Apa itu sembelit | Seksanya bercangkung lama-lama dalam tandas ni. Sakit! Perit! Kadang-kadang sampai menangis, menjerit-jerit dibuatnya. Adakala rasa trauma mahu membuang air besar. Semua disebabkan sembelit. Itulah perasaan mereka yang mengalami sembelit.
Apakah itu sembelit?
Sembelit adalah kesukaran untuk membuang air besar yang
dihadapi seseorang kerana mempunyai tekstur najis yang keras. Sembelit
merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang yang pernah
mengalami sembelit dalam kehidupan mereka, selalunya disebabkan oleh amalan
pemakanan yang tidak baik.
Tanda-tanda sembelit
Tanda-tanda sembelit setiap orang mungkin berbeza antaranya;
- Tidak membuang air besar lebih 3 hari
- Tekstur najis keras dan kering.
- Perut kembung
- Perut kejang atau sakit.
- Kurang selera makan.
- Mengalami masalah rektum tersumbat
- Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila cuba untuk menahan pembuangan najis akibat ketidakselesaan.
- Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar
dalam kanak-kanak.
Punca sembelit berlaku
- Kurang serat dalam diet
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga emas)
- Kehamilan atau baru lepas bersalin
- Minum susu yang tidak sesuai kandungan atau ramuanya
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
- Kerap menahan untuk membuang air besar
- Kurang minum air kosong dan dehidrasi
- Pengambilan ubat-ubatan dan mempunyai masalah kesihatan atau berpenyakit
- Mempunyai masalah dengan kolon dan rektum serta fungsi usus
- Melancong
- Stress
Siapa berisiko mengalami sembelit?
- Individu berusia 65 tahun dan ke atas.
- Individu yang tidak banyak bergerak
- Wanita
- Kanak-kanak
- Ibu hamil
- Ibu berpantang
Cara mengatasi sembelit
Sebenarnya masalah sembelit ini boleh diatasi dengan mudah dan berkesan, antara cara mengatasi sembelit adalah
- Mesti ubah diet pemakanan harian
- Perbanyakkan minum air kosong, untuk menghidratkan badan
- Tingkatkan aktiviti fizikal
- Jangan tahan buang air, Jika merasa ingin membuang air, jangan berlengah
- Amalkan makanan tambahan yang sesuai
- Dapatkan nasihat dan berbincang dengan doktor sekiranya mengalami masalah sembelit yang teruk
- Cuba tambah probiotik dalam diet anda, seperti yang terdapat dalam yogurt
Kesimpulannya, jika selama ini anda tertanya-tanya apakah sembelit dan berasa was-was sama ada anda mempunyai masalah sembelit ataupun tidak, periksa tanda-tanda sembelit yang Atul senaraikan di atas. Sekiranya ada, cubalah atasinya sebaik mungkin. Tetapi sekiranya masih berlarutan masalah sembelit yang anda hidapi, sila dapatkan nasihat dari pakar perubatan di klinik dan hospital berdekatan.
1077444
Bahaya sebenarnya sembelit ni.. khususnya kepada warga emas.. sebab tu kalau ada MakPak yang da lanjut usia kena selalu tanya keadaan mereka.
ReplyDeleteCikza dah lalui pengalaman waktu kandungan luar rahim dulu. serik dah nak lalui lagi. sebab tu lah setiap hari ambil buah yang lawaskan perut
ReplyDeletesejak amik herblax shaklee .. mmg best giler membuang .. tak sempat nak sembeit 🤣
ReplyDeleteSembelit time pantang la paling seksa rasanya. Sampai minum ubat..huhu
ReplyDeleteSeksa klu kne sembelit ni
ReplyDeletekadang2 sembelit ni bukan je anak2 kecil, tpi dewasa pun sama. sebelum ni ada housemate asik sembelit, dia cari buah prun..zaman dlu taktahu rupanya makan kurma pun boleh cegah masalah sembelit..senang sangat nk membuang. tapi zaman skg ni lagi mudah macam2 ada ..shaklee pun sangat membantu.
ReplyDeletePernah dpt sembelit time preggy, mmg seksa.
ReplyDeleteTapi lagi seksa sembelit selepas bersalin, sampai menamgis dlm tandas nak push kluar. Mmg trauma sgt.
suami saya ada penyakit sembelit dan buasir… bab pemakanan memang saya selalu menasihatkan beliau...memang kena hati-hati dalam pengambilan makanan manis seperti coklat
ReplyDeleteteringat pernah kena sembelit lepas bersalin dulu. seksa. berjam2 dok dlm toilet. lepas tu dah pandai jaga makan. alhamdulillah lega. siapa ada masalah sembelit baguslah dptkan info manfaat mcm gini
ReplyDeleteerm..kalau kena sembelit ni adeiii ngeri oi! .. nak pula smpai berdarah
ReplyDeleteSembelit??? cikma tak nak ingat.. sakit.. bagus info nii
ReplyDelete