Dataran Empangan Timah Tasoh berwajah baru | Hai semua, tak lama lagi nak cuti sekolah dah. Dah ada rancangan nak pergi bercuti ke mana-mana ke? Kalau korang terlajak ke utara Malaysia jangan lupa terus hujung utara tu. Dimana? Sudah tentulah ke Negeri Perlis Indera Kayangan. Paling jangan lupa, korang wajib singgah Dataran Empangan Timah Tasoh tau. Kenapa? Ni nak cerita ni. Teruskan baca tau!
Sekarang, Empangan Timah Tasoh bukan lagi lokasi biasa-biasa tau. Kerana Empangan Timah Tasoh kini telah menjadi salah satu daya tarikan perlancongan buat pelancong yang datang ke negeri Perlis.
Kalau nak tahu, di Dataran Empangan Timah Tasoh ini juga, sangat sesuai untuk korang yang hendak menenangkan fikiran dari kesibukan kota. Lagi sesuai sangat-sangat untuk korang si pecinta alam semesta yang damai dan mempersona.
Di sini juga sangat menarik untuk korang yang suka bergambar, apa kata orang zaman sekarang, ber OOTD. Ini kerana pemandangannya memang sangat cantik. Siap ada yang panggil Tasik Timah Tasoh ni sebagai Tasik Cermin.
Selain itu, jika korang suka ber 'camping', disini juga ada tapak untuk pasang khemah. Sesuai juga untuk lepak-lepak santai sambil makan-makan bersama keluarga. Atul sekeluarga selalu buat camtu di sini. Jom tengok gambar pemandangan cantik dekat entri Atul yang sebelum ni; Berkelah di Empangan Timah Tasoh
Sejarah Empangan Timah Tasoh, Perlis
Empangan Timah Tasoh terletak kira-kira 17 kilometer dari bandar Kangar. Ia merupakan tasik buatan dan menjadi pusat tadahan air hujan di Perlis. Keluasan kawasan takungan adalah 13.3 km² dan dapat menakung sebanyak 40 juta meter padu air. Ia juga adalah empangan saliran terbesar di negeri Perlis.
Sebelum tasik buatan ini wujud, asal usul Tasik Timah Tasoh ini adalah pertemuan antara dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Kawasan itu juga merupakan kawasan sebuah kampung tetapi telah ditenggelamkan bagi mewujudkan sebuah empangan. Antara yang turut ditenggelamkan pada waktu itu ialah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan.
Kampung berkenaan terpaksa ditenggelamkan untuk membentuk takungan air bagi menyediakan bekalan air domestik dan perindustrian untuk seluruh negeri Perlis.
Kalau korang naik bot disana, kalau korang berani, tengoklah ke dalam air, jika waktu itu airnya jernih, insyaAllah korang akan nampak bentuk jalan di dalam air itu. Tapi kalau tak berani, jangan buat. hehe
Begitulah kisah disebalik Empangan Timah Tasoh yang kini telah mula berubah wajah menjadi antara lokasi tarikan pelancongan paling popular di negeri Perlis.
Sumber: Utusan Online |
Siapa sangka lokasi berlatar belakangkan Bukit Cabang dan Banjaran Nakawan kini telah menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh negara kerana faktor keindahannya.
Dataran Empangan Timah Tasoh daya tarikan baru pelancong ke negeri Perlis
Inisiatif Kelab Rekreaksi Timah Tasoh dengan sokongan penuh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, telah memperkenalkan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan yang mampu menarik ribuan pengunjung khususnya pada musim cuti.
Papan tanda lokasi di Dataran Empangan Timah Tasoh |
Kawasan Tasik Timah Tasoh yang dulunya suram dan kawasannya agak terpencil, dan hanya dikenali dikalangan penduduk tempatan, serta hanya menjadi tumpuan kaki-kaki pancing dan komuniti nelayan di situ sahaja kini telah berubah wajah dan menjadi tempat wajib dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Perlis.
Perubahan yang di lakukan oleh kelab tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti kayak, bot pelancong dan tapak perkhemahan.
Sumber: Google |
Sumber: Facebook |
Sumber: Facebook |
Sumber: Google |
Sumber: Facebook MdmNanie Nazri |
Para pelancong juga bakal disajikan 1,001 pengalaman berharga selepas menikmati keindahan alam sekitar dan panorama cukup menarik di kawasan Dataran Empangan Timah Tasoh ini.
Menurut kata Setiausaha Kelab Rekreaksi Timah Tasoh, Zaidi Shafie yang mengusahakan aktiviti kayak, pihaknya bersama komuniti di sini yang kebanyakkan dalam kalangan nelayan air tawar mengambil insiatif menyediakan pelbagai aktiviti menarik sejak enam bulan lalu.
Sejak pelbagai aktiviti menarik seperti kayak, bot pelancong dan lokasi perkhemahan disediakan, serta gerai jualan yang ada di Timah Tasoh, Kawasan tersebut bertukar meriah disamping itu turut membantu meningkat ekonomi penduduk setempat - Zaidi Shafie
Kemudahan Awam di Dataran Empangan Timah Tasoh
Tandas Awam |
Tempat Letak Kereta |
Jeti untuk naik boat |
Pemandangan Gazebo dan kawasan sekitar |
dah kali kedua pergi. memang cantik
ReplyDeleteBestnya atul. Cantik betul tempat tu. Teringin nak pergi hihi
ReplyDeleteMasyaAllah.. Cantiknya view diaaa atul.. Ni kalau bawak anak2 mesti suka giler diorang.
ReplyDeletewah menarik..lama dah tak lajak ke Perlis.Cadang nak pi cuti CNY ritu tapi ada hal lain..i allah nexttt
ReplyDeleteCantiknyer la hai tempat ni.. bilaala nak sampai perlis best lagi2 bila dapat bbq kat tmpt tu ramai2
ReplyDeletetak pernah tahu pun pasal tempat ni, nasib baik atul post hehe cantik pulak tu
ReplyDeleteSerius lah cantik sgt.
ReplyDeleteWah ni kalau bermalam pun rasa seronok.
Lagi2 mereka yg sukakan damai bumi hijau, mmg boleh lah melayan perasaan bercuti2 Kat sini.
cantiknya. rasa macam tak perlu dah pergi sana sebab baca kat sini pun dah cukup. tapi mana sama kan tengok gambar dengan tengak depan mata sendiri
ReplyDeletebestnye ada aktiviti dekat dataran empangan nih… next time pergiperlis saya nak singgah sini view menarik... love sunset
ReplyDeleteCantiknya pemandangan Tasik Timah Tasoh ni. Suatu hari nanti kalau ada rezeki jejak Perlis, insyaAllah boleh singgah amik-amik gambar dekat situ.
ReplyDeleteCantiknya view kt sini, bru tahu kwsn perlis ade tmpt macam ni,
ReplyDeleteKte lom pernah sampai lagi ke sini. Memang lawa sungguh ek tempat dia + byk aktiviti boleh buat
ReplyDeleteWahh.. bestnya... boleh camping ni.. cantik tempat dia...
ReplyDeletecantiknya.. banyak-banyak negeri dalam Malaysia ni.. Perlis antara yang belum singgah.. maklumlah orang jauh di selatan.. tapi terus nak masukkan dalam wishlist la lepas ni.. 😍
ReplyDelete