Senarai blogger Malaysia aktif 2022

Atul Hamid
3

Senarai blogger Malaysia aktif 2022 | Hai semua, terima kasih kerana selalu menjadi pembaca setia blog Atul. Jika sebelum ni Atul ada senaraikan 26 mommy bloggerpaling best tahun 2021, untuk entri kali ini Atul kongsikan dengan korang semua senarai rakan blogger aktif yang jadi pilihan Atul untuk tahun 2022 ini.


Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Senarai blogger Malaysia aktif untuk tahun 2022



1. Sis Hawa | Blog Lifestyle Penuh Informasi

Senarai blogger Malaysia aktif 2022

Blog ini berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis dan surirumah sepenuh masa.

Siti Awadah lebih dikenali sebagai Sis Hawa. Seorang ibu kepada 6 orang anak , 5 lelaki dan yang bongsu perempuan. Ramai baca blog ini untuk tahu informasi berkaitan seorang isteri, ibu dan blogger sepenuh masa.

Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :

  • hubungan cinta dan perkahwinan
  • himpunan doa amalan harian
  • resipi
  • tips parenting
  • info ibu hamil, bersalin dan penyusuan
  • tips kediaman
  • panduan berblog dan Adsense
  • informasi semasa dan banyak lagi.

Sis Hawa juga merupakan founder untuk team Blogggers Malaysia Biters



2. Zaza Azman | Lifestyle Blogger 

Senarai blogger Malaysia aktif 2022

Dikenali sebagai Mama Monsta. Lebih selesa untuk menulis Blog berbahasa inggeris. Mempunya sepasang anak dan surirumah sepenuh masa.

 

Blog versatil untuk berkongsi mengenai makanan dan tempat2 makan menarik. Review barang2 kecantikan dan kesihatan. Suka kongsi mengenai hal perkembangan anak2, general knowledge dan tips2 kehidupan. Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food.

 

3. Netty Ah Hiyer | Dari Wartawan Majalah menjadi Penulis Blog Travelog Wartawan


Senarai blogger Malaysia aktif 2022

Sebelumnya menulis untuk majalah Mingguan Wanita, dan masih (buat masa ini) menulis untuk portal online Mingguan Wanita.

 

Bekerja di rumah, dalam masa sama menguruskan famili dan tiga orang anak.

Ini adalah blog personal yang berkongsi apa saja info. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, atau pun orang lain yang boleh menjadi tip dan panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian.

 

4. Bondezaidalifah 


Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Blog ini berkisarkan kehidupandan gaya hidup seorang wanita yang mempunyai kerja tetap, mempunyai minat yang sangat mendalam sebagai penulis di blog. Bonde merupakan seorang penulis separuh masa.

 

3 in 1 family : Keluarga kecil Bonde di hiasi dengan Suami dan Seorang Puteri yang menjadi tulang belakang, sumber inspirasi dan idea penulisannya. Blog Bonde berkaitan informasi Lifestyle, Parenting, Resepi, Tips, Info Semasa, Novel, Drama, Travel.

 

Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :

  • himpunan doa
  • tips kesihatan
  • review produk
  • informasi semasa dan banyak lagi.

Selain berblog Bonde juga aktif di media social facebook, Instagram dan Tiktoks

 

5. Rinazul | Lifestyle Entrepreneur Blog


Senarai blogger Malaysia aktif 2022

 

Blog ini berkisar tentang gaya hidup dan perjalanan seorang wanita yang komited mencapai impian sebagai seorang usahawan berjaya dunia akhirat. Blog ini juga berkongsi tips pemakanan, kesihatan, barangan rumah dan kerjaya dalam perniagaan.

 

Sis Rinazul nekad berhenti kerja dari bidang perbankan pada usia 25 tahun dan cetusan Blog ini adalah sebagai inspirasi, motivasi dan tips buat semua untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.

 

Ramai baca blog ini untuk dapatkan info berkaitan umum, pemakanan, barangan rumah dan tips usahawan.

 

Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :

  • Ilmu Agama
  • Makanan Sunnah
  • Tips Pemakanan
  • Tips Kesihatan
  • Tips Bisnes
  • Barangan Rumah

 

Boleh lihat juga di pengenalan tentang Sis Rina

 

6. Azlinda Alin | Bicara Mummy

 

Senarai blogger Malaysia aktif 2022

Azlinda Alin atau nama panggilannya Linda. Seorang ibu muda, anak 3

Full Time Blogger dan Full Time Entrepreneur

 

Bergiat dalam bidang blogging kerana minat berkongsi dan rujukan sendiri di masa akan datang. Antara kisah yang sering di tulis adalah berbentuk peribadi, lifestyle, parenting, travel dan food.

Selain blogging, Linda juga aktif di media sosial yang lain seperti di Facebook, Instagram dan Tiktok

 

7. Shalimar | Lifesytle Blogger

 

Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Bekerja sepenuh masa, mempunyai sepasang cahaya mata.

 

Blog ini blog personal yang berkongsi pelbagai perkongsian. Kebanyakan tentang kehidupan, resepi, keluarga dan review barangan. Ada juga perkongsian tentang pengalaman bersama penagih dadah & berkaitan pencegahan dadah.

 

8. Bebelan Cik Min | Travel, Food, Beauty & Lifestyle


Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Blog mengenai Travel dan percutian, berkongsi tentang kecantikan serta Food Review juga blog penuh informasi

 

9. Zati Salim | Lifestyle Blogger


Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Blog mengenai pelbagai perkongsian seperti resepi, parenting, drama, review, petua. Dan juga memberikan info kepada para pembaca.

 

10. Mamy Syu | Lifestyle Parenting


Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Mommy Blogger Malaysia - perkongsian pengalaman jaga anak dengan cara mudah,tip susu badan,review menarik,resepi sedap,lifestyle suami isteri dan vaksin

 

11. Hafiza Aizzawa | Beauty and Lifestyle Blogger


Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis blog dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa. Mempunyai sepasang cahaya mata.

 

Penulisan blog yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri, sama ada pergi bercuti, staycation, cerita anak-anak, resipi masakan, review makanan dan banyak juga story menghadiri event.

 

Oleh kerana banyak menerima tawaran review di IG, kesempatan tersebut ditulis di blognya. Review paling banyak diketengahkan adalah mengenai produk kecantikan dan percutian bersama keluarga. Juga merupakan media influencer yang aktif di FB, IG dan Tiktok. Nak baca macam-macam, review terjah je fizaizawa.com

 

12.  Ana Suhana l Lifrstyle Mommy Blogger


Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Full time mommy blogger since 2017. Niche blog ni pada awalnya tentang travel & food sebab puan blog suka share pengalaman percutian2 beliau dalam Malaysia. Baik sama ada review tentang tempat penginapan (kebanyakkan adalah hotel) dan juga tempat-tempat makan tempatan yang pernah diterjah. Artikel resipi pun ada dikongsi.

 

Kemudian niche bertambah kepada lifestyle blog sharing sebab dah ada topic on beauty & health, parenting and Islamic sharing knowledge. Semua dengan niat untuk share info dan ilmu yang diharapkan bermanfaat pada pembaca.

 

13. Abam Kie


Senarai blogger Malaysia aktif 2022



Blog ini milik seorang guru dari Kelantan yang berkongsi pengalaman menarik di dalam kehidupannya. Dia juga menulis tentang panduan, tips dan nasihat bagi pengurusan kewangan, gaya hidup, kekeluargaan dan Islam. Maklumat semasa yang diberikan sangat berguna untuk dibaca semasa lapang.

 

14. Raydah Alhabsyi


Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Her Life Her Style. She’s a Content Creator, Mental Health Advocate and a Sports Science graduate from Uitm who blogs about lifestyle and casually updates about food.

 

15. Mamapipie


Senarai blogger Malaysia aktif 2022



Seorang working mom blogger yang pada mulanya ingin menyimpan kenangan anak membesar di blog. Akhirnya berasa seronok dan menjadi satu hobi. Suka bercerita tentang travel, makanan, parenting, family, islamik, lifestyle dan macam-macam lagi.

 

 

16. Cikza Mohmad


Senarai blogger Malaysia aktif 2022


Blog seorang pejuang SLE dan Garis Dua

 

Berkongsi tentang perjalanan kisah seorang pejuang SLE almost hampir 13 tahun dan juga hampir 5 tahun tidak pernah putus asa untuk dapatkan garis dua selepas pengalaman kandungan luar Rahim 4 tahun lepas. Cikza.com cetusan idea untuk berkongsi tips bermanfaat buat semua, tempat-tempat makan menarik dan lain-lain


17. Atul Hamid | Mommy blogger suka berbines


Senarai blogger Malaysia aktif 2022

 

Blog atulhamiddotcom kepunyaan Atul Hamid. Atul merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata.

Pernah bekerja sebagai librarian di sebuah perpustakaan universiti, tetapi kini memilih sebagai suri rumah sepenuh masa yang mempunyai kerjaya.

Atul kini merupakan seorang business leader yang mempunyai jualan mencecah 5 angka setiap bulan. Atul hanya melakukan bisnes online dari rumah sahaja, iaitu bisnes Shaklee.

Atul juga aktif berblog sepenuh masa. Blog atulhamid.com berkongsi tentang gaya hidup, makanan tambahan, kesihatan, keluarga, wanita, dan kerjaya sebagai suri rumah yang berbisnes serta berkongsi info-info menarik yang berguna kepada anda semua

 


Ikhlas.

blogger Atul Hamid 


Post a Comment

3Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. salam kenal.. singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
  2. semua blogger ni memang kita follow.he3

    ReplyDelete
  3. Singgah sini! Memang semua blogger ni dikenali

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !