Sumber vitamin D dan fungsinya

Atul Hamid
10

Sumber vitamin D dan fungsinya


Sumber vitamin D dan fungsinya Vitamin D merupakan salah satu vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk memastikan tubuh berada pada tahap yang baik.

Fungsi vitamin D

Fungsi vitamin D pada tubuh adalah untuk membantu dalam penyerapan kalsium. Vitamin D mampu mencegah tulang dari berlakunya Osteoporosis. Ini kerana tugas vitamin D adalah memaksimumkan penyerapan dan penggunakan kalsium yang menjadi mineral penting kepada sistem tulang dan gigi manusia. Vitamin D juga akan mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.

Sumber vitamin D dan fungsinya
Risiko terkena Osteoporosis jika kurang vitamin D

Baca: Nutrien untuk bina tulang yang kuat

Menurut SEANUTS Malaysia (2013), sebanyak 50% kanak-kanak kekurangan vitamin D dalam tubuh. Keadaan ini mungkin kerana kebanyakan kanak-kanaksangat memilih makanan, tidak gemar minum susu dan mereka banyak menghabiskan masa di dalam rumah seperti bermain video game, menonton televisyen daripada bermain diluar rumah untuk mendedahkan diri kepada cahaya matahari untuk menghasilkan vitamin D secara semulajadi.

Sumber vitamin D

Sumber utama untuk mendapatkan vitamin D secara percuma dan paling mudah adalah daripada cahaya matahari. Vitamin D boleh dihasilkan oleh tubuh sendiri apabila kulit terkena cahaya matahariHanya memerlukan pendedahan muka, tangan, kaki atau belakang badan selama 5 hingga ke 10 minit kepada cahaya matahari tanpa menggunakan pelindung matahari antara jam 9 pagi ke 2 petang, sebanyak dua kali seminggu biasanya akan membekalkan vitamin D yang dapat memenuhi keperluan harian.

Sumber vitamin D dan fungsinya
Sumber: Public Health Malaysia

Selain dari cahaya matahari, vitamin D boleh diperolehi daripada sumber makanan seperti susu, ikan sardine, telur, sayur berdaun hijau dan keju.

Sumber vitamin D dan fungsinya


Bagi anda yang bekerja dalam bangunan, jarang terdedah dengan cahaya matahari, anda boleh mengamalkan pengambilan suplemen yang menadungi vitamin D.

Menurut Washington Post, Manfaat vitamin D juga boleh diperoleh melalui pengambilan suplemen.

Salah satu cadangan suplemen yang boleh anda amalkan adalah OsteMatrix Shaklee. OsteMatrix Shaklee mengandungi vitamin D3 sebanyak 100ui per kaplet.

Sumber vitamin D dan fungsinya


Istimewanya OsteMatrix Shaklee ini, selain vitamin D, ia juga mengandungi lagi 6
nutrien penting termasuk kalsium, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Mesti baca: Info menarik tentang OsteMatrix

Kesimpulannya, vitamin D adalah vitamin larut lemak. Tubuh sangat memerlukan vitamin D untuk memastikan penyerapan kalsium secara maksima. Kekurangan vitamin D dalam tubuh akan menyebabkan kepadatan dan kualiti tulang berkurangan, jadi risiko untuk berlakunya Osteoporosis sangat tinggi. Oleh itu, pastikan mengambil vitamin D sehari mengikut sarananpengambilan nutrisi (RNI) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sumber vitamin D dan fungsinya
Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM


Post a Comment

10Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Kekurangan terdedah cahaya matahari sebabkan tidak cukup vitamin D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. tapi kalau terlebih nanti, bahaya juga.

      Delete
  2. bila dah berumur ni mama lebih peka dgn kalsium ni sebab org perempuan ni selalu cepat sakit lutut bila berumur kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mama. kita ni banyak duk bersila, lagi cepat sakit rasanya

      Delete
    2. iye.. bersila sambil tumbuk sambal belacan haha

      Delete
  3. Sejak PKPB ni jarang dapat Vitamin D semulajadi. Hehe
    Mujur ada Ostematrix

    ReplyDelete
  4. Vitamin D semulajadi tu jarang buat..umur dh meningkat ni kena amik suplement tmbhn cmnii

    ReplyDelete
  5. Vitamin D semulajadi tu jarang buat..umur dh meningkat ni kena amik suplement tmbhn cmnii

    ReplyDelete
  6. Vitamin D semulajadi tu jarang buat..umur dh meningkat ni kena amik suplement tmbhn cmnii

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !