Kejayaan anak didik Dr Azizan Osman, membanggakan bapa – Asyraf Khalid | Siapa tidak kenal dengan suami kepada penyayi no 1 negara kita Dato' Seri Siti Nurhaliza, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih popular dikenali sebagai Dato' K. Dato' K merupakan salah seorang usahawan Melayu terkenal di Malaysia.


Kejayaan anak didik Dr Azizan Osman, membanggakan bapa – Asyraf Khalid


Sempena sambutan hari lahir Dato' K yang telah diraikan di kediaman beliau baru-baru ini, Dato' K telah mendedahkan tentang perubahan anaknya Asyraf Khalid setelah menjadi salah seorang anak didik Dr Azizan Osman di Akademi RichWorks.

 

Dato' K ucapkan penghargaan kepada Datuk Wira


Dalam satu hantaran video yang dikongsikan oleh Asyraf, Dato' K telah merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman, yang juga merupakan mentor usahawan kerana telah berjaya mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun sahaja. 


 

Video durasi 10 minit 37 saat telah mendapat tontonan sebanyak 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam sahaja setelah dimuatnaik di laman instagram.

  

Dulu budak nakal, selalu mengecewakan. kejayaan Asyraf kini, membanggakan bapanya, Dato' K


Dulu Asyraf merupakan seorang budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya. Asyraf juga selalu merasakan dirinya sangat tak berjaya.


Kejayaan anak didik Dr Azizan Osman, membanggakan bapa – Asyraf Khalid


Namun begitu, sejak menjadi anak didik Dr Azizan Osman, banyak perubahan berlaku kepada dirinya. Asyraf menyertai kelas bimbingan Usahawan RichWorks bersama Isterinya yang tercinta; Tya Arifin.

 

Kejayaan anak didik Dr Azizan Osman, membanggakan bapa – Asyraf Khalid


Beliau faham bahawa perjalanannya masih jauh namun begitu beliau sangat bersyukur dengan apa yang diucapkan oleh bapanya buat pertama kali di hadapan mentornya sendiri.

 

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.' 

 

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," kata Asyraf Khalid lagi

 

Dikesempatan ini Asyraf mengucapkan jutaan terima kasih kepada bapanya yang telah membesarkan beliau, sentiasa beri bimbingan, tidak berikan beliau kesenangan dan sentiasa percaya terhadap dirinya meskipun banyak kegagalan dalam hidup sebelum ini.

 

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," – Asyraf Khalid

 

 

Dr Azizan Osman Mentor Terbaik, Tidak lokek berkongsi ilmu

 

Bagi Asyraf Khalid, Datuk Wira Dr Azizan merupakan seorang mentor yang terbaik buat dirinya. Ini kerana Datuk Wira bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata tetapi secara menyeluruh termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan Bersama Tuhan Yang Maha Esa. 


Kejayaan anak didik Dr Azizan Osman, membanggakan bapa – Asyraf Khalid


Bukan itu sahaja, terserlah nilai-nilai baik di kalangan anak didik Azizan dan RichWorks yang lain telah membuatkan Asyraf menjadi lebih baik lagi. 

 

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujar Asyraf Khalid

 


Dato' K cemburu dengan Dr. Azizan Osman

 

Dalam video ucapan Dato' K di hari kelahirannya, beliau menyatakan rasa cemburu dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Ini kerana dengan kemahiran yang dimiliki oleh Datuk Wira telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan di negara kita ini


Kejayaan anak didik Dr Azizan Osman, membanggakan bapa – Asyraf Khalid
.

 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

 

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” – Dato' K

 

 

 Jangan terlalu bangga dan ego!

 

Sebelum berakhirnya ucapan Dato' K, sebagai seorang usahawan yang sudah lama berada dalam dunia perniagaan, beliau meninggalkan nasihat dan pesanan buat bangsa usahawan yang telah berjaya supaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dalam perniagaan mereka, serta individu yang sedang berusaha keras untuk mencapai kejayaan yang mereka impikan.

 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” – Dato' K

 

 

Kesimpulan, Kejayaan Asyraf Khalid boleh dijadikan contoh dan inspirasi

 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Lihatlah anda semua, jika Asyraf Khalid masih memilih untuk menjadi nakal dan terus mengecewakan bapanya, tanpa berusaha untuk mencari mentor demi impiannya, bolehkah beliau berjaya seperti sekarang?

 

Jika tidak dipecah ruyung, manakan boleh dapat sagunya; tidak ada jalan mudah untuk berjaya mendapatkan apa yang disasarkan. Peribahasa ini sangat sesuai untuk para usahawan. Berusahalah, cari jalan buat dengan betul berdasarkan caranya, kena jalannya, insyaallah pasti berjaya juga.


Kejayaan anak didik Dr Azizan Osman, membanggakan bapa – Asyraf Khalid


Usaha yang dilakukan oleh Asyraf bersama isterinya Tya Arifin dan kesabaran dalam mencari ilmu dengan mentor yang tepat melalui kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks telah mendatangkan hasil kejayaan buat Asyraf Khalid dalam perniagaan Mutyara mereka.


Apa yang diajar oleh mentor, beliau ikut dengan penuh rasa tanggungjawab untuk berjaya. Hasil perit jerih usahanya kini telah terbalas, dengan izin Allah SWT telah memberikan sebuah kejayaan kepada Asyraf. Sebagai anak didik Dr Azizan Osman, kejayaan Asyraf telah membanggakan bapanya, Dato' K.

 

“dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya,” (Surat An-Najm, Ayat: 39)

 

Akhir kata, semoga kisah ini dapat menjadi contoh dan inspirasi kepada semua untuk terus mengejar impian supaya kejayaan menjadi milik anda.

 

Jika ada di antara anda yang masih sedang gigih berusaha dan tidak kenal erti putus asa dalam dunia perniagaan, atau masih tidak tahu jalan yang betul bagaimana untuk berjaya, dan sedang mencari mentor untuk betulkan hala tuju perniagaan,  anda boleh ikuti kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks.


Kejayaan anak didik Dr Azizan Osman, membanggakan bapa – Asyraf Khalid

 

Untuk info lanjut berkaitan Kelas Titanium RichWorks Anjuran Richworks dan Azizan Osman, boleh terus layari laman web rasmi RichWorks atau sertai channel telegram RichWorks



 

Percayalah, jika anda merupakan salah seorang anak didik Dr Azizan Osman, anda juga akan dapat mengecapi kejayaan seperti Asyraf Khalid. 

 

"Beza antara orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah TINDAKAN! Tindakan yang BERANI dan TINDAKAN LUAR BIASA! - RichWorks."