Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Atul Hamid
12
Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger | Hai korang, selepas beberapa hari negeri Perlis masuk ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), Atul sekeluarga bercadang untuk bersantai-santai di Sungai Bukit Jernih. Dalam banyak-banyak tempat menarik di Perlis ini, Sungai Bukit Jernih jadi pilihan kami sekeluarga kerana kawasan ini redup, bersih dan mendamaikan.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger
 

Sungai Bukit Jernih merupakan salah satu taman rekreasi yang terdapat di Perlis. Sungai Bukit Jernih terletak di Kampung Bukit Jernih, Perlis. Kini kawasan ini telah dikenali sebagai Geo Tapak Taman Rekreasi Bukit Jernih.

Sebenarnya kawasan ini dekat je dengan rumah Atul dan sememangnya Atul sekeluarga selalu datang ke sini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jadi bila kerajaan umumkan negeri Perlis masuk Fasa 3 PPN, kami terus bercadang untuk buat bakar-bakar dan makan tengahari di Sungai Bukit Jernih. Anak-anak lah paling seronok bila dapat tahu kami nak pergi makan-makan dekat sungai. Almaklumlah lama sangat tidak bersantai-santai sejak negara perlu laksanakan PKP.

Siapa tidak seronok bila dapat tahu hendak berkelah ditepi sungai kan? Atul pun suka inikan pula anak-anak. Setibanya waktu yang dirancang, kami pun pergilah ke Sungai Bukit Jernih. Pada waktu ini kami memilih untuk beli nasi putih di kedai dan membawa sedikit makanan seperti nugget ayam dan ayam yang telah diperap dengan rempah viral. Nugget akan digoreng ditepi sungai nanti, manakala ayam yang telah diperap tu akan dibakar di sana juga.

Kami membahagikan tugas supaya semuanya berjalan lancar dan boleh makan dengan cepat. Suami tugasnya hidupkan api untuk bakar ayam, dan Atul pula goreng nugget. Manakala anak-anak pula hanya perlu bermain sahaja. Syok depa kan? haha

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger


Yang bestnya kali ini Atul perap ayam menggunakan rempah istimewa. Atul guna 
rempah perapan yang sedang viral di Tiktok dan Shopee sekarang ni. Suami Atul suka sangat ayam bakar hasil perapan rempah viral ni. Sehinggakan dia pergi camping dengan rakan sekerja dia pun dibawanya rempah viral ni. Katanya perap ikan pun best. Sedap rasa ikan bakar tu. Agak-agak rempah perapan apa yang viral tu ya?

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Rempah viral ni baunya wangi. Masa mula-mula buka penutup rempah ni, terus aroma rosemary menusuk hidung. Serius enak betul baunya, Atul suka. Bagi Atul rempah ini sangat istimewa kerana rempah ini juga sesuai untuk anda yang sedang diet nak kurus. Sebab itu rempah ini juga dikenali sebagai rempah diet. Memang boleh dipanggil rempah diet kerana tidak mengandungi gula tambahan dan 100% dari rempah ratus terpilih seperti Rosemary, Paprika dan serbuk cili.

Untuk makluman anda lagi, founder rempah diet ni telah kehilangan 20kg berat semasa melakukan diet, dan beliau menggunakan rempah diet ini dalam menu masakan sihatnya sepajang proses turunkan berat.


Bestkan, berat turun, badan sihat, menu pun sedap.  

Rempah viral yang Atul maksudkan adalah Paparoger Seasoning namanya. Turut juga dikenali dengan nama Rempah Diet Paparogerbyrink.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger


Rempah diet ini sangat sesuai untuk perapan

  • Kambing
  • Ayam
  • Kentang
  • Seafood atau bahan-bahan basah yang sesuai


Jenis masakan yang korang boleh buat seperti

  • Bakar
  • Smoke
  • Grill
  • Goreng
  • Airfryer
  • Oven


Macam Atul haritu buat bakar dan smoke sekaligus. Kalau tak silap Atul lah, sebab yang buat tu suami Atul. Atul tolong perap dan goreng nugget je. Hehe.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Okay, ini Atul kongsikan resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet paparoger. Serius sangat mudah resipi yang Atul kongsikan ni. Kalau korang selalu pergi camping pun boleh guna rempah diet Paparoger ni. Sebab ia mudah untuk dibawa dan senang juga untuk disimpan.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Bahan-bahan untuk perapan

  • Ayam yang telah di potong dan dibasuh bersih. (Terpulang nak potong berapa. Kalau nak buat ayam golek pun boleh)
  • Rempah diet Paparoger (Ikut citarasa korang nak banyak atau sedikit)
  • Hirisan Lemon atau sedikit air perahan lemon
  • Minyak zaitun (pilihan)
  • Garam (pilihan)


Cara perapan ayam

Masukkan rempah diet Paparoger, sedikit air perahan lemon, sedikit minyak zaitun dan garam secukup rasa (Kalau anda tengah diet, xpayah letak garam). Kemudian gaulkan hingga sebati. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas atau plastik bersih untuk diperap dan akhirnya simpan di dalam peti sejuk.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Tempoh perapan terpulang pada anda. Macam Atul perap ayam tu dari malam, sebab esok pagi terus pergi ke Sungai Bukit Jernih dan sedia untuk dibakar je.

Selalunya jenis masakan yang perlukan proses perapan ni, lagi lama ia diperap, lagi sedap rasanya. Tapi kalau nak perap sekejap, dalam 1 jam pun dah okay.

Jadi, inilah hasilnya, ayam bakar dengan rempah diet Paparogerbyrink

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger


Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Cantikkan warna ayam bakar selepas diperap dengan rempah diet Paparoger ni. 

Atul kongsikan juga video dari proses perapan, membakar ayam sampai review suami Atul makan ayam bakar ni. Jangan lupa subscribe tau!


Bagi Atul, rasa ayam bakar dengan perapan rempah diet Paparoger by Rink ni sangat sedap dan menyelerakan. Aromanya pun sangat harum. Andaikata kalau nak ratah ayam macam tu saja pun best. Sedar-sedar banyak ketul dah makan. Tapi kalau dapat cicah dengan blackpaper sauce lagi best.

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Feedback Atul untuk Rempah Paparoger

Rempah diet Paparogerbyrink juga sesuai untuk seisi keluarga. Walaupun ada serbuk cili, tapi rasanya tak pedas. Anak-anak pun boleh makan. Tidak berminyak. Dapat rasa rempahnya sampai ke isi ayam. Makan ayam pun tak rasa muak. Kalau anda jenis makan pedas, boleh tambah lagi serbuk cili waktu proses perapan atau buat sos pencicah yang pedas.

Kami sekeluarga yang ada 4 orang ni je pun, tiga round kami bakar ayam sebab tak cukup. Mula-mula bakar dapat 5 ketul. Padahal saiz ayam potong tu besar juga. Punyalah sedap sampai masing-masing berebut nak makan ayam bakar ni.

Tengok ni juga, ramai yang bagi maklumbalas kata rempah ni sedap. Siap ada yang ulang beli lagi

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger
Mereka beli dengan agent yang sah

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger


Amacam? Bestkan, masing-masig kata sedap. Takkan tengok je? Jomlah try Rempah diet Paparoger ni. Boleh klik link dibawah ni untuk dapatkan rempah viral kesukaan ramai, Rempah Paparoger.

Tiktok | Shopee | Instagram | Whatsapp

Resipi ayam bakar diet sedap dan mudah dengan rempah diet Paparoger

Post a Comment

12Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Best nya dapat kelah kat Sungai... Macam best je rempah tu. Selalu pening nak perap dengan apa. Main taruk sos ke kicap kat rumah

    ReplyDelete
  2. waahh.. dah laa best boleh g berkelah… makan pon makanan sihat yea Atul

    ReplyDelete
  3. Wowwww.. Tengok pun tau sedap niiiii... Aduhhh terlioq kita

    ReplyDelete
  4. Senangnya ada rempah macam ni. Tak payah dah nk fikir nak tumbuh bawang semua. Tinggal sapu je. Boleh try ni.

    ReplyDelete
  5. menarik pulak rempah nih, ada niat nak pi camping jugak nanti boleh cuba rempah nih sebab nak buat bbq jugak hehehe

    ReplyDelete
  6. Lau dapat mkn dgn atul dgn gee .. uiii mesti sonok ni
    sambil mkn borak2 .. ayam pun sedap .. nngeces la

    ReplyDelete
  7. Looks yummy eak ayam tu! Menarik juga rempah paparoger ni, boleh trylah nanti

    ReplyDelete
  8. Wah ini menggoda la Atul.
    Kak pip suka perap ayam guna rosemary kering.
    Ni dah siap2 ada rempah sesedap rasa semua, kena try la juga cari kat Shopee.
    Hope tak rasa pedas sangat pasal anak2 mmg x makan cili langsung.

    ReplyDelete
  9. Yumyum.. nampak sedap pula... selalu juga nampak paparoger nie kak.. tapi belum pernah lagi rasa.. Terima kasih kak share resepi..

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap sangat ni Atul.. senang dah ada rempah perap macam ni. Bila teringin boleh terus buat. Tak perlu bersusah payah kat dapur.

    ReplyDelete
  11. Wah..agak menarik ni sebab boleh la org berdiet pun makan. Dah la nampak sedap sgt ni

    ReplyDelete
  12. Bestnyaaaa makan bakar2 tepi sungai.. Nampak sedap betul ayamnya tu.. Lepas mandi makan.. Nikmatttt..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !