Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online

Atul Hamid
7

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online | Hai semua, salam Ramadhan ke 19. Ini bermakna, tak lama lagi bulan Syawal bakal menjelma.  Nak duit raya tak? Ha, kalau nak, jom semak sama ada anda masih ada atau tidak wang yang masih tak dituntut di Jabatan Akauntan Negara. Disebabkan sekarang negara kita masih dilanda wabak COVID19, daripada kita bersesak-sesak di Jabatan Akauntan, lebih baik kita semak melalui online je.

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online

Jadi, hari ini Atul nak berkongsi dengan anda bagaimana cara menyemak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online. Ikuti panduan yang Atul berikan di bawah ini.

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online

Sekiranya anda masuk tanpa mendaftar terlebih dahulu, skrin anda akan terpapar kotak hebahan. 

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas

Jadi, ikuti langkah pertama dibawah ini untuk mulakan semakan.

Pertama sekali,

Sekiranya ini kali pertama anda menyemak Wang Tak Dituntut melalui online, anda perlu melakukan pendaftaran dahulu.

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas


Klik butang pendaftaran yang terdapat dibahagian kanan atas kemudian isi maklumat diperlukan

Tanda * adalah wajib diisi. Pastikan data anda tepat dan ejaan betul ketika mengisi borang pendaftaran

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas

Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar.

Kedua,

Selepas melakukan pendaftaran, anda perlu daftar masuk semula (login) dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang di daftarkan tadi

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas

Ketiga,

Untuk daftar masuk (login) kali pertama, anda perlu melengkapkan butiran profile terlebih dahulu, dan simpan.

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas

Kemudian, akan terpapar halaman utama seperti dibawah ini

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas

Keempat,

Untuk mulakan semakan, klik di bahagian kotak yang tertera “klik disini untuk carian Wang Tak Dituntut” atau anda boleh lihat di bahagian tepi ada kotak untuk “carian Wang Tak Dituntut”

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas

Kelima,

Masukkan no kad pengenalan untuk mulakan pencarian Wang Tak Dituntut.

Sekiranya anda masih mempunyai wang yang tak dituntut, hasil pencarian anda akan keluar seperti gambar dibawah ini.

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas


Sekiranya anda tidak mempunyai wang untuk dituntut, hasil pencarian anda seperti dibawah ini.


Cara semak wang tak dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas

Tapi perlu diingat, semakan Wang Tak Dituntut hanya boleh dilakukan dua kali sahaja dalam sehari. Untuk semakan kali ketiga perlu dilakukan pada keesokkan harinya.


Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas

Begitulah cara untuk menyemak wang tak dituntut secara online. Mudahkan? Kalau mudah, bolehlah mulakan semakan Wang Tak Dituntut anda. Mana tahu ada rezeki anda, bolehlah mohon untuk dapatkan duit tersebut.

Untuk makluman anda, maklumat Wang Tak Dituntut yang terdapat dalam laman eGUMIS ini adalah maklumat Wang Tak Dituntut yang lengkap dengan nama empunya serta nombor pengenalan empunya Wang Tak Dituntut sahaja. Sekiranya Wang Tak Dituntut tidak dapat dikesan melalui semakan di laman ini, anda boleh hadir di kaunter-kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berdekatan untuk semakan lanjut.

Sekiranya anda masih mempunyai Wang Tak Dituntut dan ingin mengambilnya, anda perlulah melengkapkan borang permohonan seperti dibawah ini. Borang permohonan tersebut anda boleh isi dalam laman eGUMIS. 

Cara semak Wang Tak Dituntut (WTD) melalui online
Wang Tak Dituntut (WTD) Sila klik untuk paparan lebih jelas

Jika terdapat sebarang masalah untuk melakukan permohonan Wang Tak Dituntut, bolehlah hadir ke kaunter-kaunter JANM berdekatan untuk semakan lanjut atau hubungi mereka di 03-8000 8700 atau adukan disini; Aduan/Maklumbalas

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Sekian, terima kasih.

Post a Comment

7Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. tahun lepas pernah cek, adalah rm35 tak silap akak... huhuhu

    ReplyDelete
  2. baru ni dapat surat dari bank, kata akaun dah lama sangat x aktif. dia bagi masa untuk aktifkan, kalau tak duit pergi ke wtd,,

    ReplyDelete
  3. Last time check takde...hehehe...nampak sangat plak kan...xde letak duit sana sini...

    ReplyDelete
  4. lama x check boleh la try check lps ni

    ReplyDelete
  5. Sy semak takda.. Tp abgg sy ada wang tak d'tuntut masa dia study dulu..

    ReplyDelete
  6. tuntut jgn tak tuntut..kalau banyak laa...huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !