Vitamin B Complex: keistimewaan, fungsi, manfaat, dan siapa memerlukan

Atul Hamid
7

Vitamin B Complex: Keistimewaan, Fungsi, Manfaat, dan Siapa Memerlukan | Vitamin B merupakan salah satu vitamin yang memainkan peranan penting terhadap kesihatan tubuh. Sebelum Atul mengulas lebih lanjut tentang vitamin B, boleh Atul tahu, adakah anda pernah mendengar tentang vitamin B? Tahukah anda kenapa vitamin B juga penting pada tubuh kita? Perlukah ambil vitamin B setiap hari?

Vitamin B Complex: keistimewaan, fungsi, manfaat, dan siapa memerlukan

Jadi, disini Atul kongsikan beberapa info berkaitan dengan persoalan-persoalan yang bermain diminda anda antaranya seperti apa itu vitamin B, kenapa vitamin B penting terhadap tubuh, kenapa perlu ambil vitamin B setiap hari dan siapakah yang memerlukannya?

Sebenarnya vitamin B merupakan salah satu vitamin penting yang perlu diambil tahu. Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan. Vitamin B sememangnya mengandungi banyak khasiat dan kelebihan untuk semua golongan tidak kiralah untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Vitamin B Complex: keistimewaan, fungsi, manfaat, dan siapa memerlukan

Namun, ramai yang memandang remeh akan kepetingannya kerana kurangnya kesedaran tentang betapa pentingnya vitamin B untuk kesihatan tubuh badan. Kekurangan vitamin B dalam tubuh member risiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik dan menurunkan tahap kesihatan tubuh badan. Jadi pengambilan vitamin B yang cukup adalah sangat penting buat tubuh.

Walaupun vitamin B boleh didapati secara semula jadi dalam makanan tapi adakah makanan yang diambil itu mencukupi mengikut keperluan tubuh seharian?

Sedarkah anda cara memasak yang menggunakan suhu berlebihan, penggunaan baja kimia dan racun serangga,telah menyebabkan kebanyakan vitamin hilang sebelum sempat sampai ke mulut.

Jadi, adakah tubuh kita cukup menerima vitamin yang diperlukan?


Khasiat, kelebihan dan manfaat setiap jenis vitamin B


Vitamin B Complex: keistimewaan, fungsi, manfaat, dan siapa memerlukan


Vitamin B1
👉 Berfungsi untuk menukarkan makanan karbohidrat kepada tenaga
👉 Melegakan simptom kemurungan
👉 Penting untuk kawalan gula darah, ini mempunyai kesan besar pada tahap keresahan
👉 Melancarkan metabolisme
👉 Melancarkan peredaran darah
👉 Mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
👉 Mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
👉 Memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B2
👉 Fungsi untuk menjaga kesihatan kulit dan mata
👉 Membantu mengurangkan gejala tekanan fizikal yang biasanya sakit kepala dan kemurungan
👉 Meningkatkan keupayaan sistem imun untuk menangkis tekanan dan keresahan
👉 Yang diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga

Vitamin B3
👉 Diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
👉 Membantu meningkatkan selera makan.
👉 Berfungsi untuk menjaga kesihatan kulit dan memperbaiki sistem pencernaan
👉 Dalam pembinaan neurotransmitter, serotonin, yang membantu kita bertindak balas terhadap keadaan yang tertekan
👉 Membantu menjaga kulit, sistem saraf, dan sistem pencernaan yang sihat

Vitamin B5
👉 Berguna dalam proses pemecahan lemak dan protein serta karbohidrat menjadi tenaga.
👉 Berfungsi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah dan juga vitamin D
👉 Penting dalam berfungsi dengan sempurna kelenjar adrenal, yang bertanggungjawab untuk penghasilan hormon yang mengawal tekanan
👉 Membantu dalam pengeluaran asetilkolin di otak, neurotransmitter yang menguruskan tumpuan dan tumpuan di otak dan mengurangkan rasa bimbang
👉 Diperlukan di tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
👉 Mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan normal

Vitamin B6
👉 Sangat diperlukan dalam pemprosesan lemak dan asid amino dalam tubuh badan
👉 Diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
👉 Membantu badan memecah protein
👉 Membantu mengekalkan kesihatan sel darah merah, sistem saraf, dan bahagian sistem kekebalan tubuh
👉 Melancarkan metabolisme
👉 Meningkatkan kekebalan tubuh
👉 Menjaga keseimbangan garam-garam mineral
👉 Membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B7 
👉 Berfungsi dalam proses pemecahan lemak dan protein menjadi tenaga untuk digunakan oleh tubuh badan
👉 Diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga
👉 Membantu memecah protein dan karbohidrat
👉 Membantu badan membuat hormon

Vitamin B9
👉 Fungsi untuk membantu dalam membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan saraf dalam janin
👉 Membantu dalam mengurangkan kesan homocysteine ​​di dalam otak, hasil sampingan dari beberapa proses otak yang mempengaruhi bagaimana seseorang mengendalikan keadaan tekanan (homocysteine, adalah faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung, strok, kanser, dan penyakit Alzheimer)
👉 Membantu sel-sel dalam badan membuat dan menyelenggara DNA
👉 Penting dalam menghasilkan pengeluaran sel darah merah

Vitamin B12
👉 Fungsi untuk melindungi sel saraf
👉 Membantu dalam pembentukan sel darah merah
👉 Memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan saraf berfungsi
👉 Kekurangan Vitamin B12 juga boleh menyebabkan kerengsaan, kekeliruan, kebimbangan dan tekanan, jadi perlu amalkan vitamin B 12 untuk mengatasinya
👉 Vitamin B12 diperlukan untuk fungsi mental yang biasa, dan tahap rendah dapat meniru kepincangan
👉 Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan badan
👉 Juga mempunyai bahagian dalam menghasilkan sel darah, dan bagaimana tubuh menggunakan asid folik dan karbohidrat
👉 Mencegah kerosakan urat saraf
👉 Membantu pembentukan sel darah merah
👉 Melancarkan metabolisme sistem tubuh
👉 Mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Punca Kemusnahan vitamin B dalam tubuh

👉 Viatmin B adalah vitamin yang larut dalam air, jadi ianya sentiasa perlu diganti.
👉 Vitamin B juga boleh musnah oleh cahaya matahari, haba, dan suhu. Contohnya ialah sayur yang dimasak terlalu lama dengan suhu yang tinggi.
👉 Pengambilan gula yang banyak juga boleh memusnahkan vitamin B
👉 Alkohol dan stress juga menyumbang kepada kemusnahan vitamin B 
👉 Pil-pil seperti antibiotik, pil penenang, ubat tidur juga boleh memusnahkan vitamin B


Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B? 

Sekiranya badan kita kekurangan B Complex, kita akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:-
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung, Kehilangan daya memori (Lemah Ingatan), Mental tidak stabil
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa.  
  • Masalah depresi (Tekanan perasaan & Mudah tertekan, Cepat gelisah dan tidak tenang)
  • Rasa letih, lesu, dan lemah badan, sakit-sakit dan lenguh badan, Sakit pada bahagian abdomen
  • Mengalami penyakit matabolic disorder (beri-beri) - gejala; bengkak buku lali kaki, kebas tangan dan kaki 
  • Sesak nafas
  • Insomnia - Mengalami gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur. 
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Gangguan emosi dan mudah tersinggung, cepat panik dan gemuruh serta berdebar
  • Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria.
  • Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat, hilang selera makan 
  • Masalah Kulit (Skin Lesions), kulit kusam dan tidak berseri
  • Kerap diserang migrain dan sakit kepala

Cadangan vitamin B lengkap yang wajib dimiliki

Semua sedia maklum kini terdapat banyak jenis vitamin B di pasaran. Tetapi dalam banyak-banyak vitamin B di pasaran, Atul sangat mencadangkan anda mengamalkan vitamin B keluaran Shaklee.

Ini kerana di Shaklee, vitamin B boleh didapati pada botol yang dinamakan B Complex With Folic Acids. Shaklee B Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh, serta melengkapi jurang nutrisi vitamin B dalam tubuh. B Complex Shaklee juga turut membekalkan kuantiti asid folik dan biotin yang cukup, dan sesuai untuk tubuh yang sihat.

B Complex ialah makanan tambahan yang mengandungi semua lapan vitamin B yang terdiri daripada: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (Pantothenic asid), B6 (Piridoksin Hidroklorida), B7 (Biotin), B9 (folat), B12 (Sinokobalamin).

Vitamin B Complex: keistimewaan, fungsi, manfaat, dan siapa memerlukan



Fungsi Vitamin B Complex Shaklee?

Setiap vitamin B adalah penting untuk fungsi badan tertentu. Antara fungsi-fungsinya ialah:-

👉 "B" is for beauty. Jadi vitamin B adalah antara elemen penting untuk kecantikan terutamanya kecantikan dari dalaman

👉 Bertindak sebagai pembekal tenaga - membantu menghasilkan tenaga dan membentuk sel-sel darah merah

👉 Membantu meningkatkan kadar metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
Bertindak sebagai penenang (anti stress)

👉 B6, B9, dan B12 membantu mengurangkan paras homosisteina dalam darah

👉 B12 membantu menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak (komplikasi kecil atau biasa bagi pesakit kencing manis)

👉 Kajian menunjukkan bahawa vitamin B Complex boleh mengurangkan keradangan pada pesakit hemodialisis dan menggalakkan penyembuhan luka periodontal.

👉 Asid folik dan B12 dalam vitamin B Complex membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.

👉 Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian ibu hamil membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan saraf tunjang, kecacatan tiub neural dan kecacatan otak termasuk bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Keistimewaan Shaklee


Vitamin B Complex: Keistimewaan, Fungsi, Manfaat, dan Siapa Memerlukan



Shaklee menyediakan Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten

Asid Folik merupakan salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.


Kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

👉 Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
👉 Mengelakkan penyakit beri-beri.
👉 Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
👉 Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
👉 Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
👉 Mengurangkan tekanan perasaan.
👉 Menguatkan antibodi tubuh.
👉 Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
👉 Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
👉 Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
👉 Menghalang anemia daripada berlaku


Siapakah yang memerlukan vitamin B Complex Shaklee?

Sebenarnya, semua orang memerlukan B Complex dalam diet harian demi kesihatan tubuh badan dan mencukupkan jurang-jurang vitamin B dalam badan.


Vitamin B Complex Keistimewaan, Fungsi, Manfaat, dan Siapa Memerlukan

Berikut merupakan individu yang PERLU mengambil vitamin B Complex setiap hari. 

✔ Ibu Hamil terutamanya mereka yang mengalami rendah haemoglobin ( Low HB) / Anemia
✔ Individu yang sering mengalami rambut gugur
✔ Individu yang hormone tidak stabil
✔ Ibu lepas berpantang (bantu kawal emosi ketika berpantang sekaligus elakkan meroyan)
✔ Individu yang mengalami kulit kusam / tidak berseri
✔ Individu yang ada masalah jerawat
✔ Individu yang sering tertekan / depresi
✔ Individu yang cepat letih dan tidak bertenaga
✔ Insomnia
✔ Individu yang lemah daya ingatan / cepat lupa
✔ Pasangan yang sedang TTC (ikhtiar hamil)
✔ Individu yang mudah kena ulser
✔ Individu yang masalah keputihan dan keseburan
✔ Individu yang selalu terdedah kepada cahaya matahari
✔ Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi & migraine
✔ Wanita yang mengambil pil perancang


Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk kanak-kanak?

  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga

Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk orang dewasa?

  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex untuk ibu mengandung?

  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin.

Kenapa perlu dapatkan B Complex Shaklee hari ini juga?

Pertama sekali 👉 Sebotol B Complex tahan sehingga 4 bulan. Lamakan? Sangat menjimatkan dan yang paling penting boleh dapat banyak manfaat dari sebotol B Complex.

Kedua 👉 vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 vitamin B lengkap yang diperlukan tubuh

Ketiga 👉 B Complex adalah vitamin larut air. Bermakna ianya tidak disimpan di dalam badan. Sekiranya berlebihan ianya akan dikeluarkan melalui air kencing. Tetapi jika kurang, kita akan mengalami kesan akibat dari kekurangan B Complex terutama masalah saraf dan metabolisme badan. 

Disebabkan vitamin B tidak disimpan di dalam badan maka pengambilan vitamin B Complex setiap hari tidak kira lelaki mahupun wanita amatlah diperlukan


Faktor menarik yang perlu anda tahu.

Makan B Complex AIR KENCING jadi WARNA KUNING?

Ada yang tanya & terkejut bila makan B Complex Shaklee air kencing jadi warna kuning?

Sebenarnya vitamin B Complex ini adalah vitamin larut air (water soluble), jadi ia sangat cepat larut dalam salur darah dan terus ke urin.

Ia adalah proses semulajadi menyingkirkan lebihan RIBOFLAVIN (VITAMIN B2) yang tidak diserap oleh badan, dan terus keluar melalui air kencing, menyebabkan ia menjadi warna kuning terang!

Ia bukanlah bermaksud kita terlebih dose, tapi adalah antara petanda buah pinggang kita sihat dan berfungsi dengan baik ;)

Jadi, bagi anda yang sudah tahu tentang keistimewaan, fungsi, manfaat, kepentingan dan siapa yang memerlukan vitamin B Complex Shahklee terutamanya, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mengamalkan vitamin B Complex dalam diet harian anda!

Vitamin B Complex juga tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kod Produk 10164 (120 biji)

1 botol RM58.50  / 120 biji
Saranan pengambilan: 1 biji sehari


Baca juga: Testimoni Pengguna B Complex Shaklee



Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Atul di +60195733761 (http://atulhamid.wasap.my)

---------------------------------------------------------------

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
Your Most Wanted SID -Atul Hamid-
ID NO. - 1077444
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atul Hamid
atau follow IG saya Atul Hamid
atau email di zatulzarida@gmail.com
atau sms (wa) +6019-5733761

إرسال تعليق

7تعليقات

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. wow byk jenis rupanya vitamin B ni. selalu mkn vitamin C je heheh thank info sis :)

    ردحذف
  2. Gula boleh rosakkan vitamin B. Ku kena kurangkan lah dos/pengambilan gula lepasni. Huuuu

    Tq sharing Atul

    ردحذف
  3. Maklumat yang sangat berguna.


    Saya seorang blogger baru, saya ingin memberikan maklumat pada waktu wabak seperti ini kita diharapkan dapat bekerja dari rumah.
    Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, saya menggunakan aplikasi Zoom untuk terus berhubung dengan rakan, saudara, keluarga dan pensyarah.
    Anda boleh memuat download zoom free di laman web ini https://www.downloadzoomfree.com/

    ردحذف
  4. Viatmi B sangat membantu saya sepanjang proses kehamilan, berpantang dan menyusukan anak. Sehingga kini walaupun tidak hamil saya masih amalkan Vitamin B sebagai sumber tenaga dan antistress.

    ردحذف
  5. Salam..waktu pengambilan siang @ pagi lepas sarapan atau waktu mlm?

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !