Tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2022

Atul Hamid
8

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2022 | Tahun 2022 telah pun menjelma. Sekejap je kita dah masuk bulan kedua untuk tahun 2022. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tahun 2021 banyak mengajar kita semua erti kesyukuran, kekuatan emosi  dan keupayaan akal fikiran.

Bahkan diawal tahun 2022 juga ada beberapa buah negeri di landa musibah banjir dan puting beliung. Keadaan seperti inilah membuatkan kita sangat-sangat memerlukan wang kecemasan. Perancangan kewangan sangat-sangat penting diwaktu begini. Bersediakah kita?


Adakah kita semua sudah bersedia untuk berhadapan dengan tahun 2022 dari pelbagai aspek termasuk kewangan?

Memandangkan Surat Pekeliling Akauntan Negara berkaitan dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji bulan tahun 2022 telah dikeluarkan, jadi untuk memudahkan segala urusan pada tahun 2022, hari ini Atul kongsikan Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan penjawat Awam Bagi Tahun 2022.

Maaf tahun ni agak lewat berkongsi dengan anda semua.


Berdasarkan kepada Jadual Gaji 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, terdapat 2 kali pejawat awam akan menerima gaji awal iaitu bulan Oktober dan bulan Disember. Selain itu akan menerima gaji seperti biasa.

Dengan adanya jadual gaji ini, berharap bolehlah anda membuat rancangan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik agar semuanya berjalan dengan lebih lancar pada tahun 2022 ini. Sekaligus dapat menyimpan wang kecemasan untuk digunapakai ketika musibah atau waktu berlakunya kecemasan secara tiba-tiba.

Berikut merupakan jadual tarikh pembayaran gaji tahun 2022:

Tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2022
Tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2022 (klik untuk paparan lebih jelas)

Disertakan juga bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan yang seterusnya

Tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2022
Bilangan hari antara tarikh gaji untuk bulan seterusnya

Menerima gaji awal seperti di bulan Oktober (Hari Deepavali), & bulan Disember (Hari Natal), menyebabkan anda akan mengalami tempoh yang sangat kritikal kerana perlu menunggu waktu yang agak lama untuk bulan berikutnya. Oleh itu, rancang kewangan anda sebaik mungkin agar tidak mengalami masalah kewangan pada bulan tersebut.

Disini Atul sertakan juga, link E-penyata gaji untuk memudahkan anda membuat semakan penyata gaji secara dalam talian.

Semoga jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan untuk kakitangan awam 2022 ini dapat membantu anda membuat perancangan dengan lebih tersusun padan tahun 2022 ini.

Post a Comment

8Comments

Terima kasih sudi singgah, baca dan komen di blog Atul ;)

  1. Hah, yg jarak jauh sgt next gaji tu, silalah rancang kewangan korang ok.

    ReplyDelete
  2. tahun ini tak banyak bulan yang dapat gaji awal...

    ReplyDelete
  3. Wahh!! kena amik tau jugak pasal ni .. penting tu waktu2 kemuncak

    ReplyDelete
  4. Dengan adanya Jadual pembayaran gaji ni, penjawat-penjawat awam bolehlah merancang kewangan dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  5. penting tarikh ni semua. mudah nak atur duit supaya tak terlebih belanja.

    ReplyDelete
  6. Bagus juga bila ada jadual mcm ni

    ReplyDelete
  7. Bersedia untuk gaji seterusnya... Tahun takde lah terlalu awal gaji... Maintain je 25hb ...

    ReplyDelete
  8. kaching kaching..memang kena planning memolek ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !