RichWorks live: membongkar cabaran perniagaan masa kini

Atul Hamid
1

RichWorks live: membongkar cabaran perniagaan masa kini | Awal tahun 2022, sekali lagi negara telah berdepan dengan pelbagai ujian seperti bencana alam, isu kenaikan harga barang, dan pendemik Covid-19 yang tidak pasti bila akan berakhir.

RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini


Terkini, rakyat Malaysia dihantui dengan kenaikan harga barang di pasaran. Kenaikan harga barang ini antara perkara utama masalah yang membelengu kebanyakan rakyat Malaysia. Kemungkinan besar ia berpunca daripada kenaikan kos bahan mentah dan logistik.


RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini

Rakyat Malaysia perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi kenaikan harga barang yang melampau iaitu antara 30% - 200% untuk tempoh jangkamasa panjang yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini


Jadi jangan terfikir tahun 2022 ini bisnes jadi semakin mudah. Realiti, pelbagai cabaran perniagaan yang sangat membimbangkan yang perlu dihadapi oleh para peniaga.


Keadaan seperti ini telah menyebabkan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman terpanggil untuk berkongsi perspektif tentang 10 cabaran bisnes selepas pandemik dan 2022 dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official pada hari Ahad ini, jam 8 pagi.

Wah menarikkan? Datuk wira memang sentiasa peka dengan keadaan semasa para peniaga. Jom sertai.


Sejarah RichWorks


Sebelum Atul bercerita lanjut mengenai Live Session Datuk Wira Dr. Azizan Osman, jom kita kenali serba ringkas latar belakang RichWorks terlebih dahulu.

Siapa RichWorks ni?

RichWorks adalah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Asia Tenggara dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini


Kepakaran RichWorks International adalah dalam industri latihan keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.


Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini


RichWorks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia.


Dalam masa beberapa tahun sahaja, RichWorks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia.

Sasaran RichWorks adalah untuk menjadi pengamal-pengamal luar biasa yang membantu mengubah dunia supaya menjadi tempat yang lebih baik dengan membangun keupayaan dan potensi manusia ke tahap maksimum.

MasyaAllah, sangat luar biasa syarikat RichWorks ini. Atul doakan semoga dipermudahkan urusan RichWorks membantu mereka yang memerlukan.


Sumbangan RichWorks kepada masyarakat


Keprihatinan RichWorks terhadap keadaan masyarakat disekeliling, sangat terpuji. Ini kerana RichWorks sering melakukan sumbangan melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini

  • Kempen #RichWellBantu


Tagline #RichWellBantu merupakan kempen RichWorks yang digerakkan oleh Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu. Kempen ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Ini membuktikan pihak RichWorks juga tidak ketinggalan dalam menyumbang kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Kempen #RichWellBantu telah berjaya mengumpulkan RM501,497 dan membantu lebih 2,000 keluarga.


  • Sumbangan Mangsa Banjir


Selain itu, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan dibawah RichWorks dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi membantu mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun 2021 yang lalu.


  • Sumbangan Ibadah Korban


RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak
762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban yang lalu.


  • Taja Pelajar


Anak didik
RichWorks bersama ahli Titanium telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Alhamdulillah. Moga RichWorks terus peka dan prihatin serta sentiasa berlumba-lumba untuk membuat kebajikan dan membantu masyarakat yang memerlukan.


Ringkas mengenai Datuk Wira Dr. Azizan Osman?


Siapa tidak kenal dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman? Pasti ramai yang sudah mengenali beliau kan? Datuk Wira Dr. Azizan Osman (DWDAO) adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.


RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini


Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.

DWDAO dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. 13 tahun berpengalaman dalam industri ini. Sejak 2008, DWDAO telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International.


RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini


Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

Beliau sendiri selalu upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang.

Itulah Datuk Wira Dr Azizan Osman. Individu yang sentiasa bersemangat untuk melihat anak bangsa usahawan terus berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun beliau tetap buat sehingga berjaya.



Cabaran perniagaan masa kini: Kenaikan harga barang mendadak


Menurut Dr Azizan, banyak perkara yang beliau kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya seperti

  • Sentimen pasaran
  • Kadar inflas
  • Kenaikan harga barang

Kenaikan harga barang merupakan perkara yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah harga barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk kita semua sentiasa sedar tentang perkara ini, terutama mereka yang sedang menjalankan perniagaan. Ternyata bukan mudah untuk meneruskan perniagaan pada waktu begini.



Syarikat Tutup dan Melingkup


Semalam, Dr. Azizan berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina. Mereka menyatakan memang banyak syarikat sedang tutup dan ada juga yang telah melingkup.

Walaupun mereka merupakan peniaga yang mempunyai kilang di China, mereka sudah tidak nampak haluan dan apa yang perlu dibuat, selain tidak pandai dalam soal pemasaran.

Menurut Dr. Azizan lagi;

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa?



Dr. Azizan mengatakan buat mereka yang mempunyai bisnes ketika ini, tetapi kekal melakukan seperti biasa, maka bisnes dia akan 'mati'!. Kalau hanya berusaha dengan usaha yang biasa, perniagaan dia akan mati dan jika kekal kecil perniagaan dia akan pupus. Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Buat dapat, tak buat “Mati!”


Pesanan daripada Dr Azizan buat ahli Titanium;

Sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Kerana pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?”


Jadi, bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu keadaan pasaran, cuma 'malas' untuk terlibat lagi. Sepatutnya, bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Rebut peluang sertai Live Session bersama dengan Dr. Azizan Osman


Rebut peluang ini untuk bersama dengan Dr. Azizan Osman dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official pada hari Ahad ini, jam 8 pagi. Program khas ini di buat eksklusif untuk bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tidak nampak jalan bagaimana untuk menaikkan bisnes pada ketika ini.

Klik dan sertai saluranTelegram Azizan Osman Official sekarang.


Kenalpasti Keadaan Semasa


Menurut pemerhatian Atul sebagai seorang peniaga online, keadaan semasa kini sangat-sangat kritikal. Atul sangat setuju dengan kenyataan Dr Azizan, jika kita sebagai peniaga masih berada di takuk yang lama, masih melakukan cara yang sama tanpa sebarang perubahan yang mengikut arus masa, bisnes kita tidak akan kemana-mana. Kejayaan yang semakin hampir silap haribulan akan semakin jauh meninggalkan kita. Jadi, sebagai peniaga kita wajib mengenalpasti keadaan semasa.

RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini

Jadi, bangkit dari terus terlena di zon selesa. Bangkit mengharungi cabaran perniagaan yang kritikal ini.Bangkit untuk capai target dan pastikan perniagaan anda pergi lebih jauh, dan bukannya ketinggalan di belakang ditelan arus masa yang tidak menentu. Cari mentor dan galilah ilmu supaya dapat mengikut rentak arus semasa untuk terus berjaya, bukannya melingkup.


Kesimpulan


Akhir kata, untuk memastikan perniagaan sentiasa maju walaupun cabaran perniagaan sangat kritikal buat masa ini, pastikan diri dan perniagaan sentiasa up to date dengan keadaan semasa. Sentiasa ada perancangan perniagaan yang strategik dan mempunyai ilmu perniagaan dan pemasaran terutamanya mengikut keadaan semasa.

Untuk lebih bersedia dengan keadaan semasa, jom sama-sama kita sertai perkongsian daripada Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam Live Session di;

Saluran: Telegram Azizan Osman Official

Hari: setiap hari Ahad

Jam: 8 pagi.


RichWorks Live: membongkar cabaran perniagaan masa kini


Jika anda seorang peniaga, wajibkan diri untuk sertai!

Website: RichWorks
Telegram: Telegram Azizan Osman Official
Facebooks: RichWorks Group

Post a Comment

1Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !