Cara membuat kategori atau label di blogspot

Atul Hamid
1

Cara membuat kategori atau label di blogspot | Baru-baru ni Atul dapat pertanyaan dari seseorang, kategori atau label ni perlu ke? Apa fungsinya?

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Bagi Atul kategori atau label yang terpapar di blog kita ini PERLU. Fungsinya untuk memudahkan pembaca mencari dan mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam blog kita dengan cepat sekaligus dapat menjimatkan masa mereka

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Untuk entri kali ini, Atul ingin kongsikan tutorial cara membuat kategori atau label di blogspot dengan mudah. Hanya beberapa minit sahaja untuk membuatnya. 

Okay, sebelum Atul kongsikan cara membuat kategori atau label ini, Atul hendak anda tahu dari mana datangnya kategori atau label ini. 

Sebenarnya kategori atau label ini boleh ada di blog anda apabila anda meletakkan label ketika anda menulis entri baharu. Macam mana ya? Jom tengok gambar di bawah ini.

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Dah faham kan dari mana datangnya label untuk kita buat kategori atau label yang terpapar di blog kita? Tahniah! So, jangan lupa buat label yang bersesuaian dengan entri anda.

Sekarang, jom kita lihat langkah-langkah cara membuat katergori atau label di blogspot. Semoga apa yang Atul kongsikan ini dapat membantu anda mencantikkan blog anda.

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Untuk pengetahuan anda, senarai kategori atau label ini akan terletak di bahagian sidebar atau sidebarwidgetarea. (Bergantung pada theme blog yang anda guna ya)

Macam blog Atul ni, Atul guna theme Olsen dan theme ini mempunyai ada 2 bahagian sahaja. Jika anda pengguna blogspot tapi bukan theme Olsen pun boleh ikuti tutorial ini.

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Bahagian 1 untuk tulis entri
dan bahagian 2 untuk widget

Untuk makluman anda, di bahagian 2 ini, ada sesetengah bahagian kena edit coding di HTML, dan ada juga yang kena edit di layout. Selalunya edit di layout ini berkaitan dengan widget. Tapi kadang-kadang tengok situasi juga. hehe (Jangan pening ya) 

Untuk buat kategori atau label ni, anda perlu buka Dashboard blog > Layout > Sidewidgetarea

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Kemudian anda perlu add widget 

Cara membuat katergori atau label di blogspot

➌ Pilih Label

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti dalam gambar dibawah

Cara membuat katergori atau label di blogspot


Tajuk
Tajuk anda boleh tukar, dari label buatlah nama apa yang anda rasa sesuai.

Label sorting 
Senarai label yang hendak di susun ikut A hingga Z atau Kekerapan
  • Alphabetically - Senarai label yang akan terpapar di blog akan ikut A hingga Z
  • Frequency - Senarai label yang akan terpapaer di blog akan ikut bilangan mana yang paling banyak dalam entri 
Display
Label akan terpapar secara senarai atau karangan 😂
  • List - Label akan terpapar dalam senarai atas ke bawah
  • Cloud - Label akan terpapar seperti karangan
Show number of post per label
Anda boleh pilih, samada nak ada bilangan nombor di tepi label atau tidak. Jika nak, hijaukan, jika tidak, biarkan kelabu

Display
Anda hendak paparkan label semua sekali atau yang terpilih sahaja
  • All - Semua label yang anda masukkan dalam setiap entry akan disenaraikan 
  • Selected - Hanya label yang anda pilih sahaja yang akan terpapar di senarai kategori atau label nanti. Jadi tak ada la panjang berjela senarai label anda tu nanti. Dah boleh jimat ruang 
Akhir sekali, jangan lupa save ya.

So sekarang, bolehla refresh blog anda dan lihat ada tak label yang telah anda buat tadi di bahagian sidebar anda.

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Yeay! Tahniah! Anda dah berjaya buat kategori atau label. Mudahkan cara membuat kategori atau label ni. Sekejap je dah siap 😀

Oh ya, andai kata bila anda buat kategori atau label ini dan hasil paparannya sangat panjang, sehingga menyebabkan anda bosan nak cari label yang anda kehendaki. Sekejap, Atul ada cara untuk pendekkan senarai itu. Caranya apa kata anda buat scroll box di widget label anda.

Cara membuat katergori atau label di blogspot

Macam mana nak buat? Mudah sahaja caranya. Jom tengok cara membuat scroll box di blog di sini. 

Semoga entri ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca tutorial cara membuat katergori atau label di blogspot ini.

Post a Comment

1Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. terima kasih atas perkongsian
    nanti lupa boleh rujuk sini semula :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !