Cara pendekkan link guna bitly

Atul Hamid
1

Cara pendekkan link guna bitly | Serabutlah link panjang-panjang ni, macam mana nak ingat kalau dah panjang sangatkan? Jadi, hari ini Atul nak share cara pendekkan link guna bitly.com . Macam link Atul kat bawah ni

https://bit.ly/kurus_atulhamid

Pendekkan? Siap boleh guna nama sendiri lagi. hehe Kan mudah nak ingat, link pun pendek, senang nak copy dan kongsikan pada sesiapa yang anda nak copy. Setuju tak? Okay, jom tengok langkah-langkah cara pendekkan link di bawah ini

Cara pendekkan link guna bitly

Langkah-langkah dibawah ni, Atul nak pendekkan link wasap

  http://wasap.my/60195733761/InakOrdersetkurusShaklee kepada https://bit.ly/kurus_atulhamid

1. Anda kena masuk ke website bitly.com

Cara pendekkan link guna bitly

2. SIGN UP sekiranya belum ada account. Sekiranya sudah ada, terus LOG IN seperti biasa

Cara pendekkan link guna bitly

3.  Sebelum itu, anda perlu pilih dahulu, nak yang PERCUMA atau BERBAYAR. Jika nak yang PERCUMA, klik di bahagian Free, Get started.

Cara pendekkan link guna bitly

4. Isikan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran (sign up) 

Cara pendekkan link guna bitly

Ada 2 pilihan untuk mendaftar,

a) Daftar terus mengguna account Google yang sedang anda gunakan

b) Daftar menggunakan Email

Nak mudah pilih Sign Up with Google, jadi tak adalah berlakunya masalah terlupa kata laluan nanti. hehe

5. Setelah berjaya mendaftar, akan terpapar seperti di bawah ini

Cara pendekkan link guna bitly

Kemudian teruskan dengan Create new Bitly account, akan muncul seperti di bawah ini

Cara pendekkan link guna bitly

Anda boleh pilih Personal.

Dan langkah seterusnya anda boleh pilih untuk isi atau skip.

Nak mudah, skip sahaja sebab ia tetap akan dibawa masuk ke dashboard bitly seperti dibawah ini

Cara pendekkan link guna bitly

6. Bolehla mula create link yang anda kehendaki dengan memilih butang CREATE, kemudian LINK

Cara pendekkan link guna bitly

Selepas klik butang link, akan terpapar seperti di bawah ini. 

Cara pendekkan link guna bitly 

Kemudian masukkan link yang anda hendak pendekkan di ruangan link yang disediakan dan klik CREATE. 

Cara pendekkan link guna bitly

 Cara pendekkan link guna bitly

Inilah hasilnya selepas link panjang di pendekkan.

Cara pendekkan link guna bitly 

Untuk menukar link kelabu kepada brandname atau perkataan yang anda kehendaki, anda cuma perlu edit di link kelabu sahaja. Kemudian pastikan tekan save.

Cara pendekkan link guna bitly

Oh ya, jangan lupa edit TITLE, tujuannya untuk membezakan link. Nanti anda lupa pula link itu untuk yang mana satu hehe

Contoh TITLE yang telah ditukarkan seperti dibawah ini.

Cara pendekkan link guna bitly

Selesai. Bolehla copy link dan kongsikan kepada mereka yang dikehendaki. Okay, jom kita cuba, keluar tak ke nombor whatsApp Atul seperti gambar di bawah ini.


Cara pendekkan link guna bitly

Dapatkan? Mudah je nak buat. 

Selamat mencuba. Terima kasih sudi membaca tutorial cara pendekkan link guna bitly


Post a Comment

1Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Terima kasih atul. Akk dah buat. Jadi alhamdulillah :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !