jika dilihat pada kebaikan resveratrol dan polifenol serta khasiat nutrisi ini, memang banyak memberi manfaat kepada kesihatan, kerana nutrisi ini membantu melindungi sel-sel badan, melambatkan penuaan sel badan dan sekaligus menjadikan proses penuaan berlaku secara sihat.

Oleh itu, adalah sangat digalakkan untuk setiap individu mengamalkan pengambilan Vivix Shaklee ini. Ini kerana Vivix mengandungi nutrisi resveratrol dan polifenol yang kaya dengan antioksidan yang mana ia sangat-sangat memberi faedah kesihatan kepada setiap individu.

Tahukah anda? Pengambilan setiap hari dapat membantu mengekalkan keremajaan tubuh badan, kulit dan rasa muda sepanjang masa kerana nutrisi dalam Vivix bertindak melambatkan proses penuaan, bukan sahaja untuk kesihatan luaran tetapi juga untuk kesihatan dalaman.

Semoga bermanfaat.

Atul Hamid | 0195733761 
Pengedar Shaklee Anda 
1077444 
Pembelian terus dari website Shaklee (Klik)

Post a Comment

4Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Memang sekarang umur 41 tahun dah sakit kaki. Kena ambil makanan tambahan.

    ReplyDelete
  2. seramnya.. semoga kita semua kekal sihat dan sentiasa dilindungiNya..

    ReplyDelete
  3. singgah sni follow. heee baru perasan tak follow pun lagi blog ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !